Bab 13

61.6K 2.3K 35
                                    

Pagi-pagi lagi Danish dikejutkan dengan kunjungan daripada kawan-kawannya di muka pintu rumahnya. Dia melemparkan pandangan hairan kepada mereka berempat tersengih ke arahnya.

"Hei kawan,"

"Mimpi apa korang datang rumah aku?," soal Danish. Selalunya kalau ada apa-apa acara pasti mereka akan berbincang sebelum datang ke rumahnya.

"Kawan, macam ni ke cara kau layan tetamu datang rumah. At least bagi kami masuk dulu," rungut Nazmi. Dia menolak Danish ke tepi sedikit sebelum menerjah masuk ke dalam rumah diikuti yang lain.

"Betul, lagipun kau sendiri yang jemput kitorang datang sini," balas Fiq pula. Tanpa mengendahkan Danish yang masih tercegat di muka pintu, mereka berempat melangkah ke ruang tamu dan duduk di atas sofa.

Danish menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Bila masa aku jemput korang?," soal Danish yang masih buntu. Dia turut melabuhkan punggung di atas sofa.

"Semalam kau text aku dengan Azmi," jawab Mike bersandar tenang pada sofa.

Danish mengurut sedikit dahinya. Bila masa pulak dia mesej kawan-kawannya semalam. Setahunya semalam selepas menunaikan solat isyak dia turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen sehinggalah dia terlelap. Dia tak ingat pulak dia ada hubungi sesiapa. Dia tersedar pun sebab Qira yang kejutkan dia.
Jangan-jangan...

QIRA menyarung tudung ringkas apabila terdengar keriuhan di tingkat bawah. Dia segera turun ke ruang tamu.

"Wah! Ramainya orang," ujar Qira dengan teruja lalu duduk di tempat kosong sebelah Danish. Mereka semua turut menyapa mesra.

Tiba-tiba Qira merasakan ada aura membunuh yang sedang merenungnya semacam. Perlahan-lahan Qira berpaling pada Danish yang berada di sebelahnya. Danish memandangnya dengan pandangan tajam. Qira cuba berlagak selamba, dia tahu rahsianya sudah terbongkar. Dia menjongketkan keningnya pada Danish.

"Wei minah senget, siapa benarkan kau guna telefon aku," soal Danish bengang.

"Bila masa pulak saya guna phone awak ?," tingkah Qira cuba menafikan. Cuba menegakkan benang yang sudah basah.Dia menjengilkan matanya pada Danish.
Danish masih memandangnya. Qira berpaling ke arah lain. Danish tetap tidak mengalihkan pandangannya daripada Qira. Qira menarik nafas panjang. Dia kembali berpaling pada Danish.

"Yalah, saya mengaku. Saya guna phone awak semalam. Saya jemput diorang datang buat BBQ dekat sini sempena kemenangan team awak semalam. Tak salahkan?," Qira akhirnya mengakui perbuatannya.

"Apasal kau buat keputusan tak tanya aku dulu," balas Danish lagi.

"Sebab saya tahu bukan senang nak pujuk awak, tapi awak jangan lupa tau, saya kan peminat pemain bola keranjang," ujar Qira tersenyum lebar seraya mengenyit mata. Danish buat muka menyampah.

Danish mengalihkan fokusnya  kembali pada rakan-rakannya yang turut berada di situ. Dia mengerut dahi apabila masing-masing memandang semacam ke arah mereka berdua.

"Apa?," soalnya hairan.

Mereka tidak menjawab sebaliknya hanya mengukir senyuman. Danish kebuntuan, dia ada terlepas apa-apa ke?

"Mana Azmi?" Soal Qira memecah kebisuan. Barulah dia perasan Azmi tiada bersama mereka. Rasanya semalam Azmi adalah orang pertama yang dikhabarkan tentang acara BBQ ini.

"Dia pergi hantar kawan dia sebelum datang sini, nanti dia datang," jawab Nazrul seraya mengeyit mata.

"Pinjam phone," dengan selamba Qira menghulurkan tangannya pada Nazrul. Nazrul mengeluarkan telefonnya dan diberikan pada Qira. Telefon bimbit bertukar tangan. Qira terus mencari contact Azmi dan melangkah jauh sedikit daripada mereka semua. Dia ingin meminta sedikit pertolongan daripada Azmi.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now