Bab 19

364 23 0
                                    

Zarra nampak Ariel menghela nafas berat , seperti cuba mengingat kenangan lamanya yang tak begitu indah itu

" Abang .. tak payah lah cerita , Zarra faham " lengan Ariel dipegangnya

Ariel tersenyum nipis sebelum tangan Zarra dilengannya dipegang erat

" It's okey .. abang dah lupakan semua tu .. "

Flashback

Bunga ditangannya dikemaskan , tidak sabar rasanya hati mahu berjumpa dengan kekasihnya , harini merupakan hari jadi si gadis iaitu Maya , kekasih Ariel

Pintu rumah gadis itu dituju sebelum diketuknya

Namun tiada orang yang membuka , pelik lagi apabila melihat sepasang kasut lelaki yang tidak dikenali dihadapan rumah Maya itu , namun dia cuba untuk tidak berfikir jauh

" Maya ? Awak ada dekat dalam ke ? Saya ni dekat luar " laung Ariel dari luar rumah Maya , namun masih sama , tiada orang yang membuka pintu itu

Ariel dapat dengar bunyi tapak kaki yang sedang berjalan ke arah pintu rumah itu , Ariel sudah tersenyum manis , pasti itu Maya

" Yes ? "

Terus mati senyuman Ariel apabila bukan Maya yang membuka pintu rumah itu namun seorang ..

Lelaki ? Lelaki itu tidak berbaju dan hanya berseluar jeans biru sahaja

" Kau siapa ? " tanya Ariel dengan nada mendatar

" Boyfriend Maya .. " walaupun jawapannya ringkas namun cukup menghentikan semua lamunan Ariel

Ariel memandang lelaki itu tidak percaya .. boyfriend ? Habis siapa dirinya pada Maya

" Akram .. stop it " suara Maya yang bersuara dari tingkat atas itu membuat mereka memandang serentak ke arahnya

Jelas Ariel melihat Maya yang hanya bersinglet putih dan memakai seluar pendek paras peha sahaja itu , keliru lagi dia apabila melihat Maya yang seperti sedang pening sambil memegang kepala itu

" Nobody sayang .. " Ariel rasa seperti diperbodohkan , sayang ?

Maya yang seperti sudah sedar itu melihat ke arah lelaki dihadapan pintu itu dan terus matanya membulat

" Ariel ! " Maya dengan langkah laju turun kebawah

Pasti Ariel sudah nampak semua nya

" Ariel ! " laung Maya lagi apabila Ariel mencampak kasar bunga itu ke lantai dan dia terus berjalan laju keluar daripada rumah Maya itu

" Ariel , please .. dengar Maya explain " Maya memegang lengan Ariel dan menghentikan langkah lelaki itu

Ariel memandang tajam ke dalam anak mata Maya

" Maya.. Maya kena perangkap Ariel , Akram .. dia letak ubat tidur dalam air Maya , Ariel please percayakan Maya " wajah Ariel dipegangnya namun Ariel menepis kasar tangan Maya

" We're over "

Terus Ariel berjalan meninggalkan Maya yang sudah menangis dan mengejar dirinya itu , Ariel dengan segera masuk kedalam keretanya dan dikunci pintu kereta itu

Maya yang sibuk mengentuk tingkap keretanya dibiarkan , terus sahaja dia mengundurkan keretanya dan memandu laju keluar daripada kawasan rumah Maya itu

Begitu sahaja hatinya diperbodohkan ..

Zarra setia mendengar Ariel yang berkongsi cerita itu , barulah dia faham kenapa Ariel tak suka dengan Maya

" Jadi .. kenapa Arya masih baik dengan dia ? " tanya Zarra , setahu dia hanya Arya sahaja yang bersungguh mahu Ariel bersama dengan Maya semula

" Sebab Maya reka cerita lah .. Maya cakap abang yang tinggalkan dia sebab abang cakap Maya tu tak layak nak jadi pasangan abang " terang Ariel , tangan Zarra didalam pegangannya diusap lembut

Zarra hanya mengiyakan sahaja , patutlah .. budak-budak seperti Arya memang senang ditipu oleh perempuan seperti Maya

" Macam mana kalau .. Maya tu memang betul-betul kena perangkap .. abang .. masih nak dekat dia ke ? "

The Chosen Oneजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें