Bab 10

467 23 0
                                    

Suasana dimeja makan itu hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga sahaja , masing-masing sedang menjamah makanan sendiri

Ariel yang terpaksa duduk disebelah Maya itu hanya membekukan wajahnya , Maria yang mengajak Maya untuk makan sekali bersama mereka , Arya yang duduk disebelah Maya tersenyum puas , mahu sakitkan hati Zarra

" Ariel nak bagitahu .. " Ariel menghabiskan minumannya sebelum mengesat mulutnya menggunakan tisu

" Ariel nak bagitahu apa ? " Tanya Malik

" Ariel nak kahwin " dan semua mata teralih ke arah Ariel

" Wah , abang nak kahwin dengan kak maya lah , cinta masih kekal berputik " Arya sudah bertepuk tangan , tak sangka rancangannya berjaya , Maya sudah tersenyum malu , tidak sangka

" Awak betul-betul nak kahwin dengan saya ? " tanya Maya disebelah Ariel dengan tidak tahu malunya

Zarra yang hanya berdiam sedang menjamah makanannya tidak mempedulikan mereka

Ariel menjeling Maya disebelahnya

" Siapa cakap aku nak kahwin dengan kau ? " kasar nada suara Ariel bertanya

Dan membuatkan senyuman Maya dan Arya mati

" Ariel nak kahwin dengan siapa ? " tanya Maria pula

Ariel memandang ke arah gadis yang masih tidak memandang ke arah mereka itu .. satu senyuman terbit dibibirnya

" Zarra "

Tangan Zarra yang baru mahu menyuapkan nasi kedalam mulutnya terhenti .. apakah dia salah dengar ?

" Kau gila ke abang ? Kau nak kahwin dengan perempuan ni ? " suara Arya jelas tidak berpuas hati , dia terus berdiri dan menepuk meja makn itu , Maya sudah menunduk , kecewa ..

" Ariel nak kahwin dengan Zarra mama " didepan semua orang yang berada dimeja makan itu dia membuat pengakuan

Makin kelat wajah Arya dan Maya , Arya rasa mahu mengamuk sahaja sekarang

" Z-Zarra pergi dulu " pinggannya dibawa kedapur sebelum dia membasuh tangannya

Laju dia terus berjalan keluar rumah dan pergi ke mini garden belakang rumah itu , dah tiada tempat dah dia nak sembunyi !

" Nanti dulu Zarra " Ariel turut membasuh tangannya sebelum mengejar langkah Zarra yang sudah berjalan keluar itu , Zarra yang sedang resah berdiri di sebelah buaian itu dihampiri

" Awak dah gila ke Ariel ? Kenapa awak tiba-tiba cakap macam tu? " marah juga Zarra kepada Ariel yang bertindak sesuka hati itu

" Apa? Aku memang nak kahwin dengan kau " tenang Ariel membalas

Zarra menyilangkan tangannya

" Oh iya ? Untuk gunakan saya untuk jeleska- "

" Aku tak pernah gunakan kau , semua yang aku cakap tu semua ada makna " Ariel memotong percakapan Zarra , terselit nada tegas dalam suaranya

Zarra terdiam

" Aku.. aku memang suka kau .. ta-tapi aku taktahu aku nak kena buat apa , sampailah aku rasa aku memang nak jadikan kau isteri aku " luah Ariel dihadapan Zarra , dia tidak boleh sembunyikan lagi perasaan ini

Zarra sudah hilang kata , patutkah dia balas ' saya suka awak jugak ' ?

" Aku- aku dah takut nak jatuh cinta lepas aku putus dengan Maya .. tapi .. bila kau datang , aku, aku jadi tertarik dekat kau .. sumpah Zarra aku takde niat nak gunakan kau , malah aku memang nak jadikan kau isteri aku , percayakan aku Zarra " luah Ariel lagi , dan kalini lebih membuatkan Zarra terdiam

" Zarra .. " Ariel berjalan lagi mendekati Zarra , sesuatu didalam poket seluarnya dikeluarkan

Cincin itu dihulurkan kepada Zarra

" Will you marry me ? My Zarra "

The Chosen OneWhere stories live. Discover now