Bab 47

443 22 0
                                    

Maria , Arzie , Ariel dan Zarra elok duduk di sofa ruang tamu dan berbual bersama , tiada apa yang mereka buat pagi ini jadi mereka berborak sahajalah , Malik awal-awal sudah pergi ke kerja

" Arya tak balik lagi mama ? " Ariel bertanya kepda Maria

Maria hanya menggeleng kepala perlahan

" Biasalah .. merajuk punya pasal , pagi nanti baru nampak muka " kata Maria

" Mama dah call dia ? " tanya Arzie pula

" Dah , tapi tak jawab "

Mereka tidak bertanya apa-apa lagi pasal Arya , masing-masing sudah tahu dengan perangai gadis itu . Jadi mereka hanya harap dia balik pagi ini

Dan waktu itu juga mereka melihat ke arah Arya yang baru masuk ke dalam rumah , Arya memandang mereka dengan pandangan kosong sebelum matanya memandang ke arah Ariel

" Bila balik long ? " tanya Arya

" Semalam " balas Ariel sepatah

" Kenapa balik ? Sebab pasal isteri kau ni ? " ada terselit nada sinis di suara Arya

" Arya .. cukup " Maria menegur Arya

" Along tinggalkan kerja along semata-mata untuk dia ? Wah , penting betul dia ni " menyinis lagi Arya bercakap

" Apa masalah kau ? " kasar Ariel bertanya semula

Arya menyilangkan tangannya sebelum mendekati mereka , Zarra yang di sebelah Ariel merapati suaminya dan memeluk lengan Ariel seperti mahu berlindung dengan suaminya

" Kau tengking Kak Maya kan semalam ? Sebab dia tak bagi kau balik untuk settle kan kerja koran dulu , tapi kau tengking dia depan orang ramai sebab nak balik nak tengok isteri kau ni " kata Arya

" Huh , so ? Ada masalah dengan kau ke? " sinis Ariel bertanya semula

" Kau memang tak akan pernah nampak Kak Maya , macam-macam dah dia buat untuk kau tapi .. along tak pernah nak hargai dia " Arya berkata lagi

" Along tahu kan Kak Maya tu bergantung pada along je sebab dia tak ada orang lain .. " tiba-tiba nada suara Arya menjadi perlahan , apa yang dia cuba sampaikan pun tidak tahu

" Kak , ini tak ada kena mengena dengan cerita kesian pasal Maya kau , kau dah kenapa ? " Arzie menyoal kasar , geram lah aku dia ni dok Maya Maya

" Along .. dia nak kahwin dengan kau , dia sanggup jadi yang kedua "

Zarra duduk tegak , begitu juga yang lain . Apa yang baru Arya cakapkan ini ? Tak masuk akal !

" Kau sedar tak apa kau cakap ni ?! " Ariel berdiri sebelum suaranya mula meninggi bertanya kepada Arya

" Sedar ! Along .. janganlah buat Kak Maya macamtu , kau tinggalkan dia .. kau yang putuskan semua nya macamtu , kau tak kesian ke dekat dia ?! " Arya membalas kembali

" Aku tak akan kahwin dengan dia ! " Ariel berkata dengan nada keras

" Kenapa ?! Kau takut kau tak bahagia ? Kak Maya boleh bahagia kan kau ! Jauh lebih baik dari isteri kau tu! "

" Kau ni ! " suara Ariel tertahan , sungguh dia marah sekarang tapi dia sedang cuba tidak naik tangan kepada adiknya

" Jangan kurang ajar Arya ! Kamu ni kenapa ? " Maria mula bersuara , apa kena dengan anaknya sorang ni ?

" Kenapa semua nak bela dia lagi ?! Dia kotor lah ! Dia hampir-hampir nak kena buat benda tak senonoh semalam ! Semua nak backup dia lagi ! Hey perempuan , kau dah buat apa dengan keluarga aku ! " Arya tiba-tiba menyerang Zarra

Zarra hanya diam , dia sendiri tak tahu apa kena dengan Arya tiba-tiba mengamuk pagi ni

" Kak Maya tu lagi bagus dari kau lah ! Tapi along aku tetap nak pilih kau , huh kau mesti dah gunakan along aku " tambah Arya lagi

Zarra berdiri sebelum memandang ke arah Arya

" Arya tanya abang Arya sendiri , apa Maya dah buat .. Arya terlalu percayakan Maya sampai terpangaruh dengan kata-kata dia " kata Zarra

Arya terdiam , dia memandang Ariel

" Huh , Maya tak pernah buat apa-apa aku percaya dekat dia ! " suara Arya meninggi lagi

Perlahan-lahan Zarra senyum sebelum mendekati Arya , Arya agak pelik melihat senyuman Zarra itu

" Semua sayang Arya .. jadi jangan fikir yang bukan-bukan " itu sahaja yang Zarra cakap sebelum dia menggosok perlahan kepala Arya dan berjalan naik ke atas ke biliknya

Semua tidak berkata apa-apa melihat tindakan Zarra , kenapa dia cakap begitu kepada Arya ?

Ariel berlalu meninggalkan Arya sebelum naik ke biliknya , mahu melihat Zarra

Arzie dan Maria kaku melihat Arya yang tiba-tiba menitiskan air mata itu , Arzie mendekati kakaknya sebelum mengesat air mata gadis itu

" Tak payahlah nangis .. aku walaupun kadang-kadang tak suka perangai kau , tapi orang sayang kau lah " kata Arzie dengan senyum nipisnya

Arya lagu rasa tersentuh mendengar kata adiknya , tanpa di duga Arzie memeluk dirinya . Arya diam .. dia .. tak pernah rasa begini

The Chosen OneWhere stories live. Discover now