Bab 6

64.6K 2.4K 10
                                    

Setelah menyiapkan sarapan, Qira mengatur langkah lemah ke ruang tamu. Untuk kesekian kalinya dia menguap akibat tak cukup tidur semalam. Berdenyut-denyut kepalanya ketika tersedar pagi tadi. Kalau diikutkan mahu saja dia tidur tanpa menghiraukan jam locengnya yang berbunyi tak henti-henti. Tapi dia masih perlu bangun untuk solat subuh dan menyediakan sarapan untuk suaminya yang 'tercinta'.

"Pagi-pagi tak baik sambung tidur. Kenapa, kau tak cukup tidur ke semalam," sindir Danish yang baru turun. Qira menjeling tajam.
"Bukan masalah awaklah," balas Qira.  Dia membaringkan diri ke atas sofa tanpa menghiraukan Danish.

TEPAT jam 9 pagi, Qira tersedar daripada tidur. Dia menenyeh matanya untuk kembalikan penglihatannya yang agak kabur setelah bangun tidur. Dia mengatur langkah ke dapur memandangkan dia masih belum bersarapan pagi tadi. Tiba di dapur, matanya menangkap susuk tubuh manusia. Dia menenyeh matanya sekali lagi untuk pastikan benda yang dilihat itu manusia dan bukannya hantu yang dikatakan Danish semalam.
Wanita itu berpaling ke arahnya. Dia mengukir senyuman manis.

"Kenapa tercegat saja dekat situ. Duduklah. Kamu ni tentu Qira kan ," wanita lingkungan 50-an itu menyapa mesra. Dengan teragak-agak Qira melabuhkan punggung di atas kerusi. "Mak Nab ni pekerja suami kamu tu, setiap hari Mak Nab akan datang sini untuk kemas rumah. Mak Nab cuma kemaskan bahagian bawah saja. Bahagian atas Danish tak benarkan," jelas Mak Nab menjawab persoalannya. "Mak Nab tak penat ke kemas rumah sebesar ni?" Soal Qira. Kesian pulak membiarkan Mak Nab mengemas rumah seorang diri tambahan pula wanita itu sudah berusia. "Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan gaji yang diberikan oleh Encik Danish tu. Lagipun, Mak Nab kemas sikit -sikit saja. Dari pukul 8.30 sampai pukul 1 saja," balas Mak Nab tersenyum mesra. Qira mengangguk faham.

Qira mengambil pinggan untuk menjamu nasi goreng yang dimasaknya pagi tadi. "Mak Nab jom makan sekali," pelawa Qira. Mak Nab menggeleng menolak lembut. Mak Nab terus ke ruang dapur untuk menyambung kerjanya.

Qira mengeluh kebosanan sendirian dalam rumah besar itu. Nak keluar lepak dengan Fina, keretanya masih berada di rumah sewanya. Nak baca novel pun tak boleh. Tengok anime pun tak boleh. Bosannya. 

"Apa aku nak buat ni?" Omelnya sendirian sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Danish pula sudah hilang ke mana sejak tadi. Drama di televisyen lansung tak menarik perhatiannya.

Qira mengatur langkah ke luar rumah. Baik pergi lawat jiran sebelah. Dia menyarung selipar. Waktu itu juga, pintu pagar automatik itu terbuka. Sebuah kereta sport merah dipandu masuk ke perkarangan rumah. Tanpa mempedulikan pemilik kereta itu, Qira terus mengatur langkah. Pintu pagar kecil dibuka.

"Kau nak pergi mana?" Soal Danish yang baru keluar daripada kereta. "Jalan-jalan," jawab Qira. Dia meneruskan langkahnya keluar daripada kawasan rumah itu dan mencari sesuatu perkara menarik yang boleh dibuat.

"Dah gila agaknya perempuan ni," omel Danish. Dia meletakkan kasut sukannya ke dalam rak kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Badannya sudah berpeluh-peluh setelah berlatih dengan kawan-kawannya tadi. Hanya seminggu sahaja lagi sebelum perlawanan penentuan bermula.

Usai membersihkan diri, Danish ke dapur untuk mengisi perutnya yang sudah lapar. Makanan sudah tersedia di atas meja. Mujurlah tiada lagi masakan pedas yang perlu dihadapnya kali ini.

Hampir jam 5 petang, barulah Qira pulang daripada berkeliaran di sekeliling kawasan perumahan itu. Walaupun dia bukan jenis kategori yang peramah, Qira tetap memberanikan diri menegur jiran-jiran di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk di kawasan itu adalah daripada golongan orang berada. Dia turut berjalan di sekitar taman rekreasi yang disediakan di kawasan itu. Bolehlah dia cuci mata melihat jejaka muda di sekitar kawasan itu. Hatinya ketawa nakal.

Mata Qira menangkap susuk tubuh Danish yang berada di luar rumah berhampiran dengan kolam ikan. Di situ terdapat sebuah meja dan kerusi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga sambil  mengambil angin pada waktu petang. Danish kelihatan sedang leka mengadap laptopnya sambil meneliti kertas yang berselerak di atas kerja. Qira memuji sikap Danish yang rajin bekerja walaupun di luar waktu kerja. Mungkin disebabkan kesungguhannya itu, Danish mampu hidup senang. Tapi sayang, entah kenapa Qira merasakan seolah jiwa Danish sangat kosong. Satu hari nanti dia berharap sangat dapat memahami Danish.

