Bab 23

59.4K 2.2K 38
                                    

"Kak, you must help me,"

Qira yang baru sahaja ingin keluar makan tengah hari bersama rakan pejabatnya terpaksa membatalkannya apabila Darwish datang meminta pertolongan daripadanya. Apalagi kalau bukan untuk menyamar sebagai 'isterinya'.

"Macam mana kalau dia tak percaya?," soal Qira setelah Darwish mematikan enjin kereta di hadapan sebuah restoren mewah. Bohonglah kalau dia kata dia tak gemuruh untuk meneruskan lakonan yang tak dirakam itu.

"Yang tu akak tak perlu risau, tahulah Darwish uruskan nanti," Darwish cuba meyakinkan Qira. Perlahan-lahan dia mengangguk.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran itu , Qira menarik nafas panjang untuk menghilangkan perasaan gemuruhnya. Mujurlah restoran ini membolehkan para pelanggan menikmati makanan dengan peribadi. Darwish sengaja mengambil meja yang jauh daripada orang ramai.

"Darwish," sapa seorang gadis yang memakai dress paras lutut dengan mesra kepada Darwish. Darwish membalasnya dengan senyuman nipis.

Qira meneliti gadis di hadapannya itu. Tak dinafikan gadis di hadapannya ini memang cantik. Dengan bentuk badannya yang ala-ala model dan kulitnya yang cerah. Cuma ketebalan mekapnya sahaja yang kurang menyenangkan.

"She's a beauty," Qira berbisik pada Darwish yang berada di sebelahnya.

"Not really," balas Darwish juga dengan nada berbisik.

"Darwish, siapa ni?" Soal gadis itu menuding kepada Qira. Tanpa segan silu, gadis itu memaut lengan Darwish. Darwish segera meleraikan pegangannya. Tak selesa.

"Edrin, sit," ujar Darwish tenang.

Edrin memuncungkan bibirnya tapi tetap mengambil tempat di hadapan Dsrwish.

"Ed, this is my wife, Qira," ujar Darwish memperkenalkan Qira sebagai 'isteri'nya.

Qira menggigit bibirnya cuba menahan tawa apabila melihat mulut dan mata Edrin yang terbuka luas.

"Darwish, u tipu I kan?,"

Darwish membalas dengan gelengan.

"No impossible. Darwish, U kan tahu I cintakan U," ujar Edrin cuba menggapai tangan Darwish yang berada di atas meja. Darwish pantas mengalihkan tangannnya.

"Just accept that Ed. I will never love you. I love her. I'll always love her for the rest of my life. I just hope  you realize this. Stop wasting your time by chasing me," ujar Darwish. Qira dapat mengesan ketegasan dalam  kata-kata Darwish. Inilah pertama kali dia melihat Darwish mengurun sesuatu dengan matang. Seperti Danish. Dia juga tahu siapakan' dia' yang dimaksudkan oleh Darwish. Tentulah gadis yang dinantikannya daripada dulu lagi.

"No. I don't care. I just want you and you know that. I dah lama tunggu you," Edrin sudah separuh menjerit. Tapi Darwish masih kelihatan tenang.

Qira berdehem perlahan untuk mengumumkan kewujudannya di situ. Seraya itu juga pandangan Edrin beralih pada pula Qira. Sedaya upaya Qira Cuba memaniskan senyumannya pada Edrin.

"Cik Edrin, saya faham perasaan awak. Tapi Darwish suami saya. Saya cintakan dia. Saya harap awak faham," Qira memulakan peranannya. Dia sengaja melembutkan nadanya agar Edrin tidak melenting.

Edrin terdiam sejenak.

"But I love him. Please, saya sanggup hidup bermadu," ujar Edrin yang sudah mengalirkan air Mata.

Qira dan Darwish bertukar pandangan sebelum kembali memandang Edrin. Qira menggigit bibir. Dia perlu cepat memproses akalnnya untuk mencari alasan.

