Bab 10

64K 2.2K 19
                                    

"DANISH ARSHAD!!," Qira menjerit geram. Hampir bergema ruang tamu yang sebesar gelanggang futsal itu dengan jeritannya. Pagi-pagi lagi dia sudah dikejutkan dengan sampah sarap yang bersepah di ruang tamu. Plastik makanan dan kertas penuh bertaburan di atas meja. Sudah jadi macam sarang tikus pun ada. Sakit betul hatinya melihat semua longgokan itu ditinggalkan begitu sahaja. Tak ada rasa tanggungjawab lansung!

Danish yang baru selesai bersiap ke tempat kerja terkejut apabila namanya disebut dengan perasaan marah bercampur dendam. Perlahan-lahan dia mengatur langkah turun dari tangga dan menuju ke ruang tamu. Satu jelingan tajam dijadiahkan khas untuknya sebaik memunculkan diri.

Namun seperti biasa, Danish sekadar melahirkan riak yang lansung tak bersalah. Seolah-olah semua itu bukan kesalahannya.

"Apa awak buat ni, habis bersepah satu rumah." Qira menjeling tajam.

"Mana ada satu rumah," balas Danish selamba.

"Tak payah banyak cakap! Sekarang ini siapa nak kemaskan semua ini? Danish lain kali...,"

"Wei mak nenek," Danish pantas memotong. "Daripada kau duduk membebel pagi-pagi ni, baik kau kemas. Dapat jugak pahala," sambungnya lagi dan bersahaja melangkah ke ruang makan untuk bersarapan.

Qira mencekak pinggang. Bertuah punya laki.

"Dasar lelaki, kalau dah buat sepah bukannya nak kemas. Kerjanya susahkan orang saja. Dia tak tahu ke aku ada kerja yang lebih penting daripada ni," dengus Qira sendirian sambil mengemas segala sampah yang menyemakkan matanya itu. Dulu dia yang sering dibebel oleh maknya, kini dia pulak yang membebel.

Di dapur, Danish tersenyum sendirian. Dia yakin, Qira pasti sedang mengutuknya sehabis-habisnya. Dia bukan sengaja meninggalkan semua kertas yang tak diguna begitu sahaja. Cuma malam tadi dia terlampau mengantuk setelah menghabiskan kerjanya. Sebab itu dia tak sempat untuk mengemas.

Alang-alang dah ada orang kemas. Biarkan sajalah. Tanpa dia sendiri sedar, bibir Danish mengukir senyuman. Dia segera menghabiskan nasi goreng yang terhidang dihadapannya.

QIRA mengeluh panjang seraya menepuk dahinya perlahan. Macam mana dia boleh lupa tentang keretanya yang masih tersadai dekat pusat beli belah semalam.

"Macam mana aku nak pergi kerja ni" Qira mengeluh sendirian. Ini semua sebab Danish yang kononnya mengantuk nak balik awal. Padahal balik terus mengadap kerja. Tak boleh diharap betul.

"Kau ni apasal?," sapa Danish daripada belakang. Lelaki itu sudahpun menyarungkan kot hitamnya. Qira berpaling. Pandangannya jatuh pada sebuah kunci yang dipegang oleh Danish. Timbul satu idea dibenaknya.

"Danish, ada something atas rambut awak," ujarnya seraya melangkah mendekati Danish. Dia menjongketkan kakinya sedikit. Berpura-pura melenyapkan sesuatu dari rambut Danish.

"Kau apa hal?," Danish berundur setapak apabila wajah Qira hampir rapat dengan wajahnya. Tiba-tiba kunci kereta yang dipegangnya dirampas.

"Wei," tempik Danish. Qira sudah tersenyum lebar seraya melangkah laju ke arah kereta BMW milik Danish.

"Bye, nanti saya pulangkan kereta awak ni," ujar Qira sambil melambaikan tangannya pada Danish sebelum memboloskan diri ke dalam kereta itu. Dapat juga dia merasa pandu kereta mewah.

Danish terpinga-pinga memandang kelibat keretanya yang semakin hilang daripada pandangan. Dia mengeluh sendirian.

"Tak guna punya mak Cik," katanya sebelum melangkah kembali ke dalam rumah dan mencapai kunci kereta sport miliknya yang diletakkakan pada penyakut kunci. Kebiasaannya dia jarang menggunakan kereta sport untuk ke tempat kerja kerana dia lebih gemar memandunya di luar waktu pejabat. Tapi nampaknya hari ni, nak tak nak dia kena tukar keretalah. Ini semua gara-gara nenek kebayan tu.

