bab 27

64.2K 2.1K 37
                                    

"Saya tinggalkan hanya seminggu. But look , all chaos. Awak semua pandai buat kerja ke tidak. Projek tu adalah projek penting untuk D.A holding. Takkan itu semua pun saya yang kena tunjukkan,"

Suara Danish yang lantang menyebabkan Qira berhenti melangkah. Dia menelan air liur mendengar amarah yang dilemparkan oleh Danish kepada pekerja-pekerjanya.

"Hari ini jugak saya nak fail projek tu ada atas meja saya. Faham?,"

"Faham boss," semua pekerja membalas serentak seraya mengangguk.

"Dismiss,"

Tanpa disuruh kali kedua semua pekerja bergegas kembali ke meja masing-masing.

Setelah keadaan tenang, Qira perlahan-lahan melangkah ke mejanya. Buku catatan diambil untuk memeriksa jadual Danish.

3 petang - mesyuarat di syarikat Dato' Hamdan.

Sebelum melangkah ke pejabat Danish , Qira mencapai sebotol air mineral dan sesuatu daripada beg tangannya .

Pintu pejabat diketuk dan selang beberapa saat  suara Danish kedengaran.

"Ada apa?," soal Danish tanpa mendongak.

Tanpa bersuara Qira meletakkan air mineral dan plastik ubat ke atas meja Danish. Seraya itu juga Danish mengalihkan pandangannya daripada dokumen yang terbentang di atas meja.

"Masa untuk awak makan ubat," ujar Qira bersahaja.

"Aku dah okey. So, aku dah tak perlukan ubat tu," balas Danish tenang dan kembali meneliti dokumen dihadapannya.

"Danish Arshad,"

"Hmmm,"

"Take your medicine. Now," tegas Qira lagi.

"Nope"

Qira mengurut dahinya yang mula pening dengan kerenah Danish yang mengalahkan budak-budak.

Aha! Satu idea tiba-tiba muncul difikirannya.

"Danish,"

"Apa lagi?," balas Danish acuh tak acuh.

"Awak sepatutnya berehat kat rumah kan? Sebab setahu saya luka awak tu masih tak pulih sepenuhnya. Kalau awak terus berjalan ulang-alik, kemungkinan jahitan luka awak tu boleh terbuka semula. Tambahan pula, awak tak makan ubat antibiotik yang disyorkan oleh Doktor. Kalau luka awak tu terkena jangkitan macam mana? Awak pun tahukan.....,"

"Stop,"

Qira segera berhenti membebel. Apabila melihat Danish menarik nafas lemah dia yakin  rancangannya berjaya.

"Okey, aku makan ubat. Tak payahlah kau nak pekakkan telinga aku dengan kerepek kau yang tak laku tu," ujar Danish selamba.

Qira mengetap gigi mendengar sindiran Danish. Nasib baik kau sakit. Desis hatinya.

"Puas hati?," soal Danish dengan muka menyampah setelah ubat antibiotic itu ditelan. "Aku tahulah kau risaukan aku. Tapi jangan sampai jadi nenek tua sebab asyik membebel," sambung Danish lagi.

"What? Siapa kata saya risaukan awak," balas Qira cuba menafikan. .

Danish sekadar mengukir senyuman sinis.

"Whatever. Anyway boss, awak ada mesyuarat di pejabat Dato' Hamdan. Jam 3 petang," kata Qira.

"Okey. Bagitahu Nazrul siapkan fail untuk projek di langkawi. And dapatkan data presentation daripada Amri," ujar Danish.

"Okey,"

Setelah itu Qira terus berlalu untuk mendapatkan Nazrul dan Amri.

"HEI Qira," Nazrul menyapa mesra.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now