Bab 44

372 19 0
                                    

" Fazli ! "

Zarra terus duduk sebelum tudung di sebelahnya diambil dan dipakai semula , auratnya .. sudah di lohat oleh lelaki ini !

" Aih .. janganlah takut .. kenapa nak kena takut dengn aku ? " Fazli senyum sinis sebelum tangannya mahu menyentuh pipi Zarra lagi

Laju Zarra menepis sebelum berdiri dan menjauhi Fazli , Zarra terus pergi ke pintu hadapan sebelum kunci dibuka dan pintu itu di buka luas

" Keluar ! Keluar Fazli ! " kuat Zarra menjerit menghalau Fazli

Malah Fazli hanya gelak mengejek sebelum dia berjalan mendekati Zarra , Zarra mahu berlari ke luar rumah namun Fazli lebih laju berlari ke arah Zarra sebelum menutup pintu itu

Zarra mengundur kebelakang , dia sendiri takut kerana sekarang tiada siapa di rumah , hanya mereka berdua sahaja dan macam-macam sudah bermain di otaknya

" Janganlah takut .. aku nak melawat je " kata Fazli , senyuman di bibirnya tidak pudar langsung

" Ke-keluarlah Fazli , kau nak orang fikir bukan-bukan ke ? Aku isteri orang lah ! " tiada lagi panggilan ' saya , awak ' yang digunakan

" So what ? Kau isteri orang sekali pun aku tetap suka dekat engkau " balas Fazli selamba

" Keluar ! Kau nak apa dari aku ?! " Zarra sudah rasa mahu menangis dia sekarang

" Aku nak kau Riena .. kenapa kau tak faham-faham lagi " Fazli mula bergerak mendekati Zarra dan itu membuatkan Zarra makin gelisah

Tanpa dia perasan belakangnya sofa dan dia terjatuh ke sofa itu , lagi mahu menjerit di apabila Fazli menindih dirinya

" Fazli lepas ! Lepaslah ! " Zarra menolak dada Fazli berkali-kali namun lelaki itu memegang kedua belah tangannya sebelum di tekan ke sofa

" Shhh diam Zarra .. " air mata Zarra sudah mengalir , sungguh dia takut sekarang

" Aku dah lama cari kau .. aku nak kau jadi milik aku semula " pipi Zarra di pegang namun Zarra mengalihkan mukanya

" Jangan mimpi ! " Zarra menendang perut Fazli dan itu membuatkan Fazli berdiri semula

Zarra laju berdiri dan mahu berlari ke luar , itu je dia rasa selamat sekarang !

" Tak guna ! "

Pang !

Zarra jatuh ke lantai semula sebelum memegang pipinya yang baru di tampar oleh Fazli itu

" Kau memang nak kena dengan aku " kasar Fazli menarik tangan Zarra

Zarra terpaksa berdiri akibat Fazli yang menarik kuat tangannya , Fazli menolak semula tubuh Zarra ke sofa sebelum menindih semula wanita itu

" Kau tetap akan jadi milik aku , hari ni ! " tudung Zarra dicabut kasar sebelum dia membenamkan wajahnya ke leher Zarra

" Fazli ! Lepaslah lepas ! Lepaskan aku ! " kuat Zarra meronta-ronta , Fazli memegang kemas tangannya , dapat dia rasa nafas Fazli di lehernya

Zarra menangis dan menjerit seraya meronta-ronta , Fazli masih membenamkan wajahnya ke leher Zarra

" Ya Allah ! Kak Zarra ! " Arzie yang baru masuk ke dalam rumah terus ke arah mereka berdua

" Jahanam punya jantan ! " Arzie menarik kasar rambut Fazli sebelum menarik tubuh lelaki itu

" Ughh ! Bodoh ! " terlepas carutan di bibir Fazli sebelum dia berdiri dari menindih Zarra

Tangan Arzie di rambutnya ditepis kasar sebelum tangannya yang membentuk penumbuk itu melayang ke muka Arzie

Arzie jatuh ke lantai dengan mulutnya yang mengalirkan sedikit darah akibat di tumbuk oleh Fazli tadi

Zarra kelam kabut mencapai tudungnya sebelum di pakai semula , dengan kasar dia menolak tubuh Fazli

" Jangan sentuh dia ! " tengking Zarra

" Ya Allah apa jadi ni ?! " Fazli yang melihat terus kelam-kabut keluar melalui tingkap dan berlari laju keluar daripada rumah itu

Tidak sempat mereka mahu mengejar kerana mereka merapati Arzie dan Zarra terlebih dahulu

" Arzie , Arzie okey tak? " Zarra merapati Arzie yang mengesat bibirnya itu

" Okey lah kak .. sikit je " Arzie senyum nipis , Malik mendekati anak lelakinya sebelum emmbantu Arzie

Zarra turut senyum nipis sebelum berdiri , tiba-tiba sahaja air matanya mengalir mengingatkan .. Fazli yang hampir membuat benda terkutuk kepada dirinya tadi .. lehernya yang .. aghhhh !!

Maria memeluk menantunya itu , Zarra terdiam sebelum air matanya laju mengalir , tubuh Maria dipeluk kemas oleh Zarra dan air matanya laju mengalir

" Ma-mama .. dia .. dia " dengan keadaan masih menangis Zarra ingin bercakap namun Maria memotong

" Shhh tak apa Zarra .. "

The Chosen OneDove le storie prendono vita. Scoprilo ora