Bab 2

528 39 0
                                    

Zarra perlahan-lahan membuka matanya , apa yang dia lihat sekarang dia berada dibilik yang agak mewah , rumah siapa ni ?

Perlahan-lahan dia cuba bangun , namun sakit dibahagian badannya menyukarkan dirinya untuk bangun

Perlahan-lahan dia bangun dari baringnya sebelum dia duduk dan bersandar dihujung katil itu

Dia melihat pakaiannya yang sudah ditukar , dia menyentuh kepalanya , masih bertudung namun bertudung sarung warna hitam dan baju lengan panjang dan seluar tracksuit sahaja

" Dah bangun ? " suara seorang wanita yang baru masuk kedalam biliknya menarik perhatian Zarra

Dia hanya melihat wanita yang agak berumur itu menghampiri dirinya

" Kamu okey ke ? " tanya wanita itu dan duduk dikerusi sebelah katil Zarra

" O-okey .. saya dekat mana ni ? " tanya Zarra semula

" Ariel yang bawa kamu balik sini semalam , kamu pengsan semalam , sekarang kamu dekat rumah aunty " wanita itu menjawab dan tersenyum manis kepada gadis dihadapannya , sungguh manis rupa gadis itu baginya

" Maaflah saya dah menyusahkan aunty .. "

" Eh mana ada .. kamu mesti lapar kan ? Jom lah turun , aunty dah masakkan untuk kamu .. sebelum tu , boleh aunty tahu nama ? "

" Nama saya Zarra " jawab Zarra

" Ok Zarra jom kita turun "

Maria menolong Zarra untuk turun dari katil itu , dia tahu Zarra sakit untuk bergerak kerana lebam-lebam dibadannya , itu pun maid yang beritahu dia sewaktu maid itu menukar baju Zarra , kesihan dia kepada gadis itu

Sedang Zarra turun tangga mahu ke meja makan , matanya memandang Ariel yang turut memandang ke arahnya , namun cuma beberapa saat sebelum Zarra sendiri mengalihkan pandangannya

" Zarra duduk lah sini " Puan Maria menarik kerusi kosong disebelahnya menyuruh Zarra duduk disitu

Zarra hanya duduk disitu seperti yang Puan Maria mahukan

Tidak tenang dia mahu makan kerana Ariel duduk dihadapannya , bukan dia tidak perasan lelaki itu dari tadi memandang dirinya

" Makanlah Zarra jangan malu-malu " kata Malik pula , Suami kepada Maria

Zarra hanya mengangguk sahaja , dia tidak tahu mahu ambik apa sekarang , dia sendiri segan , dia hanya memandang mee goreng didalam mangkuk besar itu

Ariel yang melihat Zarra seperti segan itu terus dia mencapai pinggan dihadapan Zarra sebelum mee goreng didalam mangkuk itu diletak sedikit kedalam pinggan Zarra sebelum pinggan yang sudah berisi mee goreng itu diletakkan dihadapan Zarra

Zarra sendiri terkejut apabila Ariel tolong dia

" Makan lah " Ariel kembali makan makanannya tanpa menghiraukan orang sekelilingnya

Zarra akhirnya makan juga mee goreng itu , agak laju dia makan kerana dia terlalu lapar waktu itu , Ariel sembunyi senyum melihat Zarra yang makan dengan sangat berselera

Zarra sudah tidak hiraukan Ariel yng memandangnya , dia sudah terlalu lapar sekarang

Maria yang sudah habis makan itu berdiri sebelum pergi kedapur , termasuklah Malik , sekarang dimeja makan hanya tinggal mereka berdua sahaja dan itu lagi membuatkan Zarra bertambah segan

" Kau ok ? " Zarra mengangkat wajahnya memandang Ariel yang tiba-tiba bertanya

Zarra hanya mengangguk kepala sahaja

Zarra menyuapkan suapan terakhir mee goreng itu kedalam mulutnya , baru sahaja dia baru bangun dan pergi ke dapur untuk membasuh pinggan namun Ariel terlebih dahulu mengambil pinggan itu sebelum diletakkan di atas pinggannya

" Eh awak , takpelah biarlah saya letak sendiri "

" Takpe , duduk jela dekat sana , aku buatkan "

" Tapi .. " segan lah takkan dia mahu duduk disitu sedangkan semua mengemas meja makan ini

" No tapi , pergi jela " Ariel terus membawa pinggan kotor itu ke dapur tanpa menghiraukan Zarra yang masih berdiri itu

" Zarra , pergi duduk sana dulu ya , takpe ni biar kami je kemas " Kata Maria

" Takpelah aunty , biarlah saya tolong " tangannya masih lincah mengumpulkan cawan-cawan kotor itu dan dibawa kedapur , sempat dia tersenyum nipis kepda Puan Rozita

Zarra terhenti apabila meliha Ariel yang sedang sibuk membasuh semua pinggan mangkuk itu , aduh kenapa lah aku lupa dia ada dekat sini

Ariel yang rasa dirinya diperhatikan berpusing kebelakang sebelum dia ternampak Zarra yang membawa cawan kotor ditangannya itu

" Kau ni kenapa degil sangat ha , kan aku dah kata pergi duduk je dekat depan , kenapa sibuk sangat nak tolong " belum apa-apa Ariel sudah marah dirinya

" Saya tolong je .. tak payahlah nak marah " Zarra meletakkan cawan itu kedalam singki

" Eh mana ada aku marah , kan aku cakap je " nada suaranya berubah menjadi lembut sedikit berbanding tadi

Zarra hanya diam sebelum dia keluar daripada kawasan dapur itu , Ariel yanggmelihat Zarra tidak berkata apa-apa itu sudah resah , dia merajuk ke ?

The Chosen OneWhere stories live. Discover now