Bab 21

62K 2.5K 24
                                    

Sepanjang perbicangan bersama Dato' Zulkifli berlansung , Qira lansung tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Bukan sebab mengantuk, bukan juga disebabkan kebosanan tetapi dia merasakan bahagian bawah perutnya kini sedang mencucuk-cucuk. Dia mengetap gigi untuk menahan rasa sakit itu sementara perbincangan terus berlansung. Dia hanya mampu mencatat beberapa info yang penting sahaja. Di dalam bilik itu , terdapat enam orang termasuklah dirinya sendiri. Hanya dia dan setiausaha a.k.a personal assistant Dato' Zulkifli sahaja yang berjantina perempuan. Sesekali Qira menarik nafas panjang untuk mengurangkan rasa sakit yang semakin mencucuk. Namun ianya hampa. Cuma satu sahaja yang berada di fikirannya saat itu, ingin segera berlalu keluar daripada bilik tersebut.

"Qira, are you alright?" Bisik Nazrul yang berada di sebelahnya. Qira mengangguk lemah.

Akhirnya setelah sejam lebih, perbincangan itu tamat juga. Dato' Zulkifli menjemput mereka semua untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak syarikat mereka. Qira mengambil peluang tersebut untuk terus melarikan diri ke tandas. Pasti ada sesuatu yang tak kena menyebabkan perutnya mencucuk sebegitu. Qira menarik nafas lemah, seperti yang dijangkakannya. Sakit perutnya itu adalah senggugut. Mujurlah dia sentiasa membuat persediaan dengan sentiasa membawa keperluan wanita dalam beg tangannya. Mujurlah tiada apa-apa kesan pada pakaian yang dipakainya. Qira bersandar pada dinding tandas apabila senggugutnya semakin menjadi-jadi tambahan pula ini merupakan hari pertama.

Qira kembali menyertai Nazrul dan Danish yang sedang menikmati makanan di salah sebuah meja.

"Tak makan?" Nazrul menyoal sambil menunjuk ke arah makanan yang disediakan. Qira menggeleng. Dengan keadaannya yang sekarang, dia tidak berasa seperti ingin makan. Dia cuma berharap untuk cepat pulang dan mendapatkan tempat untuk berbaring.

Sepanjang perjalanan, Qira hanya membisu di tempat duduk belakang. Kebiasaanya mulutnya pasti tak bercerita tentang itu dan ini. Nazrul yang berasa pelik dengan keadaannya menjeling ke belakang. Dia dapat mengesan wajah Qira yang berkerut sedang memejam rapat matanya. Tangannya pula memegang bahagian pinggangnya seolah sedang cuba menahan sesuatu. Nazrul mencuit Danish yang memandu disebelahnya. Dia memberikan isyarat ke arah tempat duduk belakang. Berpandukan cermin pandang belakang, Danish menjeling melihat Qira. Sebenarnya dia juga pelik apabila Qira tidak banyak bercakap seperti selalu. Kebiasaanya pasti ada sesuatu yang digaduhkan oleh mereka berdua sehingga membuatkan Nazrul pening. Dia dapat mengesan dengan jelas kerutan pada wajah Qira.

Qira pula sudah tidak senang duduk. Dia rasa ingin menangis pun ada. Namun, dia tak boleh menangis dihadapan Nazrul dan Danish. Ini adalah kali kedua setelah 7 tahun, dia mengalami kesakitan senggugut yang sangat teruk. Kali pertamanya adalah ketika sekolah menengah dulu. Ketika itu , dia hanya mampu berbaring di bilik rawatan. Namun, senggugut tetap tidak dapat dilenyapkan dengan hanya sekadar berbaring. Disebabkan itu, dia terpaksa menelan ubat tahan sakit untuk melegakan sedikit rasa yang mencucuk pada bahagian bawah perutnya.

"Aku rasa kau patut balik terus,"  ujar Nazrul seraya mengenyit mata pada Danish. Dia terus melangkah keluar daripada kereta setelah tiba di hadapan pejabat.

"Nenek kebayan, kau okey tak?" Sapa Danish menjeling kebelakang. Qira mendengus. Berani dia panggil aku nenek kebayan. Nasib baik aku tengah sakit.

"Saya nak balik," ujar Qira dengan nada lemah. Dia membuka pintu kereta.

"Kau nak ke mana?" Soal Danish seraya menarik Qira kembali ke dalam kereta.

"Nak ambil keretalah. Saya dah cakap bukan saya nak balik," balas Qira.

"Tak payah!" Tegas Danish. Qira kembali menutup pintu kereta. Dia hilang mood untuk bertengkar. Lagipun, mood orang perempuan ketika period tidak dapat diduga. Lebih baik diikutkan sahaja cakap Danish.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now