Bab 12

61.9K 2.5K 77
                                    

"Aku pergi tukar baju dulu," ujar Danish seraya menuju ke bilik persalinan yang turut disediakan di pusat itu untuk menyalin pakaian. Qira memerhati kawasan sekeliling , ramai juga yang datang untuk menyaksikan perlawanan ini, terutamanya dari golongan perempuan. Maklumlah kedua-dua pasukan yang berlawan pada petang itu memiliki kelebihan masing-masing daripada segi paras rupa dan kedudukan. Qira duduk di bangku pemain memandangkan Nazrul meminta bantuannya untuk menjaga barang-barang mereka.

Qira masih lagi sukar untuk percaya bahawa Danish Arshad seorang pemain bola keranjang.

Setelah memanaskan badan dan berbincang, pasukan Danish melangkah masuk ke gelanggang diikuti pasukan pihak lawan. Perlawanan separuh masa pertama dimulakan. Sesekali bunyi sorakan untuk kedua-dua belah pasukan memenuhi dewan besar itu. Apabila gol dijaringkan maka gamatlah gelanggang itu.

Perlawanan berjalan. Setakat ini, pasukan Azman mendahului dengan 8 mata meninggalkan pasukan Danish. Cuma satu saja yang Qira dapat lihat daripada perlawanan itu, pasukan Azman kebanyakannya menggunakan teknik kotor dalam perlawanan. Nampak sangat mereka terdesak untuk menang.

Dari tempat duduknya, Qira dapat melihat reaksi wajah Danish yang berkerut apabila dirempuh oleh Aman. Danish jatuh tersungkur. Qira mengutuk tindakan Aman itu. Danish tak apa-apakah? Qira melihat Danish sedaya upaya untuk meneruskan perlawanan itu.

"Jangan risau, Danish takkan mudah mengalah macam tu saja. Dia  akan terus berusaha agar kemenangan pasukannya menjadi kenyataan. Lagipun ,saya yakin mereka mampu mengubah keazaman menjadi pedang," seseorang tiba-tiba bersuara. Qira terus berpaling ke sebelahnya. Siapa pulak ni? Rasanya tadi kerusi disebelahnya masih kosong. Qira meneliti lelaki china yang menegurnya tadi. Lelaki itu masih menumpukan pada perlawanan yang berlansung

"Awak ni macam hantu, tiba-tiba saja muncul. Sejak bila awak ada dekat sini?" Soal Qira pada lelaki itu.

"Beberapa minit selepas visel ditiupkan," balasnya mengukir senyuman manis. Dahi Qira berkerut. Tak sangka dia lansung tak perasankan kehadiran seseorang di situ sebab terlalu fokuskan pada perlawanan.

Serentak itu, wisel separuh masa pertama dibunyikan. Para pemain diberikan rehat 30 minit sebelum memulakan perlawanan. Danish dan kawan-kawannya mendekati kerusi pemain. Qira menghulurkan air mineral kepada mereka berlima.

"Mike, bila kau sampai?," sapa Nazmi dengan teruja. Seolah sudah sekian lama tak bersua.

"Masa kau tengah main tadi, macam mana seronok main?," soal Mike pula.

"Seronok apa? Teruk kena belasah," balas Fiq pula. Dia menarik nafas lemah. Kalau terus macam ni, mereka akan kalah.

"Danish, kaki kau macam mana?" Mike beralih pada Danish yang duduk di sebelah Qira. Mike duduk di hadapan Danish sambil meneliti kaki kawannya itu. Pergelangan kaki sedikit bengkak. Mike kemudiannya memanggil seseorang.

"Aku dah bawakkan tukang urut khas untuk kau," ujar Mike.

Qira memerhati Danish yang sedang diurut oleh tukang urut yang digaji khas oleh Mike. Sesekali wajah Danish berkerut menahan urutan itu. Qira memegang erat tangan Danish. Sesekali Danish mengenggam tangan Qira apabila kakinya berasa sakit semasa diurut.

"Any ideas mike?" Azmi bertanya pada Mike. Mike kemudiannya tersenyum lebar.
"Aku benci bila kau senyum macam tu," ujar Fiq.

"Baiklah, aku ada perhatikan corak game diorang. Mengikut pengalaman,semua ahli dari pasukan Azman adalah pemain terbaik. Azman dah selidik pasal tu dari awal. Danish kau ingat lagi tak Aman daripada kumpulan Swag?," Danish angguk. "Dia tu licik dalam perlawanan. Kalau boleh dia nak tewaskan kau sampai tak boleh bangun. Lepas ni, Fiq akan tukar position dengan kau," jelas Mike. Fiq dan Danish mengangguk faham.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now