bab 8

64.6K 2.3K 13
                                    

  Setelah menghantar Qira ke rumah sewanya, Danish memecut laju kereta BMW series 7 miliknya ke sebuah hotel lima bintang yang terletak di tengah bandar. Danish memarkir keretanya di tempat parking VIP dan mengatur langkah ke hotel Royal Knight yang mewah itu. Sebaik melintasi kaunter,  dia disambut mesra oleh penjaga kaunter di situ.

"Bos," sebaik melangkah masuk ke ruang pejabat di hotel itu, seorang pekerjanya lansung menyapa lembut. Danish terus berlalu ke dalam pejabat General manager diikuti oleh pekerjanya itu. Dia menyemak laporan yang telah diletakkan di atas mejanya itu. Satu persatu laporan dibandingkannya.

Mila menarik nafas panjang cuba menghilangkan gemuruhnya berhadapan dengan reaksi bosnya itu nanti.

"Kita rugi hampir 1 juta," Danish bersuara setelah meneliti dokumen laporan kewangan itu.

"Saya minta maaf bos, saya masih belum dapat kenal pasti ke mana hilangnya wang sebanyak itu. Apa yang pasti, hotel kita menerima pelanggan seperti biasa malah lebih ramai daripada bulan sebelum nii. Selain itu juga, ada pengeluar cakap mereka tak menerima wang yang sepatutnya. Sebab itu, barang-barang baru untuk hotel ni masih belum sampai," dengan yakin Mila menjelaskan. Danish mendengarnya dengan teliti. Danish dapat merasakan ada seseorang yang telah menggelapkan duit syarikatnya. Kalau ini dibiarkan , perniagaannya akan mengalami kerugian yang lebih besar daripada angka sekarang. Walau apapun, dia kagum dengan kerja Mila yang peka dalam mengesan setiap kerugian yang dialami.

Pagi tadi, dia menerima panggilan daripada Mila yang mengatakan duit sebanyak sejuta telah lesap dalam akaun hotel.

"Call Nazrul, bagitahu dia suruh datang sini secepat mungkin," katanya tanpa berpaling. Dia madih tekun meneliti butiran kewangan itu. "Lagi satu, bagitahu semua ketua setiap jabatan , aku nak buat mensyuarat pukul 3 nanti," arah Danish kepada Mila lagi. Mila mengangguk. Dia segera keluar daripada pejabat bosnya dan masuk ke pejabatnya. Dia segera mendail nombor Nazrul, penolong pengarah yang juga merupakan kawan baik bosnya itu seperti yang diarahkan.

"ALAMAK! Fina...," Qira tiba-tiba menjerit.

"Kenapa dengan kau ni , menjerit tak tentu pasal kena sampuk ke?," Marsh Fina terkejut. Bingit telinganya. Nasib baiklah ketika itu hanya mereka berdua sahaja yang berada dalam lif itu. Kalau tidak, pasti ramai yang memandang pelik ke arah mereka berdua.

"Inai ni macam mana?" Soal Qira sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya yang masih berinai. Maklumlah , baru seminggu selepas perkahwinannya.

Fina menarik nafas lemah.

"Aku tahu apa yang kau fikir, kau nak sorokkan yang kau dah berkahwinkan?" Tebak Fina. Qira membalas dengan anggukan. Pintu lif terbuka. Mereka segera melangkah keluar. " Tak payah! Terus-terang saja. Lambat laun semua orang akan tahu jugak," sambung Fina lagi.  Qira menggigit bibir sambil Cuba mempertimbangkan kata-kata Fina. Perlu ke , dia berterus terang sedangkan dia sendiri sampai bila perkahwinan itu akan bertahan. Dulu, Nazmi kawan Danish pernah membisikkan sesuatu padanya semasa hari perkahwinan.

"Danish tu, kalau dia dah buat satu keputusan penting. Sampai bila-bila pun dia takkan ubah keputusan tu," ujar Nazmi suatu ketika dahulu dengan senyuman meleret. Keputusan apa yang dimaksudkan oleh mamat celup itu. Sehingga kini, dia tidak dapat memahami maksud kata-kata itu.

"Fina! Qira! Selamat pagi," seperti biasa Kak Aina akan menyapa mereka dengan mesra pada setiap pagi. Lebih-lebih lagi setelah cuti selama hampir dua minggu ini. Disebabkan sikap mesra Kak Aina itulah mereka serasi berkawan.

"You alls, malam ni jangan lupa, malam girls out kita. So, akak ingat nak ajak korang pergi shopping, tengok wayang and makan-makan macam biasa," kata Kak Aina mengingatkan tentang hari girls out yang telah dipersetujui oleh mereka bertiga. Suami Kak Aina juga sentiasa memberikan keizinan kepdanya untuk meluankan masa dengan kawan-kawan sekali sekala.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now