Bab 4

64.7K 2.3K 28
                                    

"Wei, kau bawak aku datang sini kenapa? Aku nak balik rehat dekat rumahla," kata Qira yang dipaksa untuk datang ke sebuah pusat sukan yang hanya 2 km dari rumah sewa mereka. Selama ini tak pernah pula kawannya itu teringin untuk bersenam. Mimpi jatuh katil agaknya. "Ala, bukan selalu kita boleh datang bersenam," jawab Fina sambil menulis sesuatu pada borang yang disediakan di kaunter. "Sejak bila kau minat bersenam," perli Qira yang sememangnya kenal dengan perangai Fina yang paling liat untuk bersenam.

"Sejak kau disuruh untuk kahwin, kau anggap sajalah ini pertolongan aku untuk kau. Aku cuma bimbang baju pengantin kau tu tak muat sebab kau semakin gemuk," balas Fina selamba. "Woi, aku paling pantang orang kata aku gemuk," tepis Qira. Si Fina ni memang sengaja ingin memerlinya. Tapi ada betul jugak cakap si Fina ni.

Fina menarik tangan Qira masuk ke pusat sukan yang luas hampir beratus-ratus meter itu. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis gelanggang dan juga alat bersukan. Tiba-tiba sebiji bola berwarna jingga bergolek dan mengena kakinya. Qira mengambil bola tersebut. Bola keranjang. Fikirannya mula melayang mengimbas memori lama, ketika pertama kali dia meminati sukan itu.

"Hai Kak Qira!" Sapa seorang gadis manis dan duduk di sebelahnya.
"Mia," Qira mengukir senyuman manis. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah mereka. Sesekali tudung mereka turut beralun mengikuti irama angin itu. Kehidupan di asrama pada waktu petang kebiasaanya mereka akan menghabiskan masa di taman-taman asrama.

Pandangan dilemparkan pada budak-budak lelaki yang sedang bermain bola sepak di padang.

"Mulai hari ini,akak nak lupakan semua pasal crush lama," ujarnya nekad. Mia memandangnya lama. "Kenapa? Tak percaya? " duga Qira apabila Fina merenungnya semacam. "Bukan tak percaya , tapi susah MIA nak percaya," kata Mia.
" Akak faham , lagipun bukan senang nak lupakan seseorang yang pernah ada dalam hati kita. But I found something more interesting," balasnya lagi.

"Something interesting?" Kening Mia bertaut . "yes , akak akan tunggu seseorang yang boleh main bola keranjang, sebab akak dah jatuh cinta pada bola keranjang dan hero novel yang akak baca tu," katanya dengan penuh yakin.

"Tapi Kak, sekolah kita mana ada sukan tu,"

"Tak apa, akak akan tunggu sampai masa tu tiba," balas Qira.

"Akak ni macam-macam lah," keluh Mia.

"Qira! Mia!" Serentak itu Mia dan Qira berpaling. Rakan-rakannya yang lain sudahpun menunggu.
"Jomlah," laung Mimi pula. Mereka terus melangkah bersama-sama ke tempat biasa. Sejak hari itu, dia memasang angan-angan untuk mencari seorang pemain bola keranjang sebagai calon suaminya. Ada sebahagian kawannya juga turut mempunyai impian yang sama hanya kerana sebuah novel. Memang hebatkan.

"MAAF, itu bola saya," ujar seorang lelaki berbangsa cina. Qira tersedar daripada lamunannya. Tiba-tiba pula timbul rasa rindu pada kawan-kawan lama yang sudah lama tak bersua. Bola bertukar tangan. "Terima kasih," ucap lelaki tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya itu. Comel. Berdasarkan ketinggian lelaki itu, Qira dapat mengagak bahawa lelaki itu seorang pemain bola keranjang. Qira menarik nafas lemah, angan-angannya sekadar tinggal menjadi angan-angan. Semja itu adalah sangat mustahil. Berlagak sangat nak cari yang utopia.

"Qira , kau tunggu apa lagi, cepatlah!" Fina sudah mengatur langkah. Qira bergegas menyusul Fina.

"UNBELIEVABLE! Danish Arshad nak kahwin. Kau mimpi apa kawan? Or something happen, ke kau kena tangkap basah," kata Nazmi yang sama terkejut seperti Azmi masa pertama kali mengetahuinya. " Kau ingat aku ni tak tahu halal haram," Danish menjeling tajam. "Tak adalah, aku cuma terkejut saja," balas Nazmi lagi. Seperti yang dijangkakan oleh Danish tentang reaksi kawan-kawannya apabila mengetahui berita itu. Rata-rata kawannya memang tak percaya apabila Azmi menyampaikan hal tersebut. Tetapi apabila Danish sendiri yang bagitahu, mereka melahirkan riak terkejut. "Terserah pada korang nak percaya atau tak, dua minggu dari sekarang aku akan kahwin dan itu yang pasti," kata Danish seraya mencapai sebiji bola berwarna jingga yang diletakkan di atas kerusi sebelum melangkah ke gelanggang. Bola itu ditampar ke atas lantai gelanggang dan dilantun berkali-kali sebelum melemparkannya ke dalam keranjang. Tepat ke sasaran. "Agaknya zaman dah berubah kut," Fiq yang mendiamkan diri dari tadi bersuara. Masing -masing memandangkan Fiq. " Dia cintakan perempuan tu tak?" Soal Nazrul pula. Azmi sekadar mengangkat bahu. Tapi bagaimana Danish nak cintakan perempuan tu kalau tak pernah kenal. Rumit betul.

