prolog

148K 3.5K 36
                                    

Syahira Aqira atau lebih mesra dipanggil Qira menghela nafas lemah apabila melihat pelbagai persediaan yang terletak elok di ruang tamu rumahnya. Barang hantaran termasuklah pelamin telah pun disiapkan oleh maknya dengan bantuan orang-orang kampung dan sanak saudaranya. Terbantut terus niatnya untuk membatatlkan majlis perkahwinan yang akan diadakan lusa. Memikirkan kesungguhan dan nama baik maknya hatinya berbelah bagi. Mungkin inilah takdir yang harus diterimanya. Walaupun sehingga kini dia tertanya-tanya siapakah lelaki yang banal menjadi suaminya itu nanti. Runsing pulak dia dibuatnya.

Qira mengatur langkah ke Arab sekumpulan gadis yang sedang menyiapkan gubahan hantaran. Menyedari kehadirannya, Nurul Afina ataupun Fina menginsut sedikit untuk memberikannya ruang untuk duduk. Sahabatnya itu tersenyum lebar memandangya.

"Nampak macam meriah majlis perkahwinan kau ni," ujar Fina seraya menghulurkan sebuah bekas yang dihias dengan bunga telur. Qira sekadar menjuihkan bibir.

"Aku tak sabar nak tengok rupa laki hang tu. Handsome ke tidak," tambah Fina lagi.

"Kau jangan bagi aku berdebar boleh tak ?" Getus Qira yang tidak mahu memikirkan tentang hal itu . Fina ketawa kecil. Mak , Qira harap mak tak kecewakan Qira, desis hatinya.

Nampaknya perkahwinan itu tetap akan berjalan seperti yang dirancangkan oleh maknya. Lebih baik diikhlaskan sahaja hatinya. Dia tidak mahu berkahwin sebab terpaksa. Nanti sia-sia sahaja.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now