Bab 8

437 24 2
                                    

Zarra mencelikkan matanya , cahaya matahari yang menembusi matanya dihalang menggunakan tangannya , perlahan-lahan dia bangun sebelum duduk , matanya memamdang ke arah kereta BMW dihadapannya

Lelaki didalam kereta yang sedang nyenyak tidur itu dilihat , macam kenal

Ariel ?

Apa lelaki itu buat disini ? Sampai tidur dalam kereta

Zarra perlahan-lahan berdiri sebelum dia melangkah ke kereta itu , tingkap kereta di belah penumpang itu diketuk

Ariel terus terjaga sebelum dia memandang Zarra yng sedang berdiri diluar itu , jaket ditubugnta diletakkan ketepi , terus dia keluar daripada kereta itu

" Kenapa awak ada dekat sini ? Kenapa tak balik rumah ? " tanya Zarra sebaik sahaja Ariel berdiri dihadapannya

" Kau kenapa lari ? " masih kedengaran serak-serak suara Ariel , mungkin kerana baru bangun tidur

Zarra terdiam , dia hanya memandang Ariel tanpa menjawab apa-apa , dia memegang erat baju ditubuhnya yang masih terasa lembab itu

Hachumm !

Zarra menekup hidungnya , sekali lagi dia bersin disitu , dia masih menekup hidungnya

" Ha kan dah selsema , lari dari rumah lagi , dengan baju basahnya , dahlah lari waktu nak hujan , masuk kereta cepat " pintu belah penumpang dibuka , namun Zarra masih berdiri tidak bergerak

" Masuklah .. kenapa ? Taknak balik rumah ? " tanya Ariel

" Sa-saya dah banyak menyusahkan keluarga awak .. " kata Zarra perlahan

" Takdelah , kau tak menyusahkan keluarga aku pun .. kau menyusahkan aku je " gurau Ariel dihujung ayatnya

Terus membuatkan Zarra kelihatan resah

" Saya menyusahkan awak ke ? Saya minta maaf , saya memang menyusahkan .. saya- " terhenti percakapan Zarra apabila Ariel gelak tiba-tiba

" Aku main-main jelah , takde , kau tak menyusahkan siapa-siapa pun .. dah cepatlah masuk " Ariel masih tersenyum nipis

Penat menunggu Zarra yang masih berdiri itu terus lengan baju Zarra ditarik paksa sebelum dia menolak-nolak badan Zarra untuk masuk kedalam dengan satu jarinya sahaja

" Masuk , masuk " jari tunjuknya ditolak berkali-kali ke bahu Zarra menyuruh gadis itu masuk kedalam kereta itu

Dengan paksa Zarra masuk kedalam , seat penumpang yang basah kerana seluar dan baju Zarra itu Ariel tidak kisah , Ariel terus menutup pintu itu sebelum dia pula masuk kedalam kereta , kereta dipandu pulang ke rumah keluarganya

.

Sepanjang perjalanan pulang kerumah , Zarra tidak berhenti dari bersin , nampak seperti selsemanya agak teruk , Ariel disebelahnya mula rasa risau

" Kau ni macam teruk je .. kita pergi klinik dulu lah " laju Zarra menggeleng

" Kenapa taknak ? " tanya Ariel hairan

" Nanti menyusahkan awak .. " kata Zarra

Ariel tergelak kecil , aih comel betul

Eh ? Apa aku cakap tadi ?

" Takde Zarra , kau tak pernah menyusahkan aku , sekarang kita pergi klinik " Zarra hanya berdiam

Tisu didalam poket seluarnya dikeluarkan sebelum dihulur kepada Zarra , Zarra terus mengambil tisu itu sebelum mengesat hingusnya , penat dia menekup tangannya dihidungnya dari tadi , malu lah kalau Ariel nampak wajah tak semenggah dia ni

" Nanti nak bayar macam mana ? Saya takde duit "

" Duit aku lah , comel betul kau ni ". suara Ariel perlahan di hujung ayatnya

Zarra mengerut dahi apabila tidak mendengar jelas huhung ayat Ariel itu

" Apa benda awak cakap tadi ? " tanya Zarra dengan wajah merah-merahnya , hidungnya merah-merah sudah

" Nothing "

Selepas sudah pergi ke klinik , mereka terus pulang ke rumah

" Jangan keluar dulu " arah Ariel , Zarra hanya menuruti

Ariel keluar terlebih dahulu , tangannya masih memegang ubat yang Doctor beri kepada Zarra tadi , jaket di bahunya masih kekal disitu sebelum dia ke bahagian penumpang itu sebelum membuka pintu keretanya

Zarra terkebil-kebil sebelum dia keluar juga daripada kereta Ariel itu

" Saya boleh buka pintu sendiri lah "

" Biarlah aku nak tolong "

Jaket di bahunya di pegang sebelum meletakkan jaket itu ke badan Zarra bagi melindungi tubuh Zarra yang agak terdedah itu

Mereka berdua berjalan secara bersebelahan , apabila masuk sahaja kedalam rumah , mereka berdua terdiam melihat semua yang berada di ruang tamu itu , namun Ariel lebih terkejut dengan kedatangan ..

Maya

The Chosen OneWhere stories live. Discover now