Bab 16

57.7K 2.2K 3
                                    

Qira menyandar kasar pada kerusi. Daripada luar dia dapat mendengar suara Danish yang sedang menengking salah satu pekerjanya. Dia sudah tidak dapat menahan perasaan geramnya lagi mendengar tengkingan itu. Serentak itu, dia menolak pintu pejabat Danish tanpa mengetuknya. Dia melangkah dan berdiri di sebelah gadis yang sedang menunduk itu. Timbul rasa simpati dalam hatinya.

Kali ini, pandangan marah Danish beralih pula kepadanya.
"Kau apahal main redah pejabat orang sesuka hati. Kau tak ada adab ke?" Hambur Danish dalam keadaan marah. Qira menarik nafas panjang cuba untuk bersabar dengan sikap Danish itu. Dia mengenggam jari-jemarinya.

"Awak keluar dulu," ujar Qira kepada gadis disebelahnya. Dia tidak mahu bergaduh dihadapan orang lain. Dia dapat melihat jelas mata gadis itu yang sudah berkaca menahan tangis.

"Woi, apa masalah kau hah?!" Sekali lagi Danish meninggikan suaranya. Qira menjeling tajam.

Gadis itu kelihatan teragak-agak untuk melangkah. Qira menarik nafas lemah.

"Keluar sekarang," Qira menegaskan suaranya sebagai isyarat dia serious. Gadis itu mengangguk sebelum berlalu keluar.

"Apa masalah awak  Danish tengking dia sampai macam tu sekali," Qirs bersuara setelah gadis itu keluar. Matanya menikam tepat wajah Danish.

"Kau jangan nak menyibuk urusan aku," balas Danish agak lantang.

"Oh, itu memang menyakitkan hati," ujar Qira sambil memegang dadanya. Sengaja nak buat Danish menyampah.

"Saya memang tak nak masuk campur urusan awak sebab saya tahu saya cuma pekerja awak tapi, awak tak boleh layan semua pekerja awak macam batu," kata Qira dengan serious. Danish memandangnya tanpa riak.

"Dah habis?"

Qira menggeleng. "Belum lagi," tingkah Qira dan duduk di hadapan Danish. Satu keluhan berat dilepaskan oleh Danish.

"Tak salah kalau awak nak marah pekerja awak tapi bukan menengking. Sebab itu memang kejam dan boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan. Saya nak awak minta maaf dengan dia," ujar Qira lagi. Danish ketawa mengejek.

"Apasal aku kena minta maaf?" Balas Danish menyindir.

"Sebab awak hampir buat dia menangis," bidas Qira dengan perasaan geram.

"Ada aku kisah?!"

"Danish Arshad," Qira menyebut nama Danish satu persatu dengan nada amaran. Danish menjongketkan sebelah keningnya.

"Saya akan handle pusat sukan tu buat sementara waktu dan settlekan masalah yang ada dan kalau saya berjaya, awak mesti minta maaf dengan dia , boleh?" Wajah Qira serious.

"Kenapa..."

"Or awak takut nak bet dengan saya," Qira memintas percakapan Danish. Sengaja dia mencabar. Dia tahu Danish adalah seorang lelaki yang pantang dicabar.

"Okey, aku setuju," balas Danish. Qira mengukir senyuman lebar.

Baik kau keluar sekarang," arah Danish.

"Saya tahulah," balas Qira dengan geram. Dia sempat menjelir lidah kepada Danish sebelum melangkah keluar. Pintu pejabat Danish dihempas kasar.

"Dasar mak nenek gila," ujar Danish sambil menyandar pada kerusi.  Dia menguak rambutnya beberapa kali.

Danish mendongak apabila pintu pejabatnya dibuka tanpa sebarang ketukan. Setahunya tiada siapa yang berani masuk ke pejabatnya tanpa mengetuk terlebih dahulu. Malah Nazrul pun tetap akan mengetuk sebelum menerjah masuk.

"Kau nak apa lagi?" Danish menyoal.

Tanpa menghiraukan pertanyaannya, Qira mencapai sesuatu daripada atas mejanya. Fail dokumen untuk pusat sukan. Sebelum berlalu, Qira sempat mengambil sebiji epal atas meja kopi yang terletak di hujung pejabatnya. Setelah itu, dia terus berlalu tanpa sebarang kata.

NAZRUL mempamerkan riak terkejut apabila Qira melangkah masuk ke ruangannya. Wajah gadis itu masam mencuka. Qira duduk dihadapannya tanpa dipelawa. Satu keluhan berat kedengaran.

"Anything happen?" Soalnya. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Kemungkinan perang yang meletus.

"Kawan awaklah. Dia memang dah tak betul," rungut Qira. Nah! Nazrul tersenyum. Seperti yang dijangkakan. Ini tak lain tak bukan mseti baru lepas bergaduh dengan Danish.

"Jangan cakap awak pun nak letak jawatan," ujarnya sudah tidak sanggup lagi menerima Surat perletakan jawatan.

"Awak gila, kalau saya letak jawatan maknanya saya menyerah kalah. Saya tak boleh kalah pada Danish," balas Qira membuatkan Nazrul mengukir senyuman lega. Mujurlah Qira ni seorang gadis yang penyabar.

"Lagi satu, saya memang kena mengadap dia setiap masa pun," tambah Qira lagi.

Nazrul mengetuk perlahan dahinya.

"Maaf, saya hampir lupa tentang tu,"

Qira kemudiannya meletakkan sesuatu ke atas meja Nazrul. Dahinya berkerut.

"Saya nak minta tunjuk ajar awak untuk projek ni," ujar Qira.

Nazrul membelek dokumen tersebut. Qira menjelaskan serba sedikit tentang masalah yang dihadapi. Qira juga perlu tahu apa tindakan yang patut diambil.

"Ini boleh diselesaikan segera,"

Mata Qira bersinar mendengar kata-kata Nazrul.

"Baguslah," balanya. Keyakinannnya untuk melihat Danish kalah semakin bersinar. Dia perlu pastikan semua masalah dapat ditangani dan berjalan dengan lancar.

Aku Suami Kau Isteri ✅Место, где живут истории. Откройте их для себя