"Maaf Ed, tapi saya tak boleh. Saya tak boleh terima kenyataan kalau saya berkongsi suami. Saya mungkin pentingkan diri sendiri. Tapi saya tak nak ambil risiko untuk hilang suami saya. Hati saya tak boleh terima semua tu. Cik cantik. Saya yakin masih ramai lelaki di luar sana berebutkan cik. Honestly saya cakap, perkara yang paling saya takutkan adalah terpaksa berkongsi cinta suami saya," jelas Qira. Sebenarnya kata-kata itu datang teruz daripada lubuk hatinya.

Danish kelihatan terkesima mendengar kenyataan Qira. Dia mnjeling kakak ipar yang duduk disebelahnya.

"Tapi," Edrin berhenti sejenak. Pandangannya tajam menikam meja di hadapannnya.

"No! I tetapkan mahukan Darwish," tengking Edrin tiba-tiba. Matanya mencerlung menikam wajah Qira. Qira menelan air liur melihat wajah Edrin yang bengis itu. Oh no!

"Edrin, behave yourself," ujar Darwish tegas.

Edrin tiba-tiba berdiri. Dia segera menerpa ke arah Qira. Qira memandang Edrin yang berdiri di sebelahnya.

"Hei perempuan. Lepaskan dia kalau kau tak sanggup tinggalkan dia," edrin membentak Qira.

"Edrin," suara Darwish berbaur amaran. Matanya tepat menikam wajah Edrin.

"I don't care! Dia rampas u daripada I. I tak boleh terima," sekali lagi Edrin menengking. Gayanya seperti orang yang  sudah hilang kewarasan akal.

"Edrin-...," belum sempat Qira memulakan kata-kata, dia terdiam apabila tangan Edrin singgah pada wajahnya. Qira memegang pipinya yang perit dan tercalar akibat kuku edrin yang panjang itu. Darwish tersentak seketika.

"Kau perempuan sial, kau..,"

"ENOUGH!!!," jerkah Darwish. Dia sudah hilang sabar. Qira hanya mendiamkan diri. Masih terkesima akibat tamparan yang kuat tadi.

"Ed, listen here. Aku takkan terima kau! Dan aku takkan maafkan kau sebab dah tampar dia. You better leave now," Darwish menuturkan ayat terakhir dengan tenang. Tenang yang menakuktkan. Qira dapat rasakan Darwish cuba mengawal emosi.

"Darwish," Edrin membuka mulut.

"Now," ujar Darwish lagi dengan nada tenang tetapi tegas

"NOW!!," Edrin dan Qira tersentak mendengar suara Danish. Tanpa berlengah, Edrin terus mencapai beg tangannya dan keluar daripada restoren tersebut.

Darwish menghembuskan nafas kasar dan kembali duduk.

"Kak, are you okay?" Soal Darwish pada Qira yang terdiam disebelahnya.

"Okey, sakit tu memang tak dinafikan. Kuat juga dia tampar akak, nasib baik tak tercabut pipi akak," ujar Qira cuba menyerikan kembali suasana.

Darwish ketawa kecil seraya menggeleng. Inilah mengapa dia mengagumi isteri abannya ini, ada saja yang mencuit hati.

"Akak nak makan tak?"

Qira menggangguk.

"Of courselah.. Akak lapar. Tapi waktu tengah hari dah nak habis," ujar Qira menjuihkan bibir.

"Tak apa, nanti Darwish call abang," ujar Darwish mengembalikan senyuman Qira.

"Okey.. Jom makan,"

"Kak, I'm sorry," ujar Darwish penuh dengan rasa bersalah.

Qira menjongketkan keningnyya.

"Why?" Soal Qira sebelum menyuakan makanan ke dalam mulut.

"Sebab libatkan akak dalam masalah Darwish," balas Darwish menunduk memandang meja.

"Tak ada apalah. Hari ni akak tolong kau , esok lusa, kau tolong akak pulak," balas Qira.

"Thanks again," ujar Darwish lagi.

"Dengan syarat. Kau pergi cari pujaan hati kau tu,"

"In shaa Allah kak,"

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now