Bab 3

75.4K 2.4K 95
                                    

Syahira Aqira menarik nafas panjang menghirup udara segar sambil memerhati keindahan malam di tengah ibu kota itu. Kota yang tidak pernah lekang dengan kesibukan para penghuninya. Dia mengukir senyuman lebar. Malam hujung minggu yang cukup baik untuk melepaskan penat setelah bekerja selama 5 hari.

"Ahh! Indahnya dunia," jerit Qira sambil tersenyum sendirian sehingga menarik perhatian beberapa orang yang lalu di situ.
"Aku tahulah dunia ni selalu indah, tapi kau tak perlulah menjerit sampai macam tu sekali. Bikin malu saja orang tengok," tegur Fina menyindir sahabatnya itu. Qira tersengih.

"Jomlah, perut aku dah lapar sangat ni. Aku nak pergi perkenan daging bakar. Takut tak sempat nak pergi beli stok makanan kita pulak nanti. Aku tak mau balik lewat malam sangat. Tak elok," kata Fina seraya menarik tangan Qira. Terkocoh -kocoh Qira mempercepatkan langkahnya. Mereka menuju ke sebuah kedai makan terkenal yang menyediakan pelbagai jenis masakan yang berkonsepkan western dan timur. Masakan kampung juga boleh didapati di kedai tersebut. Setiap hujung minggu, kebiasaannya mereka berdua akan singgah di kedai itu untuk melepak dan mengisi perut. Sesekali Kak Aina turut bersama walaupun sebulan sekali.

"Kau dah tengok gambar calon suami kau tu," soal Fina yang baru sahaja menghabiskan sepinggan daging bakar. Qira menggeleng. "Mak aku cakap, kalau aku nak tengok calon suami aku tu , tunggu aku balik kampung dulu. Kau tahu, aku baru saja niat nak ugut dia, kalau dia tak hangar gambar mamat tu aku takkan balik kampung. Tapi mak aku lebih cepat bertindak, lastly aku yang kena ugut , kalau aku tak balik kampung jugak, dia akan halau aku untuk selamanya dan takkan mengaku aku sebagai anak lagi. Tersentap aku dibuatnya," jelas Qira meluahkan kekesalannya.
Fina menghamburkan tawa mendengarnya. Hebat betul penangan Puan Hamilah. "Nasib kaulah Qira, sekarang baru aku tahu dari mana kau dapat perangai keras kepala kau ni," Katanya lagi masih yang masih bersisa ketawa. Qira menjuihkan bibir.

MASING-MASING diam menunduk apabila Bos mereka meneliti lapaoran yang disediakan. Semuanya tidak berani mendongak apabila Danish melemparkan renungan tajam pada mereka.

"Kami ada siasat Bos, tapi sampai sekarang temui jalan buntu. Kami akan usahakan lagi untuk cari punca masalah tu," kata salah seorang pekerja yang memberanikan diri untuk bersuara memandangkan rakan kerjanya yang lain hanya membatukan diri. "Tak perlu, aku dah buat siasatan. Nak harapkan korang sampai bilapun tak jumpa," balas Danish serius. "Lagi satu, bagitahu Amit dia aku pecat. Aku nak Surat perletakan jawatan dia dengan segera! Jangan sampai aku tengok muka dia lagi atau dia akan menyesal," sambungnya lagi dengan tegas.

" Hantar atas meja aku esok," arahnya sebelum melangkah meninggalkan ruang pejabat untuk bermesyuarat itu.
Masing-masing menarik nafas lega. Mujurlah Bos mereka itu tidak mengamuk kali ini. Kalau tidak , pasti mereka semua akan hilang pekerjaan.

"Tak guna punya Amit. Rupa-rupanya dia yang gelapkan semua stok yang tak sampai tu. Dia yang buat kita yang terpaksa tanggung. Nasib baik bos tak humban dalam penjara saja," hambur Amar menyuarakan kemarahannya setelah mengetahui dalang di sebalik kemerosotan stok.

"Betul, dia ingat bos tu bodoh. Kalau aku memang takkan berani buat macam tu," sampuk Alina pula yang sedikit sebanyak mengenali perangai Danish yang tegas dan serious memanjang. Bosnya itu memang bersikap teliti dalam setiap urusannya. Dulu, dia pernah sekali tengok Danish mengamuk besar. Tiada seorang pun yang berani bersuara memandangkan kejadian ITU berpunca daripada kecuaian mereka sendiri. Ramai yang terlibat telah dipecat. Setelah itu, semua kerja yang dibuat mestilah dilakukan dengan teliti. Serik Alina dibuatnya.

DENGAN menjijit beberapa plastik berisi bungkusan makanan segera , Qira mengatur langkah keluar daripada pasaraya besar itu. Dia melemparkan pandangan ke sekeliling kawasan tersebut untuk mencari Fina yang berpisah dengannya seketika tadi. Dia segera meraba beg tangannya untuk mendapatkan telefon bimbit.

Aku Suami Kau Isteri ✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora