Bab 15

60.2K 2.2K 13
                                    

"Apa bos? Transfers?,"
Encik Rahim a.k.a bosnya mengangguk yakin. Qira terdiam seketika. Siapa kata dia tak terkejut apabila tiba-tiba dikhabarkan tentang pertukarannya itu. Lebih-lebih lagi ditukarkan ke syarikat utama. Nak dikata naik pangkat ,Encik Rahim tidak menyebut apa-apa tentang hal tersebut..

"Tapi bos, saya tak pernah buat permohonan pun," kata Qira yang masih kebingungan.

"Saya tahu, tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab itu adalah arahan daripada pihak atasan. Daripada bos besar syarikat kita. Hari ini jugak awak perlu laporkan diri kat sana," jelas Encik Rahim. Sekali lagi Qira terkejut. Hari ini? Apa masalah bos besar tu? Mesti gila kuasa dan kuat mengarah.

"Awak kemaskan barang awak, dan terus ke sana," Encik Rahim mengeluarkan arahan. Qira mengangguk dalam terpaksa. Walaupun dia baru sahaja bekerja di situ selama 3 tahun tapi dia selesa tambahanpula dengan kehadiran Fina dan Kak Aina.

"Ditukarkan ?" Tepat jangkaan Qira , Kak Ain dan Fina pasti terkejut. Berbagai-bagai soalan keluar daripada mulut mereka berdua.

"Bila kau mohon?"

"Kau naik pangkat ke?"

Dia sekadar mengangkat bahu dan menggeleng. Dia sendiri tak tahu sebab apa dia dipindahkan. Qira mengemas barangnya dengan bantuan Fina dan Kak Aina. Mujurlah barangnya tidak terlalu banyak, senanglah kerjanya untuk mengangkutnya ke kereta.

"Tapi, kau dikira beruntunglah boleh kerja di bawah syarikat utama," ujar Fina sedikit cemburu.  Kak Aina menepuk perlahan belakang Fina.

"Kau jangan lupa, girls out kita setiap bulan ," pesan Kak Aina.

"Kak, Qira bukan pergi jauh pun , hanya beberapa kilometer daripada sini saja, kita boleh selalu lepak bersama," balas Qira.

Setelah itu, dia terus bertolak ke syarikat utama. Bermacam-macam nasihat yang diterima daripada Kak Aina dan Fina. Padahal dia bukan pergi jauh sangat pun. Suka sangat jadi drama Queen.

Tiba sahaja di dihadapan bangunan yang megah itu, Qira terkesima seketika. Dia berdiri betul-betul dihadapan sebuah syarikat yang besar. Bangunan D.A holding itu ditatap lama. Entah kenapa, dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena tentang semua ini.

Dia mengatur langkah ke kaunter pertanyaan. Sebaik sahaja dia memperkenalkan dirinya, gadis yang bertugas di situ terus menyuruhnya supaya naik ke tingkat paling atas.

"Selamat datang Puan Aqira," sapa seseorang daripada belakang.  Qira terkedu , rasanya tiada siapa yang memanggilnya dengan gelaran puan dihadapan namanya. Ini kerana hanya beberapa orang sahaja yang tahu tentang statusnya itu.

Perlahan-lahan dia berpaling dan terkejut apabila mendapati seseorang yang dikenali tersenyum kepadanya.

"Nazrul?" Mana mungkin dia tidak mengecam kawan Danish. Malah mereka pernah berjumpa banyak kali sebelum ini. Dia mula berasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Seraya Itu, dia terpandangkan seorang lagi lelaki yang baru muncul di belakang Nazrul dia menarik nafas lemah. Lelaki itu memandangnya dengan wajah tanpa riak.

Qira mengetap bibir. Bagaimanalah dia boleh lupa bahawa Danish Arshad merupakan pemegang saham terbesar di syarikatnya dulu. Sekarang barulah dia faham bagaimana dia dipindahkan ke sini. Tetapi kenapa?

"Can both of you explain to me, what happens exactly?," soal Qira sambil memandang mereka berdua satu-persatu.

"Actually, kami yang minta awak transfered ke sini sebagai setiausaha baru Danish," jelas Nazrul dengan tenang.

"What? Jadi setiausaha mamat tak ada perasaan ni," ujar Qira selamba. Dia dapat rasakan dia sudah mencucuh api. Dia mengerling pada Danish yang memandangnya tajam.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now