Bab 32

355 23 0
                                    

" Abang mari makan " Zarra memegang lengan Ariel yang sedang duduk disofa itu

" Sayang masak apa ? " tanya Ariel

" Nasi goreng je "

Ariel terus berdiri sebelum tangan Zarra dipegangnya dan mereka berjalan seiringan ke meja makan , Wani yang melihat terus mengalihkan pandangannya , menyampah

Ariel menarik kerusi disebelahnya menyuruh agar Zarra duduk disitu , Zarra hanya patuh , Ariel duduk di kerusi di sebelah Zarra

Zarra mengambil pinggan Ariel sebelum nasi goreng di dalam mangkuk itu diletakkan ke dalam pinggan Ariel dan diberikan kepada Ariel semula

Mereka semua hanya diam menjamah makanan masing-masing , mungkin sudah lapar waktu itu

" Sayang .. " panggil Ariel dengan nada berbisik kepada Zarra disebelahnya

Zarra mendekatkan sedikit kepalanya ke arah Ariel , Ariel terus mendekatkan muka ke telinga Zarra

" Kita pergi sungai sekejap lagi nak ? " tanya Ariel , laju Zarra mengangguk tidak dapat sembunyi lagi rasa teruja nya memandangkan sudah lama dia tidak ke sana

" Amboi .. berbisik-bisik , makan dulu " Nek Mah menegur , mereka berdua hanya tersenyum sebelum sambung makan semula

Wani dihadapan mereka sudah tidak puas hati , apa yang diorang bisik-bisik ni ?

.

" Abang jom ! " dengan teruja Zarra menarik tangan Ariel yang sedang membetulkan rambut itu , terus berserabai sedikit rambut Ariel jadinya

" Sayang , habis dah rambut abang " rungut Ariel , rambutnya dikemaskan semula

" Biarlah serabai macam tadi , hensem " terus tangan Zarra naik serabaikan semula rambut Ariel , dia suka melihat lelaki itu dengan rambut begini

" Yelah " pasrah sahaja suara Ariel

Mereka berdua keluar daripada bilik sebelum Ariel mengambil kunci keretanya

" Nenek , Zarra dengan Ariel nak keluar , nenek nak ikut tak ? " tanya Zarra , tangan Nek Mah disalam

" Takpelah pergilah , nenek nak duduk rumah " kata Nek Mah , badan dia terasa penat sedikit hari ni

" Oklah .. kitorang pergi dulu " Ariel juga salam tangan Nek Mah sebelum mereka berdua keluar dari rumah itu

" Korang nak pergi mana ? " Wani yang muncul tiba-tiba dibelakang mereka dipandang

" Keluar " kata Zarra sepatah

" Nak ikut ! Nek Mah , Wani nak ikut diorang ! " tanpa dipelawa Wani mencelah ditengah-tengah mereka dan dia berdiri dihadapan mereka

Ariel merengus , menyampah betulla aku

" Wani ikut jugak tau " Wani berlari dahulu ke arah kereta Ariel dan bersedia di pintu belah penumpang

" Sayangggg " meleret suara Ariel sambil dia menggoyangkan lengan Zarra

" Macam mana ? Zarra pun tak tahu nak buat apa , kang nenek cakap apa pulak " Zarra pun tidak selesa dengan Wani namun dia tidak tahu nak halau macam mana , Wani nampak begitu bersungguh

" Cepatlah ! " jerit Wani

Dan pada waktu itu juga satu kereta hitam masuk kedalam kawasan rumah Nek Mah , keluarlah ibu Wani yang baru balik dari khusus itu

Wani sudah gelisah , dia mahu mengikut mereka , ish kenapa ibunya balik cepat sangat !

" Eh Suri , kau dah balik harini ? " Nek Mah yang baru melihat Suri itu menegurnya

" Haah , aku nak bawa anak aku balik " Suri menarik lengan Wani

" Alah ibu , Wani nak ikut diorang pergi sungai .. " kata Wani

" Nanti-nanti lah pergi , kamu nak pergi dengan budak tu ke ? " jarinya menunjuk ke arah Zarra

Zarra mengalihkan pandangannya , selalu dah kena macam ni

" Taknak terjebak dengan dia kan ? Jadi balik " kata Suri lagi

" Wani bukan nak ikut dia , Wani nak ikut Ariel tu " Wani menunjuk pula ke arah Ariel yang berdiri sebelah Zarra itu

" Siapa lelaki tu ? " tanya Suri kepada Nek Mah yang berada di tangga itu

" Suami Zarra " kata Nek Mah

" Suami ? Wah kahwin senyap-senyap , tah tah ada isi " lancang sungguh mulut Suri berkata , tidak peliklah kenapa Wani turut jadi begitu

" Kamu Ariel , tahu tak sejarah dengan perempuan yang kamu kahwin tu ? Ke dia jadikan kamu orang tenga- "

" Makcik , saya hormat makcik , tapi jangan sesekali hina isteri saya , Zarra isteri saya dan saya terima dia seadanya , kalau makcik nak dengki , tolong pergi jauh-jauh ya " Ariel terus menarik tangan Zarra agar mengikutnya

Ariel membuka pintu kereta belah penumpang itu sebelum Zarra ditolak lembut agar masuk kedalam kereta itu , Ariel terus berjalan ke belah kereta pemandu baru sahaja dia mahu masuk kedalam kereta suara Wani menghentikan dirinya

" Ariel , saya nak ikut " kata Wani namun dia masih berdiri di sebelah Suri , berharap agar Ariel ajak dirinya seperti ' jom lah '

Ariel hanya menjeling gadis itu , dan itu membuatkan Suri naik angin

" Hey bawak jelah anak makcik ni , kamu nak jeling-jeling dia pulak kenapa ? Nak jaga sangat hati isteri kamu tu " kata Suri

" Biarlah , isteri saya kan ? Habistu takkan nak jaga hati anak makcik tu pulak . Buang masa " kata Ariel sebelum dia terus masuk kedalam keretanya , malas mahu melayan

Suri sudah memerah muka menahan marah , kenapa jejaka itu kelihatan sombong , macam tu pun anak dia boleh minat ?

The Chosen OneWhere stories live. Discover now