Bab 18

59.3K 2.4K 29
                                    

Untuk kesekian kalinya Danish memandang jam telefonnya. Hampir jam 6.30 petang. Qira mahupun Darwish masih belum lagi pulang. Hampir 4 jam mereka berdua keluar membeli belah.

Danish mencapai telefonnya yang terletak di atas meja. Berkira-kira untuk menelefon Darwish ataupun Qira. Akhirnya, dia membatalkan niatnya dan kembali menonton rancangan kegemarannya. Namun, fikirannya masih tak tenang.

"Apa masalah aku ni? Diorang pergi shopping saja," omelnya sndirian.

Dia bukan cemburu tapi ada sesuatu yang mengganggunya memyebabkan hatinya tak tenang. Dia melepaskan nafas dengan kasar. Akhirnya, dia mencapai telefonnya dan mendail nombor Darwish.

DARWISH menggaru kepalanya apabila telefon bimbitnya berdering dan memaparkan nama abangnya. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello," sapanya.

"Kau tak reti nak balik ke?" Sergah Danish di talian. Terkejut dis dibuatnya. Dia paling lemah berhadapan dengan abangnya ditambah lagi dengan keadaan kakak iparnya yang sedang diperiksa oleh doctor sejam yang lepas.

"Kau dekat mana?," Danish menyoal.

"Wei. Aku tanya kau ni," pekik Danish lagi apabila tidak mendapat sebarang respon.

"Err, " Darwish menelan air liur.

Danish yang berada di talian semakin hairan.

"Darwish!,"

"Hospital," secara automatic dia bersuara apabila disergah.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk menjelaskan dengan lebih terperinci, telefonnya dirampas oleh seseorang daripada belakang. Dia berpusing dan terkejut melihat kakak iparnya yang sedang berdiri di belakangnya. Panggilan ditamatkan oleh Qira.

"Jom balik," kata Qira kepada Darwish yanh melemparkan pandangan hairan kepadanya.

"Akak dah okey ke?" Darwish bertanya. Qira mengangguk. Doktor sudah memberikannya suntikan yang diperlukan. Walaupun doktor masih tidak membenarkan dia untuk pulang, dia tetap berkeras.

"Lain kali, akak bagitahulah yang akak tu alergi dengan makanan. Kalau jadi teruk macam mana?" Bebel Darwish semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Ya. Akak minta maaf. Jangan nak membebel macam pak cik tua pulak," balas Qira bergurau.

DANISH mendengus marah apabila panggilannya diputuskan tiba-tiba. Belum sempat dia bersuara, panggilan dah ditamatkan. Hospital?  Apa yang berlaku sebenarnya? Sudahlah! Buang masa pening kepala fikir pasal mereka berdua. Namun jauh di sudut hati, memberontak nak tahu apa yang berlaku.

Lebih kurang setengah jam kemudian, deruman enjin kereta kedengaran di luar rumah. Danish masih bersandar tenang di atas sofa.

Dia menjeling sekilas ke arah Qira yang melintas untuk ke bilik. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Darwish yang melabuhkan punggung di atas sofa tidak jauh daripadanya.

"Abang, kau marah aku ke?"

"Apa hal pulak aku nak marah kau?" Balas Danish tanpa memandang Darwish. Darwish tersenyum lega.

"Aku nak minta maaf sebab tak sengaja buat kakak ipar aku tu msuk hospital," ujarnya lagi. Danish tidak menunjukkan sebarang respon.
"Aku tak tahu yang dia alah dengan kacang," Kali ini wajahnya abangnya berkerut sedikit.

"Aku masuk bilik dulu," kata Darwish sebelum meninggalkan abangnya sendirian.

QIRA mengurut dadanya, terkejut melihat Danish di muka pintu biliknya.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now