Bab 38

370 20 0
                                    

Ariel membelek kertas-kertas kerja yang perlu di-sign olehnya , banyak juga yang perlu ditanda , Ariel mengeluh kecil sebelum tangannya naik memicit kepala sendiri yang terasa pening , telefonnya yang berbunyi itu dicapai sebelum dilihat nama yang tertera di skrin telefonnya

sayang ariel <3

Terus bibirnya mengoyak senyuman sebelum dia mengangkat panggilan telefon itu

" Assalammualaikum sayang abang " Ariel menyapa dahulu , terdengar Zarra yang tergelak kecil didalam talian

" Waalaikummussalam, abang .. Zarra nak keluar sekejap boleh ? " tanya Zarra

" Nak pergi mana ? "

" Pergi beli barang dapur kejap " kata Zarra

" Hmmm " Ariel berbuat-buat berfikir dahulu sama ada mahu membenarkan atau tidak

" Alaa bolehlah abang , kejap je " kata Zarra lagi

" Pergilah , jangan balik lambat , ada apa-apa call abang " pesan Ariel

" Baik , terima kasih abang " Zarra terus tamatkan panggilan mereka

Ariel tercengang , tak sempat aku nak cakap ' i love you ' dia dah letak ? Hmmpph !

Ariel terus menghantar mesej kepada Zarra

Zarra yang baru sahaja menghidupkan engin kereta itu melihat pula ke arah telefonnya yang muncul satu noti , telefon di tempat duduk penumpang itu di ambil sebelum dilihat

Suami Zarra
Hati-hati sayang , love you

Ringkas namun cukup membuatkan hati Zarra berbunga-bunga , mesej itu dibalas

Zarra
Okey abang

Saja dia balas begitu , dia tahu Ariel akan mesej semula

Suami Zarra
Hmmmm :(

Tergelak kecil Zarra dibuatnya , tahu dah apa yang membuatkan Ariel balas begitu

Zarra
Sayang abang jugak ! :D

Telefonnya kembali diletak ke tepi , Zarra mula memandu untuk pergi ke pasar raya yang berdekatan , barang-barang dapur dah habis , nanti macam mana nak masak untuk suami tercinta ? Huhu

.

Zarra mengambil sayur-sayur yang dia mahu kan , apabila dia ke bahagian bahan mentah pula dia melihat ke semuanya , waktu dia berjalan tidak sengaja dia terlanggar seseorang

" Oh maaf " Zarra menunduk sedikit sebelum dia mahu sambung berjalan namun lelaki itu memanggilnya

" Riena ? " Zarra berhenti

Tiada siapa pernah panggil dia begitu melainkan ..

" Riena , ni Fazli ni " lelaki yang bernama Fazli itu senyum ke arahnya

Zarra tidak memandang wajah Fazli , dia hanya tersenyum nipis

" Fazli .. tak sangka pulak Fazli ada dekat sini " kata Zarra perlahan

" Saya nak beli barang .. Riena sihat ? " tanya Fazli , tidak lepas dia memandang wajah Zarra

" Sihat " balas Zarra sepatah

" Saya rindu awak- "

" Cukup Fazli , saya dah tak ada kena mengena dengan awak " Zarra berkata tegas sebelum dia memandang tajam ke arah Fazli

" Riena please .. awak pun tahu saya sayan- "

" Boleh bawak jauh-jauh lah sayang awak tu ! Dah tak ada makna " Zarra terus berpaling sebelum berjalan melepasi Fazli namun Fazli tiba-tiba memegang lengannya

" Lepaslah ! Jangan sentuh saya ! " Zarra menarik kasar lengannya

" Riena , saya betul-betul minta maaf " kata Fazli

" Ok saya maafkan awak , dah puas ? " Zarra terus berjalan semula namun Fazli memegang lagi lengannya

Pang !

Terdiam Fazli apabila Zarra menampar pipinya , Zarra memandang tajam wajah Fazli

" Saya kata jangan sentuh kan ?! Tak faham bahasa ! " Zarra berkata kuat

" Saya dah kahwin ! Saya dah ada suami jadi tolong , jangan ganggu saya " Zarra berjalan laju meninggalkan Fazli

Fazli tergamam , dia memandang Zarra yang berjalan jauh darinya sebelum dia mengejar wanita itu , dia berdiri di hadapan Zarra menghentikan langkah wanita itu

" Awak tipu ! Awak tak akan kahwin dengan lelaki lain selain saya ! Awak milik saya ! " kuat Fazli berkata kepada Zarra

" Saya bukan milik awak ! Awak jangan nak pandai-pandai Fazli " lawan Zarra

" Kau milik aku ! Kau tak faham ke ?! " dinding di sebelahnya di tumbuk kuat

Zarra terdiam , ini lah satu perangai Fazli yang dia tidak suka , lelaki ini panas baran ! Dah lah sekarang mereka di tempat awam , ramai sedang memandang ke arah mereka

" Dah Fazli , jangan buat kecoh " Zarra terus berjalan melepasi Fazli namun kalini lagi sekali Fazli memegang lengannya dengan kuat , Zarra cuba menarik lengannya namun tidak boleh

" Apa ni Fazli lepaslah ! " lengannya cuba di tarik lagi namun Fazli makin kiat memegang lengannya

" Aku tak akan lepaskan kau , kau milik aku ! " Fazli melepaskan lengan Zarra dengan kasar sebelum dia berjalan meninggalkan wanita itu

Zarra rasa mahu menangis sahaja , lengannya yang merah-merah itu di lihat , merah sungguh , terus di sorok dengan menurunkan sedikit baju lengan panjangnya , plastik yang terjatuh di lantai diangkat semula sebelum dia keluar laju dari situ dan pergi ke keretanya

Tanpa dia sedar ada seseorang yang sudah memerhatikan semuanya dengan senyuman sinis

The Chosen OneDonde viven las historias. Descúbrelo ahora