"Kawan kita tu kenal ke apa cinta. Danish tu kan tak berperasaan. Nasiblah perempuan tu dapat suami macam ni," keluh Nazmi.

"Betul," Fiq menyokong.

"Wei, aku dengar tu," laung Danish yang sedang melantun bola. Sekali lagi bola yang dilemparkan berjaya masuk ke keranjang. Akhirnya Fiq, Nazmi, Nazrul dan Azmi turut menyertai Danish di gelanggang.

"Azmi!" Panggil satu suara yang just mengejutkan semua yang berada di situ termasuklah Danish yang sedang melempar bola ke keranjang. Bola yang dilempar tetap masuk ke keranjang walaupun fokusnya terganggu.

Dua orang lelaki datang menghampiri mereka berlima di gelanggang. Seorang daripadanya berwajah bengis. Serentak lelaki bengis itu terus menumbuk Azmi. Kawannya yang lain terkejut. Danish memandang tajam lelaki yang telah menumbuk Azmi tadi.

"Apa masalah kau ni Azman?" Hambur Azmi membalas pandangan abangnya itu. Dia sendiri tak tahu kenapa abangnya itu sangat membencinya. Selalu saja ada perkara yang Azman tak berpuas hati dengannya. Padahal selama ini papanya Dato' Irham selalu memandang tinggi pada Azman berbanding dirinya sendiri.

"Apa yang kau dah hasut papa sehingga dia serahkan seluruh tanah ni pada kau? Kau tahukan aku nak bina kelab impian aku di kawasan ni, tapi kau tetap nak rampas tu apasal?" Azman menenking. Azmi menarik nafas panjang. "Azman, aku tak pernah hasut papa untuk dapatkan gelanggang ni, papa serahkan pada aku dengan rela hati," balas Azmi menafikan kenyataan abangnya itu.

"Arhhh, aku tak kira, gelanggang ni akan tetap dirobohkan," tegas Azman lagi. Matanya mencerlung memandang Azmi. Nazmi dan Nazrul berpandangan. Robohkan?
Dari situ, dia dapat mengagak keseluruhan cerita.

"Aku takkan sesekali benarkannya! Kami dah gunakan gelanggang ni lama, kau tak ada hak nak buat semua tu," balas Azmi tegas. Dia melemparkan pandangan serius.

"Papa serahkan gelanggang ni pada kau sebab dia fikir kau dengan kawan-kawan tak guna kau ni hebat sangat dalam bola keranjang. Kalau tak, aku berani jamin dia takkan serahkan semua ni," sinis Azman menuturkan kata.

"Memang kami hebat," celah Danish sengaja mencabar Azman. "Dan kami boleh buktikan," kata Azmi menyokong Danish.

"Why not, kita adakan satu perlawanan bola keranjang, siapa yang menang akan dapat tapak ni," cadang Fiq pula. , semua mata tertumpu padanya.

"Kau tak payah menyibuk," tingkah Azman kasar.

"Kenapa, kau takut? " usul Danish sambil tersenyum sinis. Azman terdiam seketika.

"Aku tak pernah takut pada sesiapa.
Baik aku setuju , sebulan Dari sekarang kita adakan game," jawab Azman yang nampak teragak-agak.

"Aku akan sediakan dokumen,dan make sure yang kau tak akan kecewa nanti," kata Danish dengan angkuh. Setelah itu, Azman dan kawannya terus mengangkat kaki meninggalkan gelanggang itu.

Azmi melepaskan keluhan berat.

"Kau jangan risau, gelanggang ni akan tetap jadi milik kita," Nazmi bersuara cuba menghilangkan kegusaran dalam hati Azmi.
Fiq dan Nazrul turut tersenyum yakin.
"Jom kita kembalikan zaman kegemilangan kumpulan the knight," laung Nazmi yang sentiasa bersemangat.

Bahu Azmi ditepuk perlahan oleh Danish. Tanpa sebarang kata, dia kembali mengambil bola yang dilepaskannya tadi.

"Nampaknya, kita perlulah mulakan latihan intensif macam dulu. Ah, rindunya zaman dulu," kata Nazrul lantas menyertai Danish di gelanggang.

Akhirnya mereka berlima terus memulakan latihan yang dah lama mereka tinggalkan sejak universiti dulu.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now