bab1 - berita mengejutkan

92.3K 2.9K 130
                                    

"Mak ! Apa ni? Tak baik buat Qira macam ni," ujar Qira pada maknya di talian. Wajahya berkerut seribu.

Fina melangkah keluar daripada dapur dengan membawa dua cawan Milo panas yang dibancuhnya. Dia meletakkan salah satu cawan ke atas meja. Kemudian dia menghalakan pandangannya ke arah Qira yang sedang bercakap melalui telefon. Wajah Qira masam mengalahkan cuka di dapur.

"Yalah. Nanti Qira balik. Assalamualaikum." Ujarnya sebelum menamatkan panggilan.

"Ada masalah dekat kampung ke? Dah macam ayam berak kapur saja aku tengok muka kau," Kata Fina sebelum menghirup perlahan air Milo yang dipegangnya.

"Mak aku suruh balik kampung," jawabnya lemah.

"Apa salahnya, balik sajalah. Lagipun bulan depan kita cuti seminggu kan," balas Fina yang masih tidak dapat menghidu keresahan yang menimpa Qira.

"Balik kampung tu tak jadi masalah untuk aku. Yang jadi masalah sekarang ni , dia nak aku balik sebab dia dah aturkan satu majlis perkahwinan untuk aku bulan depan," ujar Fina dengan perasaan geram yang memuncak. Serentak itu , Fina terus tersedak. Terbatuk-batuk gadis itu sebaik mendengar perkataan kahwin.

"Seriously?"
Qira mengangguk mengiakan. Fina yang masih terkejut nenarik nafas panjang. Nampak macam tak betul tapi itulah realitinya.

Qira bersandar lemah. Kepalanya mula berdenyut-denyut mengenangkan perkara tersebut. Inilah masalah yang paling besar pernah dialaminya. Kalau dulu asyik fikirkan tentang pekerjaan yang ingin dilakukan namun kini masalah kahwin adalah lebih rumit.

Sudah berbuih mulut maknya dikampung yang asyik bertanya bila dia nak mendirikan rumah tangga. Padahal kalau diikutkan umurnya baru mencecah 24 tahun. Masih ada banyan masa lagi untuk mencari teman yang sesuai. Mungkin disebabkan rakan-rakan dikampung yang sebaya dengannya sudah mendirikan rumah tangga menimbulkan kebimbangan dalam hati maknya itu.

Namun begitu, dia paling tak suka apabila maknya sering membandingkan dirinya dengan kawan-kawannya yang lain.

"Kau tak cemburu ke tengok kawan-kawan kau yang dah kahwin tu? Boleh pakai kereta besar, dapat suami yang macam artis. Kau pula asyik cakap nak tunggu orang yang tak pernah wujud tu. Agaknya sampai mati pun mak tak dapat tengok kau kahwin," kata maknya satu ketika dulu.

Satu keluhan berat dilepaskan. Tak sangka walaupun dia Sudan memiliki pekerjaan dia tetap diuji dengan status bujangnya. Kadang- kadang dia mencemburui Fina yang tak pernah didesak dengan perkara tersebut.

"Menyesal pulak aku cabar dia hari itu," keluh qira kesal

"Kau cabar apa?" Soal Fina kehairanan.

***sebulan yang lalu

"Mak, Qira bukan tak nak kahwin. Cuma masih tak ada calon yang sesuai. Lagipun, mana ada orang yang berkenan dekat Qira mak," alihnya cuba mengalihkan topik perkahwinan yang mula dibuka oleh maknya, Puan Hamilah. Apabila maknya bertanya tentang boyfriend , dengan selamba dia menjawab Naruto anime kegemarannya. Serentak itu kepalanya diluku oleh maknya. Kalau luku dengan perlahan dia tak kisah masalahnya maknya itu melukunya dalam keadaan geram. Bergegar sekejap kepalanya.

"Waktu si Azlan Lamar kau dulu kenapa kau tolak? Apalagi yang kurang dengan anak mak senah kau tu. Sekarang padan muka kau gigit jarisebab dia dah pilih orang lain.," kata Puan Hamilah masih tidak berputus asa.

"Mana ada Qira gigit jari. Malah Qira tumpang bahagia untuk dia," balas Qira dengan selamba.

"Pandailah kau menjawab!" Dengus Puan Hamilah. Tangannya masih ligat mengupas kulit bawang.

