Bab 31

82.4K 2.4K 105
                                    

Danish mengatur langkah ke arah sebuah meja sebaik sahaja melangkah ke restoren miliknya itu. Meja yang terletak agak jauh daripada orang ramai yang turut makan di restoren tersebut. Danish sengaja memilih tempat duduk private supaya tiada sesiapa yang akan mencuri dengar perbualan mereka.

"Bos," Ayrul, pengawal peribadinya terus menyapa sebaik sahaja Danish mendekati mereka berdua.

Danish menganggukkan kepala dan melabuhkan punggung dihadapan Ayrul dan Nazim.

"Korang dah dapatkan information yang aku perlukan?" Soal Danish.

Nazim pantas mengeluarkan sebuah fail kertas untuk diserahkan kepada Danish. Danish membuka fail tersebut. Isi kandungan fail diteliti dengan rapi. Sekali-sekala Dahi Danish akan berkerut membaca maklumat yang terdapat pada helaian kertas tersebut.

"Bila dia balik Malaysia?" Soal Danish masih lagi meneliti maklumat yang berada di hadapannya itu.

"Kira-kira dua bulan selepas bos kahwin," jawab Ayrul.

Danish mengetap gigi.

***- FLASHBACK ***-

"Abang, Kirana kemalangan. Kau datang hospital sekarang,"

Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Darwish yang menyampaikan berita yang kurang menyenangkan itu, Danish segera meninggalkan kawasan university dan memandu keretanya ke hospital yang diberitahu oleh Darwish.

"Apa yang berlaku?" Soal Danish sebaik mendekat darwish yang duduk di hadapan sebuah wad kecemasan. Wajah Darwish diulit seribu kerisauan terhadap kembarnya yang sedang dirawat di dalam wad kecemasan itu.

Darwish sekadar menggeleng kepala. Dia cuma mendapat panggilan daripada pihak hospital yang mengatakan kembarnya itu kemalangan kereta.

"Mama dengan papa dah tahu?" Danish bertanya. Dia mengambil tempat bersebelahan Darwish.

"Dah. Diorang kata on the way," balas Darwish masih menekur lantai.

"Abang...," Darwish berhenti seketika seolah-olah ayat yang akan diutarakannya membuatkan dia tercekik dengan kata-kata sendiri.

"kenapa?"

"Kawan Ana, meninggal sebaik sahaja tiba di hospital,"

Riak wajah Danish terus berubah. Terkejut! Setahu Danish kawan yang paling rapat dengan Kirana cuma seorang sahaja. Izatul. Hubungan izatul dan kirana bagaikan adik beradik. Mereka sering berkongsi rahsia bersama-sama. Bagi kirana, Izzatul merupakan kakak yang tak pernah dimilikinya. Kalau sebegitu rapat hubungan mereka, bagaimana perasaan Kirana sekiranya mendengar berita tentang kematian kawan baiknya itu.

.......

Seminggu kemudian, Kirana kembali stabil dan sedar daripada koma. Keadaannya juga semakin sembuh. Namun, sebaik sahaja Kirana mendapat tahu tentang kematian Izzatul, dia keadaannya semakin teruk. Dia sering mengurung diri di dalam bilik dan menyalahkan dirinya atas kematian izzatul. Mama dan papa mereka tak pernah berhenti memujuk Kirana suapaya anak gadis mereka itu kembali ceria seperti dulu.

Selama hampir seminggu Kirana menyepikan diri, mujurlah dengan pujukan dan kata-kata sokongan daripada Ibu dan bapa Izzatul Kirana akhirnya keluar juga untuk kembali meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, setiap Kali kirana menjejakkan kaki ke kolej mahupun tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh dia dan izzatul dia sentiasa dihimpit perasaan bersalah. Akhirnya, Danish sekeluarga bersetuju menghantar Kirana dan Darwish ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran dan melupakan kisah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya.

DANISH mengetap gigi menahan marah mengingat kejadian yang menimpa adiknya beberapa tahun yang lalu. Jari jemarinya digenggam kemas. Dia takkan benarkan perkara dahulu berulang untuk kedua kalinya. Takkan pernah!. Dia tahu 'perempuan' itu memang gila. Danish juga tahu kemalangan adiknya telahpun dirancang. Dia masih ingat lagi pengakuan yang keluar daripada seorang perempuan yang mendengar segala kebenaran sebulan selepas kemalangan tersebut.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now