bab 2

77.7K 2.6K 52
                                    

Danish Arshad  meneliti satu persatu dokumen yang berada pada tangannya. Dia membaca setiap helaian dengan teliti. Tidak ada satu pun yang terlepas daripada pandangannya. Setelah puas hati, dia meletakkan kembali semua dokumen ke atas meja.

"Bagaimana? Kau akan dapat keuntungan yang lumayan kalau kau tolong aku dalam projek tu," kata lelaki lewat 30-an dihadapannya. Danish tersenyum sinus.

"Keuntungan besar?" Danish ketawa mengejek. "Aku cuma nampak keuntungan tu hanya pada kau, lagipun aku tak perlukan orang yang suka mengaut keuntungan demi kepentingan sendiri macam kau. Kau agak-agak apa pandangan bos kau tentang ni?" Soal Danish sambil tersenyum sinis.

"Kau," Encik Arman mengetap bibir menahan marah.
"Baik kau pergi sekarang," ujar Danish dengan angkuh dan tegas. Dia memandang Encik Arman dengan pandangan tajam.

"Baik , kau jangan ingat hanya kau sprang saja engineer yang hebat dalam dunia ni. Aku boleh cari yang lebih bagus daripada kau," kata Encik Arman dengan pandangan yang penuh dendam. Dia kemudian melangkah keluar daripada restoren itu dengan perasaan marah. Tak sangka tawarannya ditolak mentah-mentah oleh engineer muda seperti Danish.

Danish bersandar tenang pada kerusi sambil matanya memerhati suasana sekeliling restoren itu. Satu lagi projek terpaksa ditolaknya mentah-mentah. Sebelum ini pernah juga dia menolak beberapa projek telah ditolaknya. Bukan mudah untuk menilai projek yang melibatkan bahan-bahan pembinaan. Mesti diteliti dengan rapi. Bukan dia cerewet dalam memilih kerja cuma kerja yang ditawarkan lansung tak
Mendatangkan keuntungan untuk ramai pihak tetapi hanya kepentingan diri semata-mata. Walaupun projek itu juga mendatangkan keuntungan padanya, dia harus tetap bertindak rasional. Ini baru salah satu cabaran dalam dunia kerjayanya.

Danish terkejut apabila seseorang menepuk bahunya dari belakang. Nazrul tersengih memandangnya. Dia mengambil tempat duduk berhadapan Danish.
"Nah! Ini senarai calon berserta detail untuk  setiausaha baru kau. Macam biasa most of them is girl," Nazrul meletakkan sebuah fail ke atas meja.
"Nantilah aku tengok," jawab Danish acuh tak acuh.
"Kali ini baik kau cari yang boleh tahan dengan perangai tu," pesan Nazrul sambil mengerling ke arah Danish. Danish sekadar menayangkan wajah tanpa riak.
Dia kemudiannya memanggil waiter untuk memesan makanan memandangkan perutnya sudah berkeroncong.

"Kau nak makan tak?" Soal Nazrul sambil  meneliti menu yang disediakan. Danish memesan satu set lamb chop beserta jus mangga. Setelah memesan makanan dan mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut dia kembali memandang Danish.

"Aku harap kali ini tak ada lagi masalah yang timbul. Anyway, bagaimana dengan projek baru kau dengan Encik Arman tu," soal Nazrul.
"Aku reject," jawab Danish selamba.
"Lagi? Kalau macam ni susahlah kau nak buat kerja," keluh Nazrul sekadar menggeleng lemah

"Aku masih boleh hidup walaupun tak dapat apa-apa projek," ujar Danish lagi, Nazrul mengiakan hal itu. Selain menjawat kerja sebagai engineer , Danish turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan . Selama 6 tahun, Danish telah berjaya mengembangkan perniagaannya dan melaburkan dalam pelbagai bidang. Jadi, kerjaya sebagai engineer itu hanya diibaratkan sebagai kerja sampingan sahaja. "Lagipun aku tak mahu terlibat dalam projek haram, aku masih boleh bezakan antara yang baik dan buruk," sambungnya lagi menjelaskan hal sebenar. Nazrul tersengih memahami maksud kata-kata Danish itu.

"WEI Qira," Qira tersentak. Terus hilang lamunannya sebentar tadi.
"Kau ni kenapa? Mengelamun depan rezeki, tak elok kau tau. Kenapa, kau ada masalah ke? Sugul saja akak tengok muka kau ni," soal Kak Aina yang merupakan rakan sepejabat Qira. Walaupun beza umur antara mereka berdua adalah 4 tahun, mereka tetap dapat menyesuaikan diri bersama.

Barulah Qira perasan ada empat pasang sedang memandangnya kini. Qira terkial-kial mencari akal .
"Sorry la Kak, Qira tengah sedih fikirkan kucing Qira dekat kampung tu. Mak Qira cakap dia nak buang kucing tu sebab tak ada orang jaga. Itu yang buat Qira runsing sekarang ni," jawab Qira sambil menyangkan wajahnya yang muram kononnya tengah bersedih. Nasib baik otaknya pantas mencerna idea mengenai kucing yang tak pernah wujud. Lagipun memang cari nahas dengan maknya kalau dia bela kucing.

"La, pasal kucing kau tak lalu nak makan. Ni belum lagi kalau hilang suami," ujar Fina di sebelahnya. Qira mengerling pada kawannya itu. Nak kenakan aku lah tu.

"Ha'ah. Akak sokong kata-kata kau tu. Tak payah risau , lepas kahwin nanti kau suruh laki hang beli kucing banyak² untuk hang. Senang cerita," ujar Kak Aina pula. Jus oren yang diteguk tiba-tiba menjadi pahit.
"Kak, tak payahlah cakap pasal kahwin, tak bestla. Hilang selera makan Qira," alih Qira tidak mahu dengar soal kahwin. Kepalanya masih serabut dengan panggilan yang diterima daripada maknya semalam. Tak lena tidur dibuatnya.

"Hei, siapa cakap tak best kahwin? Kahwinla benda paling best sekali dalam dunia, ada seseorang untuk teman kita, sayang kita. Apa yang tak bestnya. Akak cadangkan baik korang kahwin cepat-cepat baru boleh rasa nikmat perkahwinan tu," ujar Kak Aina menyangkal kata-kata Qira. Maklumlah Kak Aina dah makan garam 5 tahun dalam perkahwinan dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun.
Qira membaiki tudung yang dipakainya. Dia tersengih mendengar kata-kata Kak Aina.

"Kalau macam tu kau kahwin dengan aku sajalah Qira," celah Amir yang turut berada di situ.
"Kau nak makan penumbuk aku?" Ujarya seraya menjeling tajam pada Amir.

"La , apa salahnya?" Soal Kak Aina pula.
"Dah terlambat kak," balas Fina yang dari tadi asyik tersenyum-senyum.
Kak aina mengerutkan dahinya. Kebingunan. Qira memandang Fina disebelahnya.
"Ini semua kau punya pasal," bisik Qira pada Fina yang masih tersengih mengalahkan kerang busuk.

Setakat ini hanya Fina seorang sahaja yang mengetahui tentang majlis perkahwinan yang akan dilansungkan pada bulan depan. Fina pula menghormati keputusan Qira untuk merahsiakan tentang perkara itu. Walaupun begitu, dia tetap suka menyakat Qira.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now