Qira mencapai sebiji buah mangga di atas meja yang dipetiknya semalam. Berkerut dahinya menahan masam apabila menggigit buah mangga yang masih muda itu. Mengimbas kembali tentang Azlan yang pernah melamarnya satu ketika dulu memang tak dapat dinafikan si Azlan memang tak ada cacat celanya. Bekerjaya sebagai seorang peguam, ada rupa walaupun tak sekacak artis Korea. Tetapi dia sendiri tak tahu kenapa dia tak boleh menerima Azlan sebagai teman hidupnya walaupun mereka sudah lama kenal. Mungkin sebab hatinya tak ada sebarang perasaan pada si Azlan.

"Mak tak kira, mak tetap jugak nak kau kahwin tahun ini. Mak ni cemburu tahu tak tengok orang lain yang dah timing cucu. Sampai bila kau nak hidup membujang. Kau jadi anak dara tua," tegas Puan Hamilah masih menyambung bebelannya. Dia bergerak ke sinki untuk membasuh sayur-sayuran yang telah dipotong. "Anak Mak Lang kau si Aira tu pun dah kahwib bulan lepas. Si Mia yang muda lagi pada kau dah kahwin dengan anak Dato'. Kau pulak? Lansung tak ada perkembangan," sambung Puan Hamilah lagi. Qira mengeluh berat. Bilalah perkara ni nak habis. Sudah berserabut kepalanya mendengar bebelan maknya itu. Buah mangga kegemarannya juga terasa pahit untuk ditelan. Kalau terus begini boleh gila dia dibuatnya.

"Mak , apa kata mak bagi saja Amirul kahwin dulu. Mak boleh timang cucu jugak. Habis cerita,"
Serentak itu kepalanya ditempeleng.
"Sakitlah mak," Qira menggosok kepalanya. Sudah banyak kali maknya itu melepaskan geram pada kepalanya. Tak tahu ke kepala aset paling berharga.

"Adik kau tu baru 19 tahun. Kalau dia kahwin dia nak bagi anak dara orang makan apa? Makan pasir!,"marah puan Hamilah. Qira menjuihkan bibir.

"Kau tu setiap kali mak cakap pasal kahwin ada saja alasannya..," Qira menarik nafas lemah . Tak habis-habis lagi. Kalau lah dia ada sihir yang boleh buat mak nya itu tutup mulut kan bagus

"Kau ni kalau tak buat mak susah hati mesti...,

"Mak!"
Qira pantas memotong bebelen maknya.
"Macam inilah, mak cari seorang lelaki yang sesuai untuk dijadikan menantu mak. Tapi dengan syarat lelaki tu mesti ada ciri² yang Qira sebutkan ni kalau tak Qira tak akan kahwin. First sekali, lelaki tu mesti handsome kalau boleh ada iras Korea sikit. Second, ad kerjaya yang boleh tanggung hidup Qira bukan anak tan sri pun tak apa asal ada gaji. Dan kalau boleh yang minat bola keranjang. Lepas jumpa , mak telefon je Qira, terus Qira akan balik untuk kahwin. Macam mana boleh mak cari seperti yang Qira sebut," kata Qira bagi menutup mulut maknya itu. Hanya itu sahaja jalan yang ada difikirannya. Tetapi walaupun syaratnya kelihatan melampau maknya dengan yakin bersetuju.

"Baik. Mak anggap itu sebagai satu cabaran. Mak setuju!," dengan penuh keyakinan puan Hamilah bersuara.
Selepas itu setiap kali balik kampung maknya lansung tak bersuara tentang hal kahwin. Lega sekejap hidupnya. Tapi tak sangka dalam diam maknya sedang memburu sorang lelaki untuk dijadikan sebagai menantunya. Makin rumit adalah.

FINA hanya mampu menggeleng kepala mendengar cerita Qira. Sudan tahu maknya itu pantang dicabar tetap saja berani nak cabar yang bukan-bukan.

"Aku cakap macam tu sebab nak tutup mulut dia saja. Tak sangka dia nekad sampai begitu sekali," keluhnya sesal.

"Kau rasakan mak kau betul-betul penuhi tak syarat gila kau tu. Yalah bukan senang nak cari macam yang kau nak tu," soal Fina.

"Harap-harap macam tulah. Aku tak nak kahwin dengan orang sebarangan. Janganlah mak aku tu main rembat saja mana-mana lelaki. Menangis tak berlagu aku dibuatnya. " ujar Qira yang mula khuatir.

"Aku tak rasa mak kau main pilih saja. Lebih baik kau minta mak kau hantar gambar lelaki ITU. Kalau IRAs mamat bangla bolehlah kau reject cepat-cepat," balas Fina.

Wajah Qira mula berubah sebaik memdengar perkataan bangla. Minta dijauhkan .

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now