Bab 17

58.4K 2.2K 14
                                    

Jam hampir menunjukkan pukul 2 petang. Qira baru sahaja pulang daripada rumah Fina. Dia sempat singgah untuk membeli lauk memandangkan dia tak sempat untuk memasak. Dengan menggunakan kunci pendua, dia membuka pintu rumah. Danish menyerahkan kunci pendua kepadanya saat pertama Kali dia berpindah ke situ.

Qira melangkah masuk dan mendapati televisyen terpasang tanpa penonton. Ke mana pula Danish pergi?

"Hai Kak," Qira terperanjat apabila disapa secara mengejut. Dia mengurut dadanya seraya berpaling. Qira terpegun apabila melihat jejaka yang sedang tersenyum ke arahnya. Rupanya yang kacak dan manis itu boleh menarik perhatian setiap gadis yang memandang ke arahnya.

Tetapi siapa lelaki ini? Mengapa dia memanggilnya dengan panggilan 'kak?"

"Darwish, adik Danish kembar Kirana," kata lelaki itu memperkenalkam dirinya.

Qira berfikir sejenak. Adik Danish? Bermaksud lelaki ini adalah adik iparnya. Sekarang barulah dia faham.

"Kak," Darwish melambaikan tangannya di hadapan kakak iparnya itu. Mengelamun agaknya.

"Maaf. Bila Darwish sampai?" Qira bertanya.

"Pagi tadi dalam pukul 11. Darwish terus datang sini sebab mama cakap dia masih di Sarawak. Dia lupa nak tinggalkan kunci rumah. So, Darwish akan menginap di sini sampai mama balik," terang Darwish.

Qira mengangguk-anggukkan kepalanya. Pn. Aisyah a.k.a ibu mertuanya pernah bagitahu tentang keberangkatannya ke Sarawak semasa dia dan Danish melawat ke rumahnya seminggu yang lalu. Pn. Aisyah juga ada mengatakan bahawa adik Danish akan balik daripada pengajiannya. Tak sangka pula orang itu adalah Darwish.

"Ada nampak Danish tak?" Qira bertanya sebaik melabuhkan punggung ke atas sofa. Dia meletakkan lauk yang dibelinya ke atas meja.

"Abang di gym dia dekat belakang. Boxing agaknya," balas Darwish turut merehatkan badan ke atas sofa.

"Kak, Darwish nak minta tolong boleh?" Darwish membuat muka comel.

"Apa dia?"

"Jom pergi shopping. Barang Darwish tak banyak," balasnya tersengih.

"No problem, lepas shopping kita pergi jalan-jalan, deal?"

"Deal!" Darwish bersorak."kalau macam tu, Darwish pergi bersiap sekarang," ujar Darwish dan terus berlari ke bilik tetamu.

Qira juga berlalu ke biliknya untuk menukar pakaian.

"NAK pergi mana?" Sapa Danish yang baru lepas bersenam. Dia meneliti adik dan isterinya satu persatu.

"Nak pergi shopping," jawab Qira teruja. Keningnya dijongket berkali-kali.

"Okey bang, kami pergi dulu. Aku pinjam isteri kau jap," ujar Darwish seraya memaut bahu Qira. Mereka berdua terus berlalu.

Kening Danish bertaut. "Cepatnya diorang rapat," omelnya sendirian. Dia mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Dia melangkah ke dapur untuk makan tengah hari sebelum membersihkan diri.

QIRA dan Darwish menerokai setiap kedai baju yang terdapat di mall besar itu. Mujurlah si Darwish bukan jenis yang cerewet dalam memilih pakaian. Apa yang sesuai dipakai dan mempunyai saiz badannya , dia ambil tanpa berfikir panjang. Darwish juga turut membelanjanya beberapa helai baju walaupun beberapa kali dia menolak. Alasannya, bila lagi nak belanja kakak ipar sendiri. Satu lagi.

"Darwish gembira akhirnya abang buat pilihan nak bina masjid,"

Sikap Darwish dan Danish bagaikan langit dan bumi. Darwish lebih mudah bergaul dengan orang lain. Malah dia cepat mesra dengan setiap orang yang menegurnya. Cuma satu saja masalah Darwish, dia seorang yang bermulut manis. Mungkin sebab dia tak nak kecilkan hati gadis-gadis yang menegurnya. Setiap perempuan yang lalu pasti tersenyum-senyum melihat Darwish apatah lagi kalau Darwish senyum mulalah nak menggedik. Daya tarikan Danish dan Darwish pada perempuan memang hebat. Cuma perangai Danish yang dingin mungkin faktor perempuan tak berani mendekatinya.

