Bab 11

62.6K 2.2K 16
                                    

Sekali lagi cuti hujung minggunya dirosakkan oleh Muhammad Danish Arshad. Qira duduk sambil berpeluk tubuh di dalam kereta. Tanda protes sebab tak puas hati.

"Boleh tak awak bagitahu saya kita nak ke mana. Jangan buat saya macam tunggul kayu boleh tak?," sekali lagi Qira mengeluarkan soalan yang sama kepada Danish yang memandu tenang disebelahnya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat zuhur apabila Danish mengarahkannya untuk cepat bersiap.

"Masa memandu mana boleh bercakap ," jawab Danish selamba. Qira mengetap bibirnya. Stress betul. Apa yang susahnya. Cuma cakap nak pergi mana. Qira mengerling tajam. Kemudian masing mendiamkan diri. Bunyi nada ringtone telefon Danish memecah kebisuan. Dengan selamba Danish menjawab panggilan tersebut.

Qira menjeling geram. Tadi kata tak boleh bercakap semasa memandu. Cakap dengan telefon boleh pulak. Aku sumbat juga cili padi dalam mulut si zombie ni. Stress betul

Arghhhh!! Qira tiba-tiba menjerit kuat setelah Danish selesai bercakap di telefon. Danish di sebelahnya terperanjat. Mujurlah tidak hilang fokus pemanduannya. Kalau tidak kedua-duanya masuk hospital nanti.

"Woi! Kau dah gila ke?," tenking Danish sambil menjeling Qira di sebelahnya.

"Awak tu yang gila! Saya tanya nak pergi mana awak tak jawab. Tak boleh cakap semasa memandu konon. Bercakap dengan telefon boleh pulak. Lagi satu , awak fikir saya ni tak ada perasaan macam awak ke?," hambur Qira dengan perasaan geram dan marah yang bercampur baur.

"Mana kau tahu aku tak ada perasaan," balas Danish yang tetap tak mahu mengalah seperti biasa.

"Memanglah sebab awak tu nak senyum pun susah. Bukankah itu day cukup untuk buktikan yang awak ni hati kering," tingkah Qira dengan perasaan geram yang masih berbaki. Kalau nak berbalas dengan Danish perlukan kesabaran yang tinggi walaupun hakikatnya dia bukanlah seorang yang penyabar.

"Habis tu, kau nak suruh aku senyum macam orang gila tepi jalan baru ada perasaan," balas Danish geram.

"Tak payah! Awak tu memang dah tak betul,"

"Dia yang tak betul,"  kata Danish selamba. Serentak itu Qira menjeling tajam. Dikutuk-kutuk danish dalam hati. Tunggu sajalah Danish Arshad.

DANISH memberhentikan kereta Sport miliknya di hadapan sebuah restoren yang agak besar. Qira mengekori langkah Danish yang melangkah masuk ke restoren itu. Dari jauh Qira dapat melihat sebuah meja yang dipenuhi oleh sebuah ahli keluarga termasuklah mertuanya. Meja itu agak besar untuk ahli keluarga berkumpul.

"Qira,," kehadirannya dan Danish disambut mesra oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah mencium kedua-dua belah pipinya dan memperkenalkannya kepada saudara mara yang turut berada di situ. Qira turut berkenalan dengan mak saudara Danish yang juga merupakan kakak kepada Puan Aisyah. Cuma dua orang gadis yang turut berada di situ melayannya dengan agak dingin. Qira duduk di sebelah gadis yang memakai lipstick setebal 2inci itu. Manakala Danish duduk di sebelahnya berhadapan dengan Mak Long.

"Tak adalah cantik sangat, aku hairan kenapa Danish pilih dia," bisik satu suara perlahan tetapi tetap didengari jelas oleh Qira yang duduk tidak jauh daripadanya. Panas betul hatinya mendengar umpatan seperti itu. Nasib baik dia menghormati keluarga Danish. Kalau tak pasti dia turut membedil kata-kata sinis gadis Itu.

Dari situ, Qira dapat mengagak bahawa sepupu Danish itu cemburu atas perkahwinannya dengan Danish. Inilah salah satu masalah kaum perempuan tak pernah lari dengan sikap hasad dengki.

"Qira kerja apa ?,'' sapa wanita yang dikenali sebagai maklong itu.

"Sebagai pengurus kewangan mak long," balas Qira dengan sopan.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now