Bab 26

65.2K 2.3K 25
                                    

Tiga hari berlalu sepanjang Danish berada di hospital. Sepanjang tiga hari itu, Qira menjaga Danish melayan kerenah Danish yang menyakitkan hati mengalahkan budak-budak. Pernah beberapa kali mereka berdua bertengkar kerana Danish berkeras ingin segera keluar dari hospital atas kebosanan. Luka di betis Danish masih belum sembuh begitu juga luka pada abdomen perutnya.

Setiap kali Danish bertindak untuk meninggalkan hospital Qira akan mengugut untuk memukul luka Danish yang masih berbalut itu.

"Kejam," ujar Danish apabila Qira bertindak mengugutnya.

Qira tidak peduli, biarlah kejam asalkan luka Danish dapat pulih sepenuhnya. Nanti tak pasal-pasal lukanya melarat.

Sepanjang di hospital juga Qira terpaksa menjadi jururawat tak berbayar Danish disebabkan sikap dingin dan keras kepala Danish. Sehinggakan jururawat yang ditugaskan menjaga Danish takut untuk mendekatinya. Memang betul-betul manusia berhati batu.

Masih Segar lagi diingatannya dua hari lepas, apabila seorang jururawat datang untuk mencuci luka Danish. Kesian gadis itu dimarahi oleh Danish.

"What are you doing?" Ujar Danish yang terkejut apabila jururawat itu ingin membuka balutannya.

"Maaf Encik, tapi saya kena bersihkan luka Encik supaya tak melarat," balas jururawat itu dengan nada memujuk.

Danish melemparkan pandangan tajam pada gadis itu. Gadis itu terus tunduk memandang lantai. Qira yang sedang membaca majalah di kerusi berdekatan sekadar menggeleng lemah.

"Tak payah," balas Danish kasar.

"Tapi Encik, saya tak boleh abaikan tugas saya," jelas jururawat itu lagi yang kelihatan dalam dilema. Kalau dia tidak menjalankan tugasnya jika sesuatu berlaku dia pasti akan dipersalahkan. Namun kedegilan dan sikap dingin Danish menakutkan gadis itu.

"Aku tak peduli," bidas Danish tanpa riak.

"Encik, tolong bagi kerjasama,"

Sekali lagi Danish melemparkan jelingan tajam menyebabkan gadis itu menunduk.

"Aku tak suka orang sentuh aku," ujar Danish mendatar.

Jururawat itu mengeluh lemah.

"Wei mak nenek," pekik Danish pada Qira yang masih asyik membaca majalah.

Qira mengalihkan pandangannya kepada Danish. Dia menjongketkan keningnya sebagai tanda 'what?'

"Biar mak nenek tu yang buat," ujar Dnaish selamba.

Serentak itu, Qira ternganga. Qira memandang Danish seakan Danish sudah terputus akal.

"Dia boleh cucikan luka aku,"

Qira mencerlung geram.

"Awak dah tak betul? Saya tak pandai cuci luka orang," balas Qira. Lagipula dia bukan jenis yang boleh tahan tengok luka ataupun darah. Mamat ni dah nyanyuk ke apa.?

"It's okey sis, saya boleh tolong tunjukkan," jururawat itu memberikan senyuman yakin kepada Qira.

Qira mengeluh lemah. Nak tak nak terpaksalah juga dia mengambil tugas mencuci luka Danish. Lagipun dia kasihankan jururawat itu yang terpaksa berdepan dengan pesakit yang keras kepala seperti Danish.

Sebagai dendam, setiap kali Danish merungut apabila dia mencuci lukanya. Qira dengan sengaja mencubit pinggang Danish dengan kuat. Balas dendam!!

QIRA mencapai kunci keretanya untuk ke pejabat. Sudah hampir seminggu dia tak masuk pejabat pasti ada gossip sepanjang ketiadaannya. Lumrah manusia memang tak boleh kita elakkan.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now