SEBAIK sahaja,Qira melabuhkan punggung ke atas kerusi, satu mesej menerjah masuk ke peti mesejnya. Dia segera membaca mesej yang dihantar oleh Danish. Bibirnya mengukir satu senyuman sebaik membaca kandungan mesej tersebut.

Aku takkan maafkan kau kalau kau calarkan kereta aku tu                 - danish-

Puas hatinya dapat mengenakan Danish sekali lagi. Lagipun dia tahu, Danish masih ada sebuah lagi kereta yang tersadai depan  rumah. Ada kereta tak pakai buat apa.

"Hoi!!," Fina disebelahnya menyergah. "Happy nampak. Anything happen?," sela Fina. Keningnya sengaja dijongketkan.

"Mana ada apa-apa. Aku happy sebab dapat balas dendam pada seseorang hari ini," jawab Fira seraya tersenyum lebar.

Fina menggelengkan kepalanya sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Asyik berperang saja. Bilalah korang berdua ni nak berbaik," keluh Fina yang sememangnya tahu kisah hubungan antara Danish dan Qira. Selalu saja bergaduh, bertekak dan berperangai macam budak-budak. Walaupun begitu, Fina tetap merasakan keserasian antara mereka berdua. Cuma biarlah masa yang menentukan. Cinta tu tak semestinya datang dengan cepat. Perlukan masa untuk betul-betul merasakannya.

"Kalau macam tu, bila aku boleh timang anak sedara asyik gaduh saja," sambungnya lagi. Qira menjeling geram.

"Apa susah, kau kahwin sajalah. Boleh jugak timang anak," balas Qira seraya mengenyit mata. Fina mencebik. Minah ni ada saja benda yang nak dijawabnya.

NAZRUL mengetuk pintu sebelum melangkah masuk ke pejabat Danish. Sebelum masuk tadi, dia terserempak dengan setiausaha Danish yang baru sahaja ke luar daripada pejabat kawannya itu. Wajahnya kelihatan sugul. Pasti baru lepas dimarahi oleh Danish. Dia hanya mampu melahirkan rasa simpati pada gadis itu. Apa boleh buat Danish memang tegas orangnya.

Dia duduk di hadapan Danish yang masih menatap komputer di hadapannya. "Nah, ini laporan business di Tokyo," Nazrul meletakkan sebuah fail yang agak tebal ke atas meja Danish. Danish mengangguk. Pandangan beralih pula pada laporan yang diberikan oleh Nazrul itu.

"Kawan, kereta kau rosak ke?," soal Nazrul. Danish melemparkan pandangan hairan. "Aku tak nampak kereta yang kau selalu pakai tu," jelasnya lagi.

"Tak , mak cik tu yang kebas kereta aku," balasnya bersahaja

"Kebas?,"

Danish mengangguk mengiakan.

"Mudahnya kau mengalah pada Qira," kata Nazrul sambil tersenyum.

"Bila masa pulak aku mengalah dengan dia?," balas Danish yang kehairanan. Mengalah dengan minah senget tu. Tak akan sesekali.

"Tak adalah," tingkah Nazrul kemudiannya. "Anyway, dokumen perjanjian untuk perlawanan kita lusa aku dah settlekan.  Cuma kita perlukan tandatangan dari Dato, Razlan ayah Azmi saja," ujar Nazrul seraya menghulurkan satu lagi dokumen penting. Danish menyambutnya tenang.

"Kau rasa kita boleh menang tak ?," alih Nazmi yang agak risau tentang perlawanan mereka.

"Menang dan kalah itu perkara biasa, apa yang aku tahu kita mesti menang perlawanan ni. Or else kita akan hilang tapak tu," jawab Danish yang kelihatan masih tenang. Mereka tak ada pilihan lain kecuali memenangi perlawanan itu. Kalau mereka kalah, gelanggang yang menjadi tempat mereka lepak akan dirobohkan dengan sekelip mata. Sekiranya hal itu terjadi, Azmi pasti akan kecewa besar. 3 tahun Azmi mengusahakan 2 gelanggang yang ditubuhkan di situ. Gelanggang futsal pun salah satu daripadanya. Ramai remaja yang sering menghabiskan masa mereka di sana. Walaupun tanah kawasan itu milik ayah Nazmi, tetapi mereka berlimalah yang telah sama-sama menubuhkan pusat itu untuk kegunaan orang ramai. Jadi gal itu tak boleh mereka sia-siakan.

"Kalau kau cakap macam tu , tenanglah sikit hati aku, okeylah aku keluar dulu," ujarnya seraya bangkit daripada duduk. Dia menarik nafas panjang.

"Jangan lupa ajak Qira sekali,"

"Lagi satu, kawan lama kita dah sampai petang tadi"sambungnya sebelum meninggalkan pejabat Danish.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now