Bab 7

66.8K 2.4K 48
                                    

Mata Qira tak berkelip memandang Danish yang memakai baju tanpa lengan dan seluar trek berwarna putih yang sedondon. Ringkas tapi tetap nampak macho dan handsome. Lebih-lebih lagi dengan badannya yang sasa ala-ala taecyon daripada kumpulan 2pm. Melihat dari gaya pemakaianya Danish, mungkin lelaki itu ingin pergi bersukan.

"Wei!" Qira tersentak apabila Danish menepuk meja makan dengan kuat.
"Kau ni memang mata keranjang kan?" Danish menyindir sebaik perasan Qira tak berkelip memandangnya. Dia duduk di kerusi dan menjamah nasi goreng yang sudah dihidangkan di atas meja.

"Eh! Saya bukan mata keranjang okey. Tapi saya minat pemain bola keranjang yang cool dan handsome. So, you better watch your mouth danish arshad," tingkah Qira dengan geram. Dia menjeling.

"Pemain bola keranjang," kata Danish dengan nada mengejak diselakan tawa kecil.

"Awak tak payahlah nak sindir saya. Saya memang dah lama minat pada pemain bola keranjang plus pulak orang yang macam Alex," jelas Qira cuba mempertahankan apa yang diminatinya. Danish mengukir senyuman nipis.

"Mengarut! Kalau macam tu apasal kau tak kahwin saja kalau dah minat sangat," balas Danish seperti biasa. Wajahnya lansung tak mempamerkan sebarang riak.

"Apa boleh buat. Saya dan pemain bola keranjang tak ditakdirkan bersama. Allah dah tulis jodoh saya dengan orang yang tak berperasaan," getus Qira selamba. Sempat juga dia mengutuk Danish.

Tanpa sedar satu senyuman terukir di bibir Danish. Danish meneruskan suapannya. Walaupun dia tahu kata-kata Qira itu ditujukan untuk memerlinya tapi dia sendiri tak pasti apa yang membuatkan dia tak jadi ingin meningkah kata-kata gadis itu.

KEBOSANAN mula melanda dirinya yang tinggal bersendirian di rumah besar itu. Sudan berkali-kali dia ulang alik tempat duduk. Sekejap di dapur, sekejap di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tapi tak ada satu drama pun yang dapat menghilangkan kebosanannya. Sebentar tadi dia sempat berbual dengan Mak Nab dan mencungkil serba sedikit tentang Danish.

Menurut Mak Mah  setiap hujung minggu Danish akan keluar untuk lepak bersama kawan-kawannya dan hanya akan pulang pada waktu tengah hari kecuali jika kawannya ada hal masing-masing. Danish pula akan menghabiskan dengan berboxing dalam sebuah bilik yang disediakan di belakang rumah itu. Qira sempat meninjau bilik yang dimaksudkan oleh Mak Nab itu. Di dalammya terdapat pelbagai alat untuk berboxing dan juga peralatan gym yang lain. Memandangkan Qira tak berminat dengan semua itu, dia terus melangkah kembali ke dalam rumah.

Televisyen ditutup. Kaki diatur ke luar kawasan rumah.Matanya  meliar ke sekitar untuk mencari sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Matanya tertancap pada sebuah kolam ikan yang tak jauh dari situ. Qira mendekati kolam ikan yang terletak di hujung pagar. Ditepi kolam itu terdapat sebuah pondok cantik berserta kerusi dan meja diukir indah daripada kayu -kayan yang terbaik. Qira bertinggung di tepi kolam sambil membuang pandangan ke arah ikan yang sedang gembira berenang-renang.

"Wahai ikan, seandainya kau mampu bercakap macam dalam cerita dongeng yang sering disiarkan di TV. Pasti akan kebosanan macam ini," ujarnya seraya mengeluh berat. Ikan dalam kolam itu pasti menganggapnya gila kerana bercakap sendirian. Sekali lagi dia menghela nafas lemah.

Satu titisan air jatuh menimpa wajahnya. Perlahan-lahan dia mendongak bimbang kalau ada burung yang sedang berterbangan di langit sengaja membuang air ke atasnya. Tiada seekor burung pun yang kelihatan. Tiba-tiba gerimis mula membasahi bumi. Qira mengukir senyuman. Akhirnya, ada juga sesuatu yang mampu buat dia rasa seronok. Gerimis yang renyai itu mula bertukar menjadi hujan yang lebat. Qira mendepakan tangannya bagi menyambut kahadiran air yang sudah membasahi seluruh tubuhnya.

DANISH melepaskan penat dengan berbaring ke atas sofa. Dia dan rakannya yang lain terpaksa melakukan latihan yang intensif memandangkan game akan diadakan lebih kurang seminggu lagi. Kebiasaanya mereka mengadakan latihan setiap hujung minggu kerana kesibukan yang dialami oleh mereka semua. Kalau dulu sebelum mempunyai kerjaya mereka sering menghabiskan masa di gelanggang dan berboxing bersama-sama.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now