Bab 22

62.8K 2.3K 70
                                    

Qira memeriksa setiap aras yang terdapat di pusat sukan itu. Ramai juga orang awam yang datang ke pusat itu. Malah ada yang menempah bilik tertentu untuk aktiviti seperti zumba dan yoga. Di sini juga terdapat  gym yang agak besar. Bukan tugas yang mudah baginya untuk memantau seluruh kawasan yang besar itu. Mujurlah Nazrul telah menugaskan beberapa orang yang bekerja di situ untuk membantunya. Qira berjalan beringin dengan seorang penolong pengurus yang bertugas di situ.

"Hey, miss...," seorang lelaki tiba-tiba menyapa dan menghalang laluannya.

"Ya, what can I help you?" Tutur Qira dengan sopan dan mesra. Maklumlah nak jaga reputasi perniagaan ini.

"Kita pernah jumpa bukan?" Kata lelaki itu. Qira mengedut dahi. Dia pernah jumpa ke lelaki dihadapannya ini? Dia cuba mengamati wajah lelaki itu cuba mengingati di mana mereka pernah berjumpa.

"Mungkin awak lupa, let me introduce my self once again. I'm Farouq Rayqal Dato' Nasir. Kita pernah terserempak depan kedai gambar about two weeks ago," jelas Farouq yang melihat Qira terkial-kial cuba mengingatinya. Tak sangka dia dapat berjumpa lagi dengan gadis yang pernah terserempak dengannya dua minggu yang lalu. Gadis yang dikaguminya ketika Kali pertama berjumpa.

Tadi, dia terpandangkan kehadiran gadis itu di gym. Namun belum sempat dia menyapa, gadis itu terlebih dahulu beredar daripada gym. Sekarang, dia dipertemukan sekali lagi dengannya.

"Oh, awak rupanya. Maaflah, saya ni ada masalah ingatan sikit," kata Qira yang hampir mengingat kembali tentang Farouq.

"Datang untuk exercise ke?" Farouq bertanya.

Qira menggeleng. "Saya kurang bab bersenam ni. Saya datang untuk selia tempat ni. Arahan bos," balas Qira.

Farouq terangguk-angguk.

"Encik Farouq..,"

"Panggil Farouq saja," Farouq memintas.

"Emm. Farouq , maaf tapi saya terpaksa pergi dulu. Saya perlu hantarkan laporan pada bos," ujar Qira dengan sopan. Dia sendiri pun tak tahu sejak bila dia mula sopan dengan lelaki. Mungkin sebab ingin menjaga hati seseorang. Dia terus mengangkat kaki.

"Qira," Farouq memanggil. Qira berhenti melangkah dan berpaling.

"Can we have lunch next time," Farouq mempelawa dengan nada yang lembut. Seram pulak Qira mendengarnya
Qira mengetap bibir berfikir sama ada ingin menerima mahupun menolak.

"Just as a friend," tambah Farouq lagi. Wajahnya penuh dengan pengharapan.

"Okey, in shaa Allah," jawab Qira. Dia sudah lambat untuk mesyuarat yang akan diadakan dalam pukul 3.30 nanti. Dia perlu cepat sebelum Danish mengamuk. Dia segera meminta diri dan terus keluar daripada pusat sukan itu.

Farouq tersenyum sendirian. Dia memandang Qira yang semakin menjauhinya sehingga kelibat gadis itu hilang daripada pandangannya. setelah  itu, dia kembali menyertai kawan-kawannya yang berada di gym. Dia mendekati kawan yang paling rapat dengannya iaitu Fezrol.

"Fez, cuba kau teka?"

Fezrol meletakkan alat angka berat sebelum mengalihkan tumpuannya kepada Farouq. Dia menjongketkan keningnya agar Farouq meneruskan kata-katanya. Dia penat, tak larat untuk berfikir.

"Aku jumpa perempuan yang aku cerita pada kau hari tu,"  ujarnys dengan nada yang gembira.

"Seriously? Dekat sini?"
Farouq mengangguk.
"Habis tu layla tu macam mana?" Soal Fezrol dengan wajah yang serius.  Farouq ketawa sinis.

"Aku kenal dengan layla tu. Dia tu playgirl. Dia dekati semua lelaki yang berduit. Asal poket penuh saja, dia kebas," balas Farouq. Kadang-kadang dia terfikir bagaimana dia boleh menjalinkan hubungan dengan layla yang bermata duitan itu.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now