Bab 9

60.7K 2.3K 15
                                    

"Danish! Tunggu," Qira pantas memintas Danish yang menuruni tangga. Dia meneliti Danish dari atas ke bawah. Danish mengenakan T-shirt polo berwarna putih dan seluar slack jeans berwarna merah menyerlahkan kulitnya yang kuning langsat itu. Ringkas tapi kemas. Lansung tak menampakkan dia seorang yang sudah bekerjaya malah seperti pelajar universiti. Maklumlah Danish pun masih muda dengan usia 26 tahun.

Klekuk!! Kepalanya diluku perlahan. Qira tersentak.

"Sakitlah," bentak Qira sambil menggosok kepalanya.

"Tepi, aku nak lalu," kata Danish memandang tepat ke arah Qira yang hanya setinggi paras dadanya itu.

"Kejaplah. Saya cuma nak cakap, saya nak keluar malam ni. Nak jumpa kawan," ujar Qira. "One more, saya tahu awak tak kisah tapi walau apapun awak tetap suami saya. So menjadi kewajipan saya untuk bagitahu awak. Dan saya consider awak izinkan, terima kasih," tambah Qira lagi sebelum Danish bersuara. Sebelum sempat Danish ingin membalas, Qira terlebih dahulu melarikan diri ke biliknya.

"Wei, mak Cik ! " panggilannya tidal dihiraukan. Danish mengetap bibirnya perlahan. Lantas, dia mencapai kunci kereta sport miliknya dan berlalu keluar. Jam sudah menunjukkan 8.45 malam. Tinggal 15 minit sahaja lagi sebelum waktu untuk berjumpa dengan orang yang dicarinya. Enjin kereta ditekan dan gear dimasukkan. Suis automatik pagar ditekan. Kereta dipecut laju setelah keluar dari perkarangan rumah.

Qira mengenakan blouse  kuning  bersama seluar jeans putih dan disedondonkan dengan selendang berwarna mustard. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia segera mencapai beg tangannya dan melangkah turun. Pintu rumah dikunci rapat.

QIRA segera mendapatkan Kak Aina dan Fina yang sudah pun sampai di tempat yang dijanjikan. Qira memarking keretanya di sebelah kereta Fina. Selang beberapa buah dari keretanya adalah kereta Kak Aina. Langkah kaki diatur laju ke Secret recipe.

Hai , dah lama sampai?" Sapa Qira dan melabuhkan punggung di sebelah Kak Aina.

"Baru saja, aku dah belikan kek black forest kegemarannya kau," Fina menolak pinggan yang terisi dengan dua potong kek berlainan perisa kepada Qira. Kek black forest dan Red Velvet memang menjadi kesukaan Qira.

"Thanks,"

Mereka bercadang untuk mengenyangkan perutnya dulu sebelum melakukan aktiviti lain. Perut kenyang barulah bertenaga untuk berjalan-jalan.

"Qira, suami kau tu macam mana orangnya?" Kak Aina bersuara untuk mencungkil rahsia.

"Macam mana apa Kak?" Soal Qira kembali. Tak faham.

"Siapa dia? Rupa dia macam mana? Kau ada gambar dia tak? Akak nak jugak kenal siapa lelaki malang jadj suami kau tu," soal Kak Aina. Sempat juga dia bergurau mengenakan Qira.

"Muka suami dia ada iras artis Korea sikit Kak. Ala, macam luhan ke entah apa nama. Saya pun dah lupa," celah Fina bagi mewakili Qira. Qira mengerling pada Fina.

"Really? Mesti handsome kan, nanti kau kenalkanlah pada akak," sela kak Aina teruja.

"Handsome tapi tak ada perasaan nak buat apa. Tak menyenangkan hati lansung ," dengus Qira yang sudah mengenali perangai Danish.

"Tak baik cakap macam tu. Kau bercakap seolah-olah kau kahwin sebab terpaksa," balas Kak Aina seraya menegur.

"Okey Kak," Qira mengalah. Sebenarnya masih ada sesuatu yang menganggu fikirannya ketika itu. Persoalannya ke mana Danish pergi malam-malam begini. Jumpa kawan-kawannya kah? Ataupun menggedik dengan perempuan di kelab malam? Cemburu? Belum di tahap itu lagi kerana dia masih belum punya apa-apa perasaan pada lelaki itu. Cuma dia dibayangi perasaan takut. Isteri mana tak takut kalau suaminya curang. Lebih-lebih lagi kaki perempuan. Minta dijauhkan. Cukuplah sekali hatinya sakit sebab pernah berkenalan dengan seorang lelaki yang kaki perempuan pada waktu dulu.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now