Bab 5

66.5K 2.6K 49
                                    

Jantung Qira semakin berdegup pantas. Inai dijarinya ditatap lama. Hari ini akan menjadi hari yang paling bersejarah dalam hidupnya. Hari perkahwinannya. Sudah terlambat baginya untuk membatalkan majlis yang akan berlansung bila-bila masa saja. Dua hari lepas, dia terkejut melihat segala persiapan yang telah disiapkan oleh maknya dibantu oleh sanak saudara yang lain.

Qira meneliti wajahnya yang telah disolek oleh Mimi yang merupakan kawan baiknya sejak zaman sekolah lagi. Nampak lain wajahnya setelah disolek. Dia sudah tidak senang duduk menunggu rombongan pengantin lelaki yang akan sampai tak lama lagi. Rasa macam nak larikan diri pun ada. Fina dan yang lain turut menghilangkan diri untuk melihat pengantin lelaki. Tinggallah dia bersendirian dalam bilik itu.

"Qira, pengantin lelaki dah sampai. Get ready cepat," ujar Fina terjengul di muka pintu. Qira terkedu, semakin laju jantungnya berdetak.
"Tapi...," wajah Fina berubah. Wajahnya sugul seolah-olah serba salah untuk menyambung percakapannya. Qira pula yang berdebar-debar.

"Kenapa? Cakaplah wei, jangan buat aku suspens macam ni," kata Qira yang mula cemas.
"Lelaki tu...," Fina masih teragak-agak. Qira semakin kegelisahan. "Maaf kalau aku untuk apa yang aku nak cakap ni, dia lansung tak ada ciri-ciri yang kau nak," ujar Fina.

"Hah?!"

"Maksud Fina, suami kau tu tak handsome lansung. Aku cakap kau jangan terkejut," sampuk Mimi yang entah bila berada di situ. "Dia gelap sangat, aku tengok dia macam dah berumur 30 lebih. Aku dapat agak pun sebab aku nampak perut dia buncit sikit. Sikit saja tak banyak pun," kata Mimi kemudian memandang Fina yang berada di sebelah Qira. "Ha'ah, masa first time aku tengok, tak sangka dia tu pengantin lelaki," tambah Fina pula.

Automatik mulut Qira ternganga luas. "Haaa, tak nak kahwin!" Jerit Qira. Wajahnya berubah pucat dan berkerut seribu. "Qira, cepat. Akad nikah dah nak mula tu," Puan Hamilah menjenguk. Qira pantas mendapatkan maknya. Tangan tua itu digenggam erat. "Mak Qira tak nak kahwin," ujarnya meleret. Puan Hamilah meluku kepala anaknya. Tidak terlalu kuat. "Kau dah gila, tak payah nak mengarut! Cepat majlis dah nak mula. Mak tunggu kat depan," balas Puan Hamilah seraya mengatur langkah ke hadapan. "Tak mahu sedih-sedih. Kau kan nak kahwin," kata Mimi pula. Dia membetulkan selendang yang dipakai oleh Qira. Qira menarik muncung. Dengan iringan Mimi Dan Fina, mereka terus ke ruang tamu.

SEPANJANG majlis, Qira hanya tunduk menekur lantai. Tidak berani untuk menghadapi kenyataan tentang calon suaminya itu. Fikirannya lansung tidak dapat fokus pada majlis akad nikah yang sedang berlansung dek terganggu dengan kata-kata Fina dan Qira sebentar tadi. Sah! Cuma itu yang mampu didengar oleh Qira. Maka secara rasminya dia telah sah menjadi isteri kepada lelaki itu.

Lamunan Qira melayang apabila bahunya dicuit lembut dari belakang. Saat itu barulah dia sedar suaminya sudah duduk di hadapannya bersedia untuk majlis pembatalan air sembahyang. Qira menghulurkan tangannya. Sebentuk cincin emas disarungkan ke jari manisnya. Setelah itu, dia turut menyarungkan sebentuk cincin kepada lelaki itu. Tangan lelaki ITU ditilik sebelum dia menyalaminya. Pelik, tangan tak gelap. Takkan muka saja yang gelap. Dia ingin mendongak tapi terkedu seketika saat dahinya dikucup lembut.

Sekali lagi Qira mendongak untuk melihat wajah suaminya. Dia terkesima dalam masa yang sama turut rasa terkejut. Terkesima sebab lelaki yang dihadapannya lansung tak seperti yang dikatakan Fina dan Mimi. Sempat dia mengutuk mereka berdua yang bersengkokong untuk kenakan dia. Kedua, dia terkejut sebab lelaki ini pernah dijumpainya satu ketika dulu. Ya, masa tu dia berharap tak akan pernah jumpa lagi dengan lelaki yang membuatkan dia marah saat itu. Malangnya , jodoh tetap menemukan mereka berdua. Bertambah parah lagi sebagai suami isteri yang akan menjalani kehidupan bersama-sama. Habislah. Bagaimanalah maknya boleh memilih lelaki ini untuk dijadikan sebagai menantu.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now