Bab 24

59.6K 2.2K 25
                                    

Qira menekup mulutnya apabila dia menguap untuk kesekian kalinya. Namun begitu, matanya masih belum mengantuk walaupun jam sudah hampir menunjukkan pukul 3 pagi. Dalam suasana yang suram itu, Qira mengelamun sendirian. Sejujurnya, alasan dia tidak dapat tidur pada malam itu adalah kerana memikirkan Danish.

Dia masih memikirkan sejauh mana hubungan perkahwinannya akan bertahan. Menurut perkiraan Qira, Danish adalah seorang yang sukar menunjukkan perasaannya kepada orang lain. Dia tidak suka menunjukkan rasa prihatinnya secara terus terang. Misalnya , petang tadi setelah Danish perasaan plaster yang dilekatkan pada pipinya yang bertujuan untuk menutup lukannya. Danish tidak lansung menunjukkan dia keprihatinnannya malah membidas sperti biasa.

"Tolonglah jangan jadi macam budak-budak. Selalu saja  susahkan diri sendiri,"

Qira tersenyum sendirian apabila mengimbas kembali kata-kata Danish.

Pangg!! Bunyi sesuatu menghempas lantai menyentakkan Qira. Qira memandang sekeliling biliknya. Ada sesuatu yang terjatuhkah? Tapi bunyi itu bukan datang daripada biliknya ataupun bilik Danish. Bunyi itu seolah-olah datang daripada bilik tamu di bawah. Qira mula kecut perut. Setahunya tiada sesiapa yang menginap di bilik tamu itu.

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak daripada luar. Qira mengutuk diri sendiri yang terlupa mengunci pintu bilik. Qira sedaya upaya menghiraukan kelibat yang menyusup masuk ke dalam biliknya. Jantungnya mula memainkan rentak laju. Bilik yang sejuk dengan penghawa dingin itu pula mula membuatkan Qira semakin tidak selesa. Sesiapapun kelibat yang menyusup masuk ke biliknya itu, dia berharap agar ianya cepat keluar. Matanya dipejam rapat.

Tiba-tiba Qira merasakan pergerakan di sebelah katilnya yang kosong. Qira menelan air liur. Ingin sahaja dia menjerit kuat. Akan tetapi dia bimbang perbuatannya itu, akan menyebabkan 'orang' itu bertindak di luar batasan.

Qira mula berasa cemas apabila 'orang' itu dengan selamba meletakkan lengannya di sekeliling pinggangnya.

'Okey, enough,' desis Qira dalam hatinya. Satu tindakan drastik yang perlu diambil. Namun belum pun sempat Qira membuka mulut untuk menjerit, satu tangan pantas menutup mulutnya. Qira Cuba melepaskam diri. Tetapi pegangan pada pinggangnya semakin kuat.

"Wei, aku ni Danish," bisik satu suara di belakangnya. Danish? Pantas Qira memusingkan badannya mengadap Danish.

"Apa awak buat kat sini,?" Soal Qira.

Danish pantas menekup mulut Qira. Qira bertambah kebingungan.

"Ada orang datang, diam," balas Danish sedaya upaya memperlahankan suaranya. Walaupun Qira tak pasti apa yang berlaku, dia tahu ianya bukan sesuatu yang baik.

Danish menguatkan pegangannya pada pinggang Qira apabila terdengar tombol pintu bilik dipulas oleh seseorang. Qira turut berasa cemas. Akibat terlalu takut, Qira merapatkan dirinya pada Danish. Dia menyembunyikan wajahnya pada dada bidang Danish.

Tak lama kemudian, kedengangaran suara garau lelaki berbisik sesama sendiri.

"Mat, kau ambik semua barang kemas tu," bisik satu suara.

Bunyi tapak kaki seseorang semakin hampir di belakang Qira. Qira cuba menyembunyikan perasaan takutnya. Mujurlah Danish ada bersamanya ketika ini. Barulah dia rasa selamat.

"Hoi, sweet tu, tidur berpeluk bagai," komen satu suara pula.

Qira menahan perasaannya yang membuak-buak ingin menghentak kepala lelaki itu. Daripada suara yang didengar, ada dua orang lelaki di dalam biliknya ketika itu.

Lima belas minit kemudian, kedua lelaki itu keluar daripada biliknya.
Qira melepaskan keluhan lega. Begitu juga Danish.

Danish meleraikan pegangannya. Dia bangkit daripada perbaringan. Lantas dia mencapai telefon Qira yang berada di atas meja berdekatan. Dia menghantar mesej SOS kepada kedua pengawal peribadinya. Setelah itu, dia kembali berpaling kepada Qira yang turut duduk di atas katil.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now