Bab 25

64K 2.4K 37
                                    

Danish memejam kembali matanya sebaik sahaja kepalanya berdenyut. Perlahan-lahan dia kembali membuka matanya setelah penglihatan kembali jelas. Nafas panjang ditarik untuk mengurangkan pening kepala yang menggangu fikirannya untuk berfikir secara tenang.

Danish mengamati suasana di sekelilingnya. Sebaik sahaja melihat IV yang dicucuk pada tangannya barulah dia dapat meneka bahawa dia sekarang berada di hospital. Hospital??

Tanpa berfikir panjang, dia cuba untuk bangun daripada katilnya apabila mengimbas kembali kejadian rompak yang berlaku di rumahnya. Namun pergerakannya terhenti apabila dia merasakan kesakitan yang menyerang pada bahagian perutnya. Sekali lagi dia cuba untuk bangun. .

"Bos masih perlukan rehat. Doktor nasihatkan supaya bos tak banyak bergerak. Bos tak sedarkan diri sebab banyak kehilangan darah,"

Suara Ayrul, pengawal peribadinya menarik perhatian. Serentak itu, dia berpaling dan melihat Ayrul sedang membaca akhbar di sofa yang disediakan.

"Berapa lama aku tak sedarkan diri," soal Danish kembali tenang.

"Dua hari,"

Danish mengangguk faham.

"Anyway, kawan-kawan and family bos ada datang melawat dua jam sebelum bos sedar," jelas Ayrul lalu meletakkan akhbar ke atas meja berdekatan.

Tiba-tiba fikirannya teringatkan Qira yang turut ada pada malam tersebut. Sekali lagi Danish cuba untuk bangun.

"Tak guna," omelnya apabila sakit pada abdomen badannya kembali menyerang.

"Bos perlukan apa-apa? Saya boleh ambilkan," Ayrul mendekati Danish.

"Isteri...., ".

Sebelum sempat Danish menghabiskan ayatnya pintu wad dikuak oleh seseorang. Serentak itu, Danish dan Ayrul mengalihkan pandangannya ke arah pintu wad itu.

Danish menhembus nafas lega melihat gerangan tersebut. Dia kembali berbaring dengan tenang.

"Lupa nak cakap,tadi puan pergi solat ," ujar Ayrul. Danish mengangguk.

"Saya keluar dulu bos,"

Ayrul terus meninggalkan wad setelah menyapa Qira.

Danish mengalihkan pandangannya pada Qira yang sudah melabuhkan punggung kerusi bersebelahan katilnya.

"Kau ada belikan makanan tak?," Qira mengangguk. Dia mencapai plastik yang berada di atas meja. Bungkusan makanan yang dibeli dihulurkan pada Danish.

Danish mengambilnya tanpa bersuara.

Danish yang  sedang menjamu makanan berhenti apabila mendengar Qira melepaskan keluhan berat. Dia juga perasan Qira tidak banyak bercakap seperti kebiasaannya. Gadis itu seperti hilang dalam duniannya sendiri sambil bermain dengan jari-jemarinya.

Danish mengeluh lemah. Makanan yang masih bersisa separuh itu diletakkan kembali di tempat yang disediakan.

"Wei, kau ni kenapa?," soal Danish seraya memetik jari di hadapan Qira. Secara automatik tumpuan Qira beralih padanya.

"Aku tanya kau kenapa?" Soal Danish lagi apabila Qira memandangannya dengan pandangan bingung.

Perlahan-lahan Qira menggeleng tanpa memandang Danish. Lantai lebih menarik perhatiannya ketika itu.

Sekali lagi Danish menarik nafas lemah. Dia menguak wajahnya.

"Wei mak nenek, pandang aku  sekarang," tegas Danish.

Perlahan-lahan Qira mengangkat wajahnya memandang Danish.

"Kenapa?," ujar Danish dengan nada sederhana. Tidak kasar dan tidak terlalu lembut.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now