Bab 17

388 25 0
                                    

Ariel yang sedang sibuk melihat semua email di komputer miliknya terganggu apabila pintunya dibuka kasar oleh seseorang dan bunyi suara bising-bising mula kedengaran

" Boss , saya dah halang dia , tapi dia - "

" It's okey Bad " potong Ariel , Bad menundukkan sedikit kepalanya sebelum keluar dari bilik Ariel

" Bad , don't close the door " arah Ariel apabila melihat Bad seperti mahu menutup pintu biliknya itu

Perempuan dihadapannya dipandang namun hanya sekejap sebelum dia mengalihkan pandangannya kepada komputer nya semula

" Ariel .. " suara Maya mula kedengaran , Maya terlebih dahulu duduk di kerusi hadapan meja Ariel itu

" Apa kau nak ? " kasar suara Ariel bertanya kepada Maya

" Ariel .. saya nak bincang pasal kita .. saya sayangkan awal Ariel .. kenapa awak susah sangat nak nampak saya ? Hanya sebab kesalahan kecik- "

" Kecik ? " Ariel mula bengang , matanya mula memandang tajam ke arah Maya

" Masalah kecik kau cakap ? Huh don't be stupid Maya " Maya terdiam .. Ariel nampaknya betul-betul marahkan dirinya

" Ariel .. saya terpaksa waktu tu .. saya minta maaf .. saya sayang sangat dekat awak waktu tu tapi saya terpaksa- "

" Enough! Get out ! Aku taknak dengar apa-apa pun daripada kau ! " Ariel menepuk kuat meja di hadapannya sebelum matanya tajam menikam anak mata Maya

Maya tergetar-getar , air