Bab 13

416 26 0
                                    

" Mama , papa , kitorang balik dulu " Zarra menyalam kedua tangan Maria dan Malik

Mereka tersenyum melihat menantu mereka

" Yalah , baik-baik , jaga diri ya  " Maria mengingatkan lagi

Zarra senyum sebelum mengangguk lagi , sudah berapa kali Maria berpesan kepadanya

" Eh , kau ni pergi mana bang ? " Arya yang baru turun kebawah pelik melihat Zarra dan Ariel yang sudah berada di depan pintu itu dengan bag nya

" Balik rumah aku " balas Ariel tanpa memandang Arya

" Huh ? Eh kau ni duduk lah sini dulu , Kak Maya tu kan tetamu , ada lagi dekat sini , balik esok jelah " Kata Arya , dia seperti mahu menghalang mereka namun mereka tidak kisah

" Habis ? Masalah aku ke perempuan tu ada sini " balas Ariel semula

Arya mahu membalas namun Malik menghentikan percakapan anak perempuannya

" Sudah Arya , biarlah abang kamu nak balik rumah dia , dia kan dah ada isteri " Arya terus menayangkan wajah menyampahnya

" Dah kami pergi dulu "

Zarra masuk kedalam kereta belah penumpang , Ariel turut masuk kedalam kereta belah pemandu , Zarra memakai tali pinggang keledarnya

Dan kereta mereka pun mula bergerak meninggalkan kawasan rumah itu , sempat mereka melambai ke arah Malik dan Maria

.

Sepanjang didalam kereta mereka hanya mendiamkan diri , Ariel fokus memandu , Zarra hanya duduk disebelahnya tidak bersuara

" Awak .. " Ariel memandang Zarra sekilas sebelum memandang kehadapan semula , awak ?

" Awak saya panggil ni " Ariel masih berdiam

" Awakk " lengan Ariel dipegang namun Ariel masih mendiamkan diri

Zarra berfikir , kenapa Ariel masih berdiam , tiba-tiba Zarra terfikir sesuatu

" Abang .. "

" Ya sayang ? Kenapa ? Nak apa ? " laju sahaja Ariel menjawab , Zarra terus menjeling Ariel , lah nak kena panggil abang dulu ?

" Mengada lah awak , saya nak tanya ni "

" No ' awak ' sayang " tegur Ariel , Zarra mengemam bibirnya , aduhai

" Saya nak tanya abang ni " dengan nada pasrah Zarra berkata , Ariel tersenyum , suka dia mendengar panggilan abang itu keluar dari bibir isterinya

" Nak tanya apa sayang ? "

" Abang memang betul-betul kahwin dengan saya sebab .. cintakan saya ? Bukan sebab abang gunakan saya ? " soal Zarra lagi

" Sayang masih ragu-ragu dengan abang ke ? " Zarra terdiam , mahu menggeleng ada mahu angguk pun ada

" Sayang .. abang bukan dah bagitahu ke ? Abang tak pernah gunakan Zarra , sumpah abang kahwin dengan Zarra sebab memang abang nak Zarra jadi isteri abang , bukan sebab nak gunakan Zarra " tangan Zarra dipegangnya , Ariel hanya memandu menggunakan sebelah tangan sahaja , manakala tangan kirinya memegang tangan Zarra

" Abang .. boleh terima saya ke? " tanya Zarra 

" Kenapa pulak abang tak boleh terima Zarra ? " tanya Ariel semula

" Zarra .. Zarra dari keluarga yang .. tak berapa nak sempurna macam keluarga abang .. boleh ke abang terima Zarra ? "

" Sayang .. you're perfect " senyuman manis ditayang kepada Zarra

Dapat Zarra rasa wajahnya sudah membahang sekarang , namun dikawalnya

" Dahlah , taknaklah cakap benda sama , sayang ni " pipi Zarra dicubit geram , tak habis-habis tanya benda sama

" Ok-ok tak tanya dah " Zarra mengalah , tangan Ariel yang mencubit pipinya diturunkan

Ariel hanya tergelak kecil , comelnya isteri dia

The Chosen OneWhere stories live. Discover now