Bab 26

369 20 0
                                    

" Makan lah Ariel , jangan malu-malu , nenek masak untuk kamu ni " kata Nek Mah , susah-payah dia dan Zarra masak di dapur tadi

Ariel mengangguk sahaja , lauk dihadapannya dilihat .. apa aku nak makan ni

" Kenapa awak tak makan ? " tanya Zarra , pelik pula dia lihat Ariel yang hanya merenung lauk-lauk dihadapannya

" A-abang tak tahu nak ambik apa " jujur Ariel , ayam apa ni warna kuning ni ?

Tergelak kecil Zarra dibuatnya

" Ni nama dia ayam masak lemak , sedap tau , abang try lah " pinggan Ariel yang sudah berisi nasi itu diambil sebelum dua ketul ayam masak lemak diletak kedalam pinggan Ariel dan diletakkan kepada Ariel semula

Ariel menelan air liur nya , dia sebenarnya tidak terlalu biasa dengan masakkan kampung , tak kena dengan tekak .. tapi kerana Nek Mah dan Zarra sudah masak untuk dia , dia mahu makan juga

Perlahan-lahan dia mencubit sedikit isi ayam itu sebelum diambil sedikit dengan nasi sebelum dimasukkan kedalam mulutnya dan dikunyah perlahan

Hmmm not bad

Zarra sesekali melihat Ariel disebelahnya yang mula-mula seperti tidak mahu telan makanan itu namun lama-lama makin laju Ariel menyuap nasi kedalam mulutnya , dia tersenyum , comel

" Sedap tak Ariel ? " tanya Nek Mah

" Sedap nek , first time Ariel makan " kata Ariel , tangan masih menyuap nasi kedalam mulut

Nek Mah dan Zarra tersenyum dalam diam , begini lah nak mengajar orang bandaq makan makanan kampung

.

Ariel duduk mengambil udara segar di luar rumah Nek Mah , permandangan disitu sungguh cantik , dengn berbentangkan sawah padi yang masih hijau-hijau tidak jauh di rumah Nek Mah , sungguh tenang

" Abang .. " Zarra melabuhkan punggung disebelah Ariel

" Sayang " Ariel turut memeluk pinggang Zarra disebelahnya sebelum kepalanya diletakkan atas bahu Zarra dan mereka bersama memandang sawah padi itu

" Best jugak kampung sayang ni .. boleh lah kita datang lagi nanti " kata Ariel

" Mestilah boleh , Zarra pun suka datang kampung ni tapi .. "

" Tapi ? Kenapa sayang ? " Ariel menegakkn tubuhnya semula sebelum dia memandabg Zarra disebelahnya

" Orang kampung kebanyakkan .. tak suka saya sebab .. yah , mak ayah saya bukannya orang yang baik-baik macam mereka " Zarra tersenyum nipis

Sakit juga dia mengingat bagaimana semua orang kampung pandang rendah terhadapnya .. maki hina dirinya kerana dia seorang anak penagih dadah dan anak kepada kaki mabuk

Namun dia tidak kisah semua itu .. ibu bapanya menjaga dia dengan baik , mungkin ayahnya menjadi begitu kerana terdesak dengan duit

" Sayang abang kan kuat .. janganlah sedih " kepala Zarra dipegang sebelum diusap lembut

Zarra senyum nipis

" Diorang taktahu .. walaupun ibu dengan abah macam tu .. diorang tak pernah bagi saya sentuh benda-benda macamtu .. mungkin sebab .. mereka taknak saya jadi macam diorang " kata Zarra

Ariel setia mendengar apa yang Zarra luahkan , dia mahu menjadi pendengar kepada semua masalah isterinya

" Sebab tu saya tak ada kawan .. sebab setiap kali ada budak-budak yang nak kawan dengan saya ibu bapa diorang mesti cakap jangan kawan dengan saya sebab saya ni anak dari keluarga yang tak baik " tergelak kecil dia apabila teringatkan kejadian itu semula

" Tapi sayang tahu kan .. abah pernah cuba nak bunuh Zarra " kata Ariel , tiada niat apa pun hanya memberitahu semula

Zarra terdiam .. tipulah dia tidak tahu , ingat lagi macam mana dia gelabah lari dari Encik Zahri waktu itu

" Tahu .. tapi .. saya tak pernah rasa nak benci mereka lagi-lagi ibu .. ibu orang yang paling jaga saya walaupun diorang kata dia penagih , dia memang penagih .. tapi dia tak pernah berkasar dengan saya semua , sebab tu saya sayang diorang " kata Zarra lagi

" Abang faham sayang .. dan sekarang abang pulak nak sayang tahu yang .. " tubuhnya dipusing menghadap Zarra sebelum kedua tangan Zarra dipegang lembut

" Abang .. Ariel Qriss , orang yang akan sentiasa ada dengan Zarra Riena , I'm the one that will always stay by your side , no matter what happen , I wil stay .. " lembut suara Ariel memberitahu kepada Zarra

Zarra tidak mendapat tahan senyuman dia dari terus melebar

" Abang ni pandai aje " kata Zarra yang masih teesenyum itu

Ariel turut tersenyum sebelum dia memeluk bahu Zarra dari tepi , selesa

The Chosen OneWhere stories live. Discover now