Bab 20

62.5K 2.2K 12
                                    

Qira tak dapat menahan mulutnya daripada ternganga apabila menerima pesanan daripada Fifi salah seorang pekerja D.A Holdings.

"Bos suruh saya sampaikan fail ni pada awak," ujar Fifi seraya menyerahkan sebuah fail hitam kepadanya. Qira menyambutkan dengan penuh persoalan. Dahinya berkerut seribu sebaik menyemak isi kandungan fail tersebut. Setahunya masalah mengenai projek itu telah pun diselesaikan. Dia mendongak memandang Fifi yang masih berdiri di hadapannya meminta penjelasan lanjut.

Memahami isyarat itu Fifi kembali bersuara. "Bos serahkan projek tu kepada awak seratus peratus. That's mean business tu dia dah serahkan pada awak. After this, semua masalah untuk pusat sukan tu awak kena uruskan termasuklah mengenai kewangan , peralatan, pekerja dan lain-lain. And more thing, lusa awak perlu handle temu duga untuk cari trainer baru di gym memandangkan pusat tu dah jadi tanggungjawab awak," jelas Fifi dengan panjang lebar tanpa sebutir maklumat pun yang tercicir. Serentak itu, Qira terus ternganga. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Baiklah. Terima kasih Fifi," ujarnya tersenyum kelat. Fifi mengangguk dan terus beredar ke tempatnya.

Qira menyandar lemah pada kerusinya. Fail yang berada di atas mejanya ditenung lama.

"Masaklah aku macam ni," keluhnya. Ini sudah melebihi kerjanya sebagai setiausaha. Dia masih naif lagi untuk menguruskan projek yang besar. Pasti Danish sengaja mengambil keputusan tersebut untuk menyeksanya. Danish Arshad kau memang tak boleh tengok orang senang.

Nampaknya sekali lagi dia dibuli oleh bosnya yang kejam itu.

SEBAIK sahaja Danish kembali ke pejabatnya, Qira terus menyerbu masuk dengan membawa sebuah fail ditangannya.

"Anything?" Soal Danish dengan nada skema seolah tiada apa yang berlaku.

"Kenapa awak suruh saya handle semua hal mengenai pusat sukan tu? Awak sengaja nak buli saya ke," hambur Qira tanpa berfikir panjang.
Danish mengerutkan dahinya sebelum mengukir senyuman sinis yang menyakitkan hati Qira.

"Saya bukannya pandai nak uruskan semua tu," kata Qira lagi.

"I don't care. Kau boleh minta tolong Nazrul or anyone else. Aku cuma nak tahu semua pengurusan berjalan dengan lancar," balas Danish. Qira menjulingkan matanya sesaat. Menyampah dengan sikap angkuh Danish yang tak pernah habis.

"Baik bos," balas Qira dengan geram. Dia sengaja menekan perkataan 'bos' dengan kuat. Dia segera berlalu keluar daripada pejabat Danish dengan persaan sebal. Dia perlu mencari Nazrul untuk menolongnya.

"DIA serahkan projek tu pada awak seratus peratus?" Soal Nazrul dengan riak yang sukar ditafsirkan.

Qira mengangguk. Dia menarik nafas lemah.

"Kenapa awak muram?" Soal Nazrul lagi.

"Awak tahu tak, dia sengaja paksa saya handle projek sebab dia nak balas dendam," ujar Qira merengus marah.

Tetapi lain pula reaksi yang diterima daripada Nazrul. Lelaki itu mengukir senyuman lebar.

"So, inilah rancangan yang dia maksudkan tu," Nazrul mengomel dengan nada perlahan tapi cukup jelas di pendengaran Qira. Keningnya bertaut mendengar omelan Nazrul.

"Maksud awak ini salah satu rancangan dia nak buli saya?" Soal Qira. Nazrul kehilangan kata-kata seketika melihat wajah Qira yang sedang menahan marah.

"Err..,"

"Apa?" Qira mencerlung pada Nazrul. Nazrul menelan air liur.

"Si Danish memang kejam," ujarnya geram.

"Saya tak rasa macam tu," balas Nazrul yang kembali tenang. Dia merehatkan badannya pada kerusi.

"Maksud awak?" Qira menyoal hairan.

Nazrul hanya senyum walaupun tiada perkara yang melucukan. Ada sesuatu yang Qira tidak ketahui di sebalik keputusan Danish itu. Sesuatu yang mungkin tak dapat difahami selagi tidak mengenal Dansih sepenuhnya. Seperti biasa, Danish memang seorang yang sukar dijangka dalam setiap tindakannya.

"Kenapa awak senyum?" Qira mematikan lamunan Nazrul.

"Satu hari nanti awak akan faham juga dengan perangai Danish," ujar Nazrul masih lagi mengukir senyuman manis.

Qira mengeluh berat. Muncul seorang lagi manusia yang suka bercakap bahasa kiasan. Hari itu Mike. Kemudian si Nazrul ni pulak. Apa salahnya kalau terus-terang. Diorang semua ni memang suka buat orang tertanya-tanya.

"Cakap terus terang boleh tak? Korang ni suka sangat guna bahasa kiasan," keluhnya.

Nazrul sekadar mengangkat bahu.

"Okey. Stop cakap pasal tu. Sekarang bagitahu saya apa yang perlu saya buat," alih Qira kepada topik pusat sukan tadi. "One more thing about interview new trainer tu,"

"Okey, I'll help you with the interview. Now, untuk uruskan pusat tu, awak perlu melawat dan memantau segala laporan yang dibuat oleh pengurusan di sana," Nazrul menjelaskan dengan terperinci. Perbincangan itu berterusan selama 15 minit. Qira mendengar setiap penjelasan Nazrul dengan penuh perhatian dan teliti.

NAZRUL dan Danish bercadang untuk mengisi perut di restoren yang berdekatan  setelah selesai membuat pantauan di sebuah hotel yang juga merupakan salah satu cabang perniagaanya. Mereka juga bercadang untuk berbincang tentang penubuhan sebuah resort yang baru.

"Aku dengar kau serahkan pusat sukan tu pada Qira," Nazrul bersuara setelah mereka selesai berbincang.

"Salah satu rancangan balas dendam aku," balas Danish tanpa riak tetapi Nazrul dapat lihat Danish cuba memyembunyikan sesuatu.

"Danish, aku bukan naif macam Qira. Memang dia fikir kau serahkan semua tu sebab nak balas dendam. Aku tahu kau buat semua tu atas niat lain, betul tak?" Nazrul cuba meneka. Walaupun tiada respon daripada Danish tapi dia yakin tekaannya itu tepat.

"Tak salah kalau kau serahkan semua tu pada dia. Lagipun dia bukan orang lain, isteri kau jugak, aku tahu kau tak akan buat sesuatu membuta tuli ataupun tanpa sebab," ujar Nazrul seraya menghirup air di hadapannya.

"Mungkin," balas Danish.

"Atau kau ada rasa something pada dia?" Nazrul menduga. Keningnya dijongketkan sebelah.

"Kau gila!," balas Danish yang kelihatan sedikit gelisah. Nazrul tak mampu menahan tawa melihat wajah Danish yang gelisah apabila bercakap mengenai perempuan bust pertama kali.

"Kau nak penumbuk tawar aku tak?" Danish menjeling tajam. Malu apabila digelakkan sebegitu.

Nazrul pantas mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda surrender.

"Tapi kan,  tak salah kalau kau cintakan isteri sendiri," sambung Nazrul lagi. Danish sekadar menarik nafas lemah.

Dedicated to @zie98_official for helping me updating this chapter.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now