Bab 23

358 21 0
                                    

Zarra mengikat rambutnya dengan kemas sebelum anak tudung dipakai , malam ni dia dan Ariel akan pergi ke rumah Maria untuk makan malam bersama macam yang Ariel beritahu dia semalam , walaupun Ariel seperti tidak rela mahu pergi namun kerana isteri tercinta mahu pergi dia ikutkan sahaja

Tudung bawal satin bewarna putihnya diambil sebelum diletakkan dikepala , pin di atas meja dicapai dan apabila rasa awning tudungnya sudah ' on point ' bahagian bawah tudung itu di pin kan , awning dikemaskan lagi

" Sayang ? Are you done ? " Ariel yang sedang memakai jam tangan itu melihat Zarra dihadapan meja solek itu

" Sekejap , nak pakai tudung " Zarra masih lagi membetulkan awning tudungnya agar muka tidak nampak terlalu membulatkan

Ariel menyembur sedikit minyak wangi dileher dan baju nya sebelum rambutnya dikemaskan , dan dia melihat Zarra pula yan masih belum siap itu

Ariel hanya memakai seluar jeans hitam bersama tshirt putih berlengan panjang sahaja dan lengan bajunya ditarik sehingga siku

Zarra juga memakai seluar jeans hitam dipadankan dengan baju kemeja oversize yang bewarna putih disamakan warna dengan tudung bawal satin nya

" Lambat lah sayang ni , meh sini " kepala Zarra ditoleh ke arahnya sebelum tudung Zarra dikemaskan

Bahagian kiri tudung itu dialih kebelakang sebelum bahagian tudung belah kanan di bawa ke bahagian kiri bahu Zarra dan di pin , bahagian kiri yang dibelakang itu ditarik sebelum dilitkan ke atas kepala Zarra sebelum di pin juga , dan Ariel mengemaskan sedikit tudung milik Zarra

" Ha , kan dah cantik isteri abang ni " wajah Zarra di pegangnya

Zarra tersenyum malu sebelum dia melihat penampilannya di cermin , kemas sungguh tudungnya yang dibuat oleh Ariel tadi

" Nah pakai perfume sikit " Ariel membuka penutup minyak wangi Zarra sebelum dia menyemburkan sedikit di bahagian tudung Zarra , dan di bahagian pergelangan tangan Zarra

" Dah siap , jom "

.

Apabila sudah sampai di hadapan rumah Maria itu mereka keluar daripada kereta dan Zarra berjalan disebelah Ariel , Ariel terus memegang tangan Zarra dan dipimpin hingga ke hadapan pintu

" Assalammualaikum mama " Zarra salam tangan Puan Maria sebelum berlaga pipi

Puan Maria senyum melihat anaknya dan menantu nya itu

" Waalaikummussalam, jom lah masuk , semua tunggu kamu berdua " Puan Maria memegang tangan Zarra dan Zarra melepaskan tangannya daripada Ariel

Dimeja makan itu terlihat Maya yang duduk disebelah Arya dan mata Maya tidak henti memandang Ariel yang sedang berjalan ke meja makan itu

" Papa " Zarra salam pula tangan Malik , Malik tersenyum dengan kesopannan menantunya , Ariel turut menyalam tangan

Zarra duduk disebelah Ariel , Zarra berhadapan dengan Arya dan Maya duduk berhadapan dengan Ariel

Ariel sudah masam muka , asal lah aku kena duduk depan perempuan ni

Ariel menggerakkan kerusinya rapat sikit kesebelah Zarra , Maya dan Arya yang melihat sudah panas hati

Lauk yang berada dihadapan meja itu dipandang dengan pandangan berselera , macam-macam yang Puan Maria masak untuk mereka

" Jemputlah makan semua " kata Puan Maria

Maya terlebih dahulu berdiri sebelum nasi dicedok sedikit kedalam pinggan dan diberi kepada Arya disebelahnya , dan satu lagi pinggan diambil sebelum dicedok lagi nasi kedalam pinggan itu sebelum dengan senyuman manis dia hulurkan pinggan itu ke arah Ariel

Ariel tidak memandang langsung Maya yang menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi itu

" Abang , kan kak Maya bagi tu , ambillah " kata Arya , penat-penat orang tu hulur dia pandang pun tidak

" Sayang , abang nak nasi " tangan Zarra disebelahnya dipegang , Zarra menoleh memandang Ariel sebelum dia mengangguk sedikit

Maya sudah masam muka , pinggan yang berisi nasi untuk Ariel itu diletakkan di hadapannya , terus dia duduk semula

Maria dan Maluk hanya sembunyi senyum melihat Ariel yang bertindak sebegitu , mereka pun tidak berapa berkenan dengan Maya namun kerana Arya yang mengajak Maya ke sini jadi layankan je la tetamu mereka

" Cukup ? " Ariel mengangguk sedikit , lauk Ariel ambil sendiri

Ariel mengambil pinggan Zarra sebelum dia pula yang mencedok nasi ke pinggan Zarra , lauk juga diletakkan sekali , macam mana dia tahu Zarra mahu lauk ayam masak merah ni ? Sebab dia tahu apa yang Zarra suka

Pinggan itu di letakkan di hadapan Zarra dan dia duduk semula

Semua mula menjamah makanan masing-masing

Maya mula mengambil kesempatan , kakinya digeselkan ke betis Ariel yang berada dihadapannya , Ariel yang terasa ada sesuatu bergesel dikaki nya melihat dibawah meja sebelum kaki Maya disepak sedikit dibawah meja itu , jahat ? Aku memang jahat

" Aduh " Maya pantas menarik semula kakinya , tidak sangka Ariel akan bertindak begitu

Ariel menjeling tajam Maya di hadapannya , rosak mood aku !

The Chosen OneWhere stories live. Discover now