Bab 29

343 20 0
                                    

Pasrah sahaja muka Ariel apabila Nek Mah setuju juga untuk Wani tinggal bersamanya selama tiga hari .. itu pun kerana mak Wani yang datang sendiri memujuk Nek Mah , jadi Nek Mah tiada pilihan selain terpaksa setuju

Wani dari tadi tersenyum tidak henti , suka dia apabila dapat juga tinggal disini walaupun hanya tiga hari , dia tidak akan melepaskan peluang untuk rapat bersama Ariel

" Sayang .. jom keluar nak ? " Ariel menegur Zarra yang sedang duduk diluar itu

" Pergi mana ? " tanya Zarra

" Ronda-ronda je , nak ? "

" Mestilah nak " Zarra laju berdiri sebelum mengikut langkah Ariel

Motor dihadapannya dilihat , erk , laki aku nak bawak motor ni ke ?

" Erk kita naik motor ni eh ? " tanya Zarra ragu-ragu

" Yelah , kenapa ? Ingat abang tak reti bawak ke ? " tanya Ariel semula

Zarra hanya tersengih

Ariel baik dulu sebelum engin motor dihidupkan dan baru sahaja Zarra mahu naik sama suara Wani menghentikan mereka

" Eh , korang nak pergi mana ? " tanya Wani dengan langkah laju mendekati mereka

" Keluar " sepatah Ariel membalas

" Nak ikut ! " Wani sudah teruja

" Kitorang naik motor lah Wani .. " kat Zarra

" Dah tu ? Naiklah kereta bawak aku , apa susah " senang-senag sahaja Wani mengarah

" Zarra , naik cepat " kata Ariel

Wani sudah memandang Ariel , apa mamat ni memang taknak pandang aku ke ?

" Alah Ariel .. saya nak ikut , bawaklah saya jugak .. saya bosanlah " Wani mendekati Ariel pula dengan wajah sedihnya

Malangnya Ariel sedikit pun tidak pndang ke arahnya

Zarra terus naik dibelakang tempat duduk motor itu sebelum dia memegang erat baju Ariel

Ariel laju memulas pemegang motor itu sebelum motor itu laju keluar dari kawasan rumah Nek Mah itu

Wani ternganga , macamtu je dia tinggalkan aku ? Tak guna !

.

Elok sahaja mereka sampai dirumah semula apabila sudah jenuh meronda kampung tadi

" Awak .. " belum sempat bernafas lagi Wani sudah muncul didepan pintu

Ariel memandang pelik Wani yang seperti kelihatan tidak bermaya dan tangan Wani dikepalanya sendiri sambil memicit perlahan kepalanya

" Kenapa Wani ? " Zarra bertanya

" Awak saya pening lah .. boleh awak bawak saya pergi klinik ? " Wani tidak memandang Zarra malah hanya memandang Ariel

Ariel menjeling menyampah sebelum dia terus berjalan tanpa menghiraukan Wani , Wani yang geram tiba-tiba sahaja memegang lengan Ariel

" Jangan sentuh aku lah ! " kuat suara Ariel seraya dia merentap lengannya dari Wani

Wani dan Zarra dua-dua terkejut , Zarra melohat Ariel yang memandang tajam ke arah Wani itu

Ariel terus laju masuk kedalam biliknya semula sebelum menutup pintu dengan kuat

Wani memandang tajam Zarra dihadapannya

" Eh perempuan , macam mana kau boleh kahwin dengan dia ? " tanya Wani kasar

Zarra hanya diam , apa ? Dah jodoh kan

" Ke .. kau dah mengandungkan anak orang lain lepastu kau suruh- "

Pang !

Diam

Wani sendiri terdiam apabila Zarra menampar pipinya , naik turun nafas Zarra , apa yang Wani tak puas hati sangat sampai tuduhnya begitu

" Jangan nak melampau Wani " tegas nada suara Zarra sebelum dia mahu masuk kedalam bilik namun Wani menghalang

" Kau tampar aku ?! Tak guna ! "

Wani menolak kasar badan Zarra , Zarra tidak sempat mengimbangkan badan dan dia terlanggar pasu dibelakangnya sebelum pasu di atas meja itu jatuh kebawah dan pecah

Prangg !!

Zarra terus menutup telinganya sebelum dia terduduk melutut

Prangg !!

" Abah ! " Zarra terkejut melihat Zahri yang menyelerakkan semua pinggan di atas singki itu

" Ugh ni semua salah kau ! Kau memang tak guna lah ! " Zahri mengambil pinggan di atas singki itu sebelum dibaling ke arah Zarra

Zarra tidak sempat mengelak namun dia terus terduduk kebawah dan menutup kepalanya , pinggan yang pecah diatas kepalanya yang dibaling oleh Zahri itu jatuh laju ke atas kepalanya

Sungguh sakit .. dengan serpihan kaca yang turut terkena tangannya sehingga berdarah

" Zarra ! "

" Sayang ! "

The Chosen OneWhere stories live. Discover now