"KOSONG?" Sekali lagi Qira mengeluh lemah. Semua almari dapur yang digeledahnya satu pun tak ada stok makanan apatah lagi makanan segera. Kalau terus macam ni, boleh kebulur dirinya tengah-tengah malam. Memang dah menjadi tabiatnya sering rasa lapar pada waktu malam.

Dia mengatur langkah ke bilik Danish. Pintu bilik itu diketuk kuat dengan bertalu-talu.

Danish yang baru selesai menunaikan solat isyak terkejut apabila pintu biliknya diketuk kuat. Dengan perasaan bengang dia membuka pintu bilik.

"Apa masalah kau  ketuk pintu bilik aku sampai nak pecah, kau nak apa?" Tanya Danish dengan perasaan marah. Qira mengendahkan Danish yang sedang marah, yang penting dia dapat mengisi perutnya malam itu. "Saya lapar dan saya nak makan," jawab Qira.
"Kau pergi sajalah makan. Tak perlulah kau kacau aku," balas Danish dingin. "Masalahnya macam mana saya nak makan kalau tak ada satu makanan pun dekat dapur. Lagi satu semua barang-barang dapur dah habis," bebel Qira yang mula bengang dengan sikap acuh tak acuh Danish. " Aku tak kisah. Tu masalah kau," kata Danish seraya ingin menutup pintu biliknya tetapi pantas dihalang oleh Qira.

"Kau jangan ganggu aku boleh tak," suara Danish meninggi. Qira masih merenung tepat ke wajah Danish.
"Saya tak kira, malam ini jugak saya nak pergi beli semua barang-barang," Qira bertegas. "Kau pergilah sendiri," balas Danish dan terus menutup pintu biliknya dengan kasar. Mujurlah Qira sempat berundur. Kalau tak mesti mukanya jadi mangsa. Tak ada hati perut lansung. "Jangan menyesal kalau jadi apa-apa pada kereta awak. Saya anggap awak izinkan saya untuk gunakannya, " laung Qira daripada luar bilik.

Serentak itu, pintu bilik dibuka kembali oleh Danish. "Jangan kau berani rosakkan kereta aku," Danish memberikan amaran. "Tengoklah nanti macam mana, saya tak berani nak jamin," balas Qira acuh tak acuh.

Danish mendengus kasar, nak tak nak dia terpaksa juga mengalah. Dia menutup pintu biliknya. "Cepat," ujar Danish seraya turun tangga. Qira memandang Danish dari atas ke bawah. "Kau apasal?" Soal Danish apabila Qira memandangnya semacam. "Awak nak pergi pakai macam ni saja?"

"Apa masalahnya?" Soal Danish kembali.

"Tak takut ke kalau pujaan hati awak lari sebab tengok awak selekeh macam ni," balas Qira sambil jari telunjuknya bergerak atas ke bawah.

"Kau ingat aku peduli semua tu, lagi pun aku dah memang handsome. Pakai apapun aku tetap handsome. Bukan macam kau. Macam mak nenek," sindir Danish selamba. Qira mendengus geram.

Memang tak dinafikan Danish tetap kelihatan kacak walaupun hanya mengenakan T-shirt dan jeans 3 suku. Tapi yang paling tak boleh diterima apabila dia menerima kutukan yang amat menyakitkan hati daripada lelaki itu.

QIRA mencampakkan segala makanan ringan yang ada depan matanya ke dalam troli. Daripada coklat seperti cadbury, kit kat, kinder bueno semua diambilnya. Begitu juga makanan segera seperti maggi, mamee, dan bubur packet. Dia juga membeli barang-barang basah seperti mi, ayam, ikan, ketam dan juga udang. Setelah penuh satu troli barulah dia berpuas hati.

"Nah! Awak bayar, saya nak cari barang perempuan untuk saya kejap," Qira menyerahkan troli yang penuh itu kepada Danish sebelum berlalu untuk beli barangnya yang paling penting.

"Woi," belum sempat Danish bersuara Qira sudah pun menjauh.
"Tak guna punya mak cik," dengus Danish.

"Bos, ada yang boleh kami bantu?" Sapa salah seorang pekerja yang menyedarinya. "Tolong settlekan pembayaran. Letak dekat kereta aku," Danish menghulurkan sekeping kad kepada pekerjanya. Dia menyerahkan troli pada lelaki itu dan berlalu keluar dari pasaraya itu.

"Banyaknya, " kata lelaki itu.

"WEI minah, kau nak buat kenduri ke apa beli sampai satu troli penuh," bidas Danish semasa Qira sedang memasukkan barang-barang ke dalam kereta.

"Daripada awak bising bertanya, lebih baik awak tolong saya masukkan barang-barang ni," balas Qira geram.

"Barang kau, buatlah sendiri," selamba Danish menjawab.

"Dahlah, jom balik." Kata Qira setelah selesai menyimpan barang-barang.

"Siapa cakap aku nak balik sekarang," balas Danish memandang tepat ke arah Qira.

"Habis tu?"

"Aku lapar. Aku nak makan,"

"What?! Awak sedar tak dah pukul 11 malam. Saya dah mengantuk tahu tak," ujar Qira turut membalas pandangan Danish.

"Siapa suruh kau paksa aku keluar malam ni," balasnya selamba dan mengatur langkah ke sebuah restoren pizza hut yang tidak jauh dari situ.

"Dia ni memang," keluh Qira. Mahu tak mahu dia mengekori langkah Danish.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now