Bab 28

63.6K 2.3K 32
                                    

"Sorry saya lambat," ujar Qira sebaik melabuhkan punggung di hadapan Farouq. Pagi tadi dia telah menerima mesej daripada Farouq yang mengajaknya lunch bersama.

"It's okey. Saya pun baru saja sampai," balas Farouq mengukir senyuman manis.

"Awak dah order?" Soal Qira.

"Belum. Saya tunggu awak,"

Setelah memesan makanan, mereka berdua berbual-bual mengenai pekerjaan dan diri masing-masing.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Farouq memecah kebisuan setelah mereka menikmati makanan dalam diam.

"Awak dah pun tanya soalam," senda Qira.

Farouq mengukir senyuman.

"Are you single?"

Qira hampir tersedak makanan yang sedang dikunyahnya. Pantas jus oren yang berada di hadapannya dicapai dan dihirup perlahan bagi melegakan tekaknya. Setelah tekaknya kembali baik , dia kembali memandang Farouq yang menantikan jawapannya.

"Kalau saya cakap saya tak single," balas Qira.

Entah mengapa Qira dapat melihat kekecewaan pada raut wajah Farouq untuk seketika. Mungkin dia salah faham. Fikirnya.

"Why?" Soal Qira apabila Farouq hanya diam menekur makanan dihadapannya.

"Nothing," balas Faroq mengukir senyuman palsu. Dia cuba menyembunyikan perasaan kecewa yang tiba-tiba timbul di dalam hatinya.

* At a Restaurant ****

DANISH membuka mesej yang diterima daripada Qira. Sejak mereka berkahwin, telefonnya penuh dengan mesej yang dihantar oleh Qira. Setiap kali gadis ITU, keluar kemana-mana sahaja pasti dimaklumkan kepadanya. Senang dengan hanya menggunakan pesanan ringkas. Jujur dia katakan , dia kagun dengan sikap Qira yang tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sekurang-kurangnya dia tahu kemana Qira pergi. Tetapi kali ini dahinya berkerut apabila membaca mesej yang diterimanya kali ini.

Danish saya keluar dengan Farouq. Budak gym. Dia ajak saya keluar lunch.

Mesej itu dibacanya berkali-kali. Siapa Farouq??? Kebiasaannya Qira keluar bersama Fina, Kak Aina ataupun Fifi. Mungkin mereka bertemu di gym. Walaupun Danish cuba untuk tidak mempedulikan soal lelaki bernama Farouq ini. Entah kenapa hatinya tidak senang. Dia sendiri buntu dengan perasaannya ketika itu.

"Kawan, kau ni kenapa?"

Danish kembali berpaling kepada Nazrul yang berada dihadapannya. Hampir sahaja dia lupa bahawa Nazrul juga turut berada bersamanya ketika itu.

"Siapa yang mesej?" Soal Nazrul lagi. Dia perasan raut wajah Danish berubah menjadi ketat sebaik sahaja membaca mesej yang diterimanya.

Danish pantas menggeleng. Dia kembali meletakkan telefonnya ke atas meja.

"Nazrul, malam ni gather dekat gelanggang jom," cadang Danish dan kembali menjamu makanan tengah harinya.

Nazrul menjongketkan keningnya sebelah.

"Kau ada masalah ke? Biasanya kau suka main tengah malam bila fikiran kau tengah serabut saja. Anything I should know?" Tebak Nazrul. Bukan dia tak kenal dengan perangai semua kawan-kawannya termasuklah dirinya sendiri. Mereka pasti akan turun bermain bola keranjang di gelanggang pada waktu malam jika salah seorang daripada mereka ingin melepaskan tekanan.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now