Bab 30

68.7K 2.3K 159
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Qira hanya mendiamkan diri memandang ke luar tingkap kereta. Dia rasa marah dengan apabila melihat Nurin dengan selamba memegang tangan Danish. Tetapi, dalam pada masa yang sama Qira tidak dapat menafikan bahawa apa yang dilihatnya bukan seperti yang difikirkan. Walaupun hatinya berasa marah dan mungkin sedikit perasaan cemburu, naluri Qira tetap kuat mempercayai Danish sebagai suaminya.

Cemburu? Qira tidak pernah mnjangkakan dia akan cemburu dengan seorang insan yang tak berperasaan seperti Danish Arshad. Mungkin hampir 5 bulan hidup bersama, Qira semakin dapat menerima kehadiran Danish dalam hidupnya.

Sebaik sahaja Danish mematikan enjin kereta, Qira terus berlalu keluar. Entah mengapa, dia ingin menunjukkan rasa untuk protest kepada Danish.

"Wei Mak Nenek,!" Panggil Danish apabila Qira hendak mendaki anak tangga untuk menuju kebiliknya.

"Hmm," balas Qira acuh tak acuh. Dia memusingkan badannya sedikit memandang Danish melalui bahunya.

"Pusing belakang," arah Danish dengan nada perlahan.

Qira menghela nafas lemah. Nak tak nak dia berpaling juga menghadap Danish dengan pandangan tajam sambil berpeluk tubuh.

Sebaik sahaja Danish melihat riak wajah Qira, bibir Danish mengukir senyuman kecil dengan tiba-tiba. Qira mengangkat kening. Hakikatnya dia sedikit terkejut melihat senyuman Danish itu. Senyuman yang kecil itu juga sudah mampu mengundang rasa aneh dalam dirinya..

Perhatian Danish daripada wajahnya tidak beralih sebaliknya Danish hanya menatap wajah Qira  dengan pandangan yang serious.

"Are you jealous?" Soal Danish tiba-tiba membuatkan Qira gemuruh.

"What? Apa yang awak merepek ni? Saya jealous? Memang tidaklah," balas Qira cuba menyembunyikan rasa gugupnya. Dia melemparkan pandangan tajam pada Danish.

"Ye lah tu," Danish menyindir.

"Betullah," tegas Qira lagi. Walaupun dia sendiri tidak yakin dengan kata-katanya itu. Ya Allah apa yang mamat ni dah buat dengan aku, qira bersuara dari hatinya. Sungguh, dia benar-benar buntu dengan perasaannya kini.

Perasaan ini lebih kuat daripada apa yang pernah dirasakannya ketika pertama Kali jatuh cinta dahulu. Adakah dirinya sudah jatuh cinta kepada Danish Arshad? Suaminya sendiri.

Fikiran Qira terhenti apabila Danish membaling sesuatu kepadanya. Mujurlah tangannya pantas menyambut bungkusan beg kertas itu.

"Lain kali, belajar hargai pemberian orang lain. Aku nak kau pakai or simpan barang tu," ujar Danish serious. Qira meneliti barang kemas yang dibeli oleh Danish tadi dengan perasaan yang sukar digambarkan.

"And one more thing, aku perlukan kepercayaan kau. And I'll always trust you because you're my wife," ujar Danish serius.  Dan Qira dapat mengesan ketegasan dalam bicara Danish itu.

Danish terus berlalu meninggalkan Qira termangu-mangu sendirian. Qira faham kepercayaan yang dimaksudkan danish itu. ITU tak lain tak bukan pasti kejadian antara Nurin dan Danish yang berlaku di Mall tadi. Qira merasakan dirinya kembali lega. Ya! Dia percayakan Danish. Pasti ada sesuatu yang terjadi dan semua itu bukan salah Danish.

*3 hari kemudian****

NURIN melangkah ke arah wanita yang sedang menunggunya di salah sebuah meja yang agak jauh daripada orang lain. Wanita itu asyik menghayati sesuatu melalui I phone nya.

"Hai Kak," sapa Nurin sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan wanita tersebut.

Wanita itu terus mengangkat muka dan melemparkan senyuman ke arah Nurin.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now