Bab 43

355 18 0
                                    

Zarra memotong bawang dengan teliti sebelum dia masukkan minyak ke dalam kuali dan menunggu minyak itu untuk panas , mahu masak nasi goreng sahaja untuk mereka

" Zarra " suara Maria yang menegur dibelakangnya di pandang Zarra

Zarra hanya senyum kepada Maria

" Morning mama " sapa Zarra , Maria membalas sebelum dia berdiri sebelah menantunya

" Susah-susah je Zarra masak , kenapa tak panggil mama ? " tanya Maria

" Tak apalah .. Zarra dah biasa buat semua ni " balasnya sebelum tangannya laju bergerak memasukkan nasi ke dalam kuali itu dan menggaulkan semuanya

Tersenyum Maria melihat Zarra , patutlah anaknya suka sangat dengan wanita ini

" Meh mama tolong letak dekat depan " mangkuk yang di pegang oleh Zarra itu Maria ambil sebelum dia berjalan ke meja makan meletakkan mangkuk berisi nasi goreng itu di situ

Selepas 7 minit Zarra meletakkan pula air milo yang sudah dia bancuh di dapur tadi , pinggan dan sudu juga sudah tersedia

Mana orang gaji ? Entahlah , sudah lama tidak nampak orang gaji itu di rumah Maria , mungkin pulang ke kampung dia ? Zarra sendiri tidak tahu , lagipun dia suka buat kerja sendiri .. tidak bergantung pada orang gaji

" Morning Kak Zarra ! " Arzie yang baru keluar daripada biliknya menyapa Zarra

" Morning Arzie " balas Zarra

Adik Ariel seorang ini akan sentiasa ceria bila dekat dengan dia hahaha , siapa yang kakak pun tak tahu

" Kak Zarra yang masak ke ? Sedapnya bau ! " puji Arzie , lahu dia duduk di kerusi sebelum memandang nasi goreng itu

Zarra tergelak halus sebelum dia mengambil pinggan Arzie dan mencedokkan sedikit nasi goreng ke dalam pinggan Arzie sebelum di letakkan semula di hadapan Arzie , laju dia makan .. tidak pandang dah kiri kanan

" Amboi budak ni , mama , papa pun tak turun lagi dia dah makan dulu " Malik menegur anak bongsunya sebelum menggosok kepala Arzie

Arzie hanya senyum kepada kedua ibu bapanya

" Arya mana ? " tanya Zarra

" Tidur lagi tu .. tak apa kita makan dulu " jawab Maria , Zarra hanya mengangguk , dia mengambil tempat di sebelah Maria

Mereka mula menjamah makanan mereka , sesekali mereka berbual kosong dan memuji masakan Zarra , Zarra hanya senyum kepada mereka , suka dia dengan keluarga Ariel , sungguh baik

.

Zarra hanya duduk di ruang tamu dan melihat ke television di hadapannya , dari tadi dia menukar siaran , tiada cerita yang menarik , jadi dia tengok sahaja lah apa yang ada

" Zarra " Maria menyapa Zarra dari belakang

Zarra menoleh sebelum memandang Maria yang sudah memakai tudung itu

" Mama nak keluar sekejap dengan papa .. Arzie pun ikut , Zarra nak ikut mama tak ? " tanya Maria

Zarra menggeleng kecil

" Tak apalah .. Zarra tunggu dekat rumah , Zarra letih sikit " kata Zarra , sungguh dia berasa letih hari ni , selalunya dia buasa sahaja mengemas rumah harini mungkin terlajak letih

" Tak apalah , nanti apa-apa call mama eh " Zarra mengangguk sebelum menyalam tangan Maria

" Bye kak Zarra " Arzie di belakang Maria bersuara Zarra

" Bye .. jangan nakal-nakal awak tu " pesan Zarra , Arzie gelak kecil , tahu yang kakak iparnya bergurau

Zarra mengunci pintu sebelum dia duduk semula di sofa , Arya sudah keluar , seperti biasalah gadis itu sentiasa dingin dengannya , daripada duduk Zarra barig di sofa itu , tudunrg di kepalanya ditanggalkan kerana tiada lelaki jadi dia tanggal sekejap

Lama-lama matanya mula terasa berat sebelum dia terlena di atas sofa itu

Zarra terjaga apabila terasa sesuatu yang menyetuh kulit pipinya , perlahan-lahan dia membuka mata sebelum matanya membulat , laju dia menepis tangan lelaki itu

" Fazli ! "

The Chosen OneWhere stories live. Discover now