"Hai," sapa seorang gadis apabila mereka berada di sebuah kedai coklat. Qira sengaja menjarakkan dirinya daripada Darwish untuk melihat drama yang bakal terjadi.

"Hai," balas Darwish turut menyapa mesra. Apabila melihat Darwish mengukir senyuman manis, gadis itu semakin menggedik. Qira menghela nafas lemah.

"I dahlia," gadis itu menghulurkan tangannya. Darwish kelihatan teragak-agak untuk menyambut huluran itu. Namun demi menjaga hati gadis itu dia tetap menyambutnya.

"Darwish,"

"Boleh I minta nombor phone u?" Soal gadis itu tanpa segan silu.

Qira dapat melihat Darwish sedang cuba mencari alasan untuk mengelakkan diri. Kemudian, Darwish berpaling dan memberikan isyarat kepadanya. Tetapi dia tidak dapat memahami maksud isyarat yang disampaikan.

"Actually saya dah kahwin, so awak kenalah minta izin dengan isteri saya dulu," balas Darwish. Qira menjongketkan keningnya. Itu saja alasan yang difikirkannya.

"Dah kahwin?" soal gadis itu seolah tak percaya. Darwish mengangguk yakin.

Darwish kemudiannya menarik Qira.

"Meet my wife," ujar Darwish memperkenalkan Qira sebagai isterinya. Qira menayangkan reaksi menyampah. Rasa nak tergelak pun ada.

"Sorry," gadis itu terus berlalu dengan wajah yang jelas kecewa.

"Wife? Kau nak akak kena kecam dengan peminat kau ke?," soal Qira berpeluk tubuh.

Darwish tersengih. Dia menggaru belakang tengkuknya.

"Okey, sebab akak dah tolong Darwish. Jom kita pergi makan ais krim," pujuk Darwish.

"Pandailah kau pujuk," balas Qira. Mereka beriringan mencari kedai ais krim yang berdekatan. Bukan susah untuk mencari kedai ais krim di mall itu memandangkan di sana memang terdapat banyak kedai ais krim.

Qira duduk di bangku yang kosong sementara menunggu Darwish membeli ais krim untuk mereka berdua. Tidak lama kemudian Darwish kembali bersama dua ais krim di tangannya. Darwish menyerahkan ais krim yang berperisa coklat. Mereka menikmati ais krim sambil memerhati orang yang lalu lalang.

Qira berhenti makan, apabila dia merasakan mulutnya gatal. Dia termakan sesuatu yang tidak sepatutnya dia makan.

"Kak, nak tanya sikit boleh?" Darwish bersuara. Qira tidak memberikan sebarang respon sebaliknya hanya menunduk memegang dada.

"Kak," bahu Qira dicuit. Namun tetap tiada respond. Darwish menggaru kepalanya yang tak gatal. Tertidurkah?

"Darwish apa dia letak dalam aiskrim ni?" Soal Qira tercungap-cungap.

"Kacang agaknya,'

Serentak itu, Qira mendongak memandang Darwish. Wajahnya pucat.

"Kak, are you okay?" Darwish mula cemas melihat Qira yang berpeluh dan pucat itu.

"Akak alah dengan kacang," balas Qira yang sudah mula sesak nafas.

"Hah?!" Mata Darwish membulat. Pantas dia mengambil ais krim daripada tangan Qira.

"Kita pergi hospital sekarang," Darwish membantu Qira untuk berdiri. Dia memapah Qira keluar dari mall itu.

"Kenapa akak tak bagitahu akak ada alergi," ujar Darwish memecut laju keretanya ke hospital berdekatan. Kakak iparnya itu masih sesak nafas.

"Tak sempat," Qira sempat membalas.

Darwish terus memecut keretanya. Alergi pada makanan bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Pengambilan makanan yang sedikit sahaja boleh memeberikan kesan yang buruk. Sesekali dia menjeling kepada kakak iparnya yang tunduk membisu. Habislah kalau abangnya tahu tentang hal ini nanti.



Aku Suami Kau Isteri ✅Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz