Bab 52

479 23 0
                                    

Ariel sudah agak serabut kerana sebelah tangannya melihat telefon yang menunjukkan cara-cara masak chicken chop itu dan sebelah tangan lagi sibuk menggerakkan ayam yang sedang di masak itu

Demi isteri

Zarra melihat Ariel yang sedang memasak itu dari belakang . Nak gelak dia rasa melihat suaminya yang terkial-kial mahu memasak apa yang dia minta itu . Dengan memakai apron corak kucing itu , dengan bersinglet putihnya , teserlah otot-otot di lengan Ariel

" Auch ! " Zarra laju ke arah Ariel apabila mendengar Ariel mengadu sakit tiba-tiba

" Kenapa abang ? " tanya Zarra dengan nada cemas

" Tak ada apalah .. minyak terpecik " kata Ariel sebelum dia mengangkat ayam yang sudah masak itu diletak ke dalam pinggan

" Abang ni risau Zarra .. " adu Zarra perlahan

" Tak ada apalah sayang .. benda kecik je " kata Ariel sebelum mencuit hidung Zarra yang memandangnya itu

" Dah siap ke ? " tanya Zarra , matanya melihat ayam di dalam pinggan itu . Sedapnya !

" Sabar bagi abang buat sos black paper dia dulu eh " kata Ariel sebelum tangannya laju bergerak mengambil barang untuk membuat sos black paper pula

" Pergi duduk depan sayang " arah Ariel , Zarra mengangguk sahaja sebelum dia keluar daripada dapur itu dan bergerak ke ruang tamu

Menunggu suaminya habis masak

.

Zarra melihat chicken chop di dalam pinggan di hadapannya , penat lelah suaminya masak untuk dia walaupun tak reti awal-awal tadi .

" Makan lah " Ariel duduk di sebelah Zarra sebelum menongkat dagu memandang isteri disebelahnya

" Abang tak makan ? "

" Nak tengok sayang makan dulu " balas Ariel

Zarra senyum nipis sebelum garpu dan pisau untuk memotong ayamnya itu dicapai sebelum dia mula memotong sedikit ayam itu sebelum dimasukkan kedalam mulutnya dan dikunyah perlahan

Ariel berdebar menunggu apa yang isteri dia mahu kata tentang masakan dia , ugh takut !

" Tak sedap ke sayang ? " Ariel mula risau apabila melihat Zarra yang masih mengunyah itu

Zarra memandang Ariel dengan pandangan tajamnya

Ariel sudah menelan air liur sendiri , alamak .. macam tak sedap ni .

Terlepas tawa halus Zarra sebelum memegang lengan suaminya

" Sedap lah ! Pandai abang masak " Zarra senyum lebar sebelum memotong lagi sedikit isi ayam itu dan disua ke mulut Ariel

Ariel membuka mulut sebelum memakannya dan dikunyah perlahan . Betullah sedap

" Sayang ni buat abang risau je " kata Ariel dan Zarra ketawa kecil lagi

Ariel muka menjamah juga makanannya , sesekali dia melihat Zarra yang berselera makan disebelahnya , berselera sungguh isteri dia makan membuatkan dia gembira

.

Zarra keluar daripada bilik air sebelum matanya melilau mencari kelibat si suamin , tiada di dalam bilik ?

Zarra keluar daripada biliknya sebelum berjalan ke bilik hujung sekali , dia sendiri jarang masuk ke dalam bilik itu kerana seperti tiada apa dan dia pun tidak pernah lihat apa yang ada di dalam bilik itu

Langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik itu apabila terdengar suara merdu Ariel bernyanyi seraya bunyi alunan piano dari dalam bilik itu

Cause all of me ..
Loves .. all of you
Love you curves and all your edges ..
All your perfect imperfections ..
Give your all to me ..
I give my all to you ..

Zarra membuka sedikit pintu bilik itu sebelum dia masukkan kepalanya sedikit melihat didalam .. Ariel yang sedang duduk dikerusi hadapan piano itu dan tangannya bergerak di piano itu mengalunkan alunan piano yang sangat indah sambil bernyanyi

Cause I give you all.. of me
And you give me all .. of you

Serentak itu mata Ariel berlaga dengan anak mata Zarra yang sedang merenung dirinya itu . Ariel senyum manis sebelum menggamit Zarra agar datang ke arahnya

Zarra perlahan-lahan berjalan sebelum duduk di sebelah Ariel

" Sedapnya suara abang .. " puji Zarra

" I know .. and I sing it for you " kata Ariel perlahan dengan nada romantisnya

Zarra gelak halus sebelum dia memandang piano di hadapannya itu

" Nak abang main lagi boleh ? " pinta Zarra lagi

Ariel tidak banyak bunyi , jari jemarinya sudah bersedia di atas papan piano itu sebelum jarinya mula menari di atas piano itu dan alunan piano yang merdu itu mula kedengaran di telinga Zarra

The Chosen OneWhere stories live. Discover now