Bab 35

376 23 0
                                    

Zarra sedikit terkejut dengan sapaan lelaki dihadapannya ini , nampak seperti remaja , wajah Maria disebelah lelaki itu di pandang Zarra sebelum dia menyalam tangan mak mertua dia itu

" Mama " Zarra tunduk menyalam tangan Maria sebelum dia senyum

" Maaf lah Zarra mama datang mengejut " kata Maria

" Eh tak apa lah mama , Zarra pun tak ada buat apa " kata Zarra , mata nya memandang pula remaja lelaki di sebelah Maria itu

" Oh ini adik Ariel , baru balik dari UK belajar dekat sana " terang Maria , bahu anak lelakinya di pegang

Zarra mengangguk sahaja dengan wajah kagumnya , mungkin ni adik lelaki Ariel yang Ariel pernah memberitahunya

" Abang .. Arya tu sorang je eh adik abang ? " tanya Zarra yang sedang duduk disebelah Ariel itu

" Abang ada sorang lagi adik lelaki , tu anak bongsu , dia tengah belajar dekat UK , tak silap abang minggu depan dia balik " terang Ariel , Zarra mengangguk sahaja , tiba-tiba sahaja dia mahu bertanya

" Sorry kak tak dapat datang waktu akak dengan abang kahwin , Arzie ada kelas lagi waktu tu " kata lelaki yang bernama Arzie itu

" Ooh nama awak Arzie ? " tanya Zarra

" Haah , Arzie Qail " Arzie senyum kepada kakak iparnya

" Akak lawa lah , bestnya dapat kakak ipar lawa ! " teruja sungguh remaja itu , Zarra dan Maria tergelak kecil

" Dah marilah masuk " Zarra memberi ruang sedikit kepada mereka untuk masuk ke dalam

Maria dan Arzie masuk ke dalam rumah Zarra

" Mama nak makan tengah hari sini ? " tanya Zarra

" Tak apalah kot .. menyusahkan Zarra je nanti " kata Maria

" Eh mana ada , dah alang-alang nanti abang balik , memang Zarra masak pun , makan jelah sini dengan Arzie sekali " Zarra memeluk mak mertua nya dari tepi

" Kalau macamtu , mama tolong Zarra lah "

" Tak payahlah mama tak apa " tolak Zarra

" Tak apa biar mama tolong " Maria tetap mahu menolong , dia juga mahu melihat cara menantu nya masak

" Arzie nak tolong jugak boleh ? " Arzie yang berada di sebelah Maria menyoal juga

Zarra senyum kecil , comel sungguh adik bongsu Ariel ini

" Tak payah , Arzie pergi duduk tengok tv kat sana , tunggu lah nanti kejap lagi pun abang nak balik dah " kata Zarra

" Hah ? Abang balik kejap lagi ?! Yey lama tak jumpa along ! " teruja Arzie berkata

Zarra senyum sahaja

Maria dan Zarra masing-masing sibuk memasak di dapur , sesekali mereka bergosip juga haha , perempuan jika masuk dapur sama mestilah ada benda yang nak di sembangkan kan ?

Maria menolong Zarra meletakkan mangkuk-mangkuk yang sudah berisi lauk itu di atas meja , macam-macam juga mereka masak , ayam masak kicap , sotong sambal , sayur campur , bersusah-payah mereka memasak bersama

" Assalammualaikum " suara Ariel yang memberi salam itu menarik perhatian Arzie yang sedang bermain telefonnya di sofa itu

Ariel masih tidak perasankan adiknya sehinggalah ..

" Along !! " Arzie terus mencampakkan telefonnya ke atas sofa sebelum berlari ke arah Ariel

Ariel mula-mula terkejut apabila ada orang tiba-tiba menjerit panggilnya tapi apabila nampak wajah adik lelaki nya terus dia tersenyum lebar

" Ehh adik ! " terus Arzie memeluk erat tubuh abangnya , kuat dia memeluk Ariel sehingga terundur juga lelaki itu dibuatnya

Zarra dan Maria yang baru keluar dari kawasan dapur itu tersenyum melihat mereka berdua , memang Arzie rapat dengan alongnya berbanding kakaknya

" Rindu lah along " Arzie masih memeluk tubuh abangnya

" Ceh mengada , umur dah 20 pun nak berkepit dengan along " usik Ariel , namun dia tidak kisah pun , adiknya sorang ni memang jauh beza dari Arya

" Haih Arzie .. sudahlah , lemas abang kamu di buatnya " tegur Maria

Arzie membuat muka sebelum melepaskan tubuh abangnya , nak lepas rindu pun tak boleh !

" Mama ni kacaulah " kata Arzie

Ariel geleng kecil , dia memeluk tubuh adiknya dari tepi sebelum mengusap rambut adiknya

" Dah jom lah makan , Zarra dengan mama dah masak " kata Zarra

Mereka semua duduk di meja makan sebelum mula menjamah makanan masing-masing

The Chosen OneWhere stories live. Discover now