Bab 29

65.5K 2.3K 76
                                    

"Cassie!!!"

Qira terus menerpa memeluk erat rakan baiknya itu. Hampir dua tahun mereka tidak berjumpa memandangkan masing- masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Cassie merupakan sahabatnya semenjak mereka masih di sekolah menengah. Cassie telah berkahwin dengan seorang pilot, iaitu Adrian yang juga merupakan kawan mereka dizaman universiti.

"Qira, kau nak bagi aku putus oksigen ke? ," ujar Cassie apabila sahabatnya itu memeluknya terlampau erat.

"Sorrylah, aku rindu dekat kau," ujar Qira. "Lagipun, aku tahu kau pun mesti rindukan aku kan?" Sambung Qira lagi mengukir senyuman sinis.

"Perasan!"

Qira hanya mengukir senyuman manis. Dia kenal sangat dengan perangai Cassie yang terlampau ego dan tak suka mengaku tentang perasaan sendiri. Cassie jarang meluahkan apa yang dirasakannya tetapi bagi sesiapa yang mengenal Cassie dengan lebih rapat pasti akan tahu.

"Jomlah , pergi makan. Aku banyak nak korek daripada kau ni, anyway, bila kau sampai kl?" Soal Qira seraya mereka berdua melangkah masuk ke restoren berdekatan.

"Aku sampai semalam," balas Cassie.

Usai memesan makanan, mereka kembali bertukar-tukar cerita sepanjang dua tahun tidak bersua muka.

"So, macam mana kau kahwin dengan Danish?" Tanya Cassie. Soalan itu sudah lama disimpan dalam fikirannya. Sejak dia mendapat panggilan daripada Qira yang berupa jemputan perkahwinannnya ITU. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki yang berjaya membuka pintu hati kawannya itu kembali.

"Mak aku yang aturkan," balas Qira ringkas.

"So, maksudnya kau tak ada apa-apa perasaan pada dia masa kau kahwin tu," tebak Cassie.

"Yup."

"Aku ingatkan kau nak tunggu pemain bola keranjang,"

"Haa! Memang pun! Lagipun Danish tu pun pemain bola keranjang," ujar Qira.

"Really?"

Qira mengangguk yakin.

"Ada ciri yang kau nak tak pada Danish?" Soal Cassie lagi.

Qira terdiam seketika. Sebenarnya dia masih lagi tiada jawapan untuk soalan itu. Antara ciri-ciri suami idamannya adalah setia, caring, tak romantik tapi sweet, always be special one for him, jalankan tanggungjawab kepada isteri. Sepanjang 3 bulan, mengenali Danish Qira tahu Danish merupakan seorang yang mengambil berat terhadap orang disekelilingnya. Cuma dia tunjuk semua itu dengan caranya sendiri. Setia? Dia masih tak pasti. Sweet pulak ? Entahlah.

"Aku pun tak pasti, aku pun baru saja kenal dia selama tiga bulan," kata Qira menarik nafas lemah.

Qira menjongketkan keningnya apabila Cassie mengukir senyuman manis. Dia kenal sangat dengan senyuman kawannya itu. Pasti ada sesuatu.

"Don't worry, nanti kau akan tahu jugak," balas Cassie.

"Really?"

"Yupp!!"

**** Di Rumah ******

QIRA melangkah dengan malas menuruni anak tangga rumahnya. Entah kenapa dia berasa penat. Padahal dia tidak keluar kemana-mana pun setelah keluar dengan Cassie pagi tadi. Jam dinding dipandang seketika. Hampir pukul 2. Mujurlah dia sudah selesai solat Zuhur. Langkah kaki diatur ke arah Danish yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Danish, " panggil Qira

"Hmm,"

"Saya tak masak petang ni, nak makan kat luar tak?" Soal Qira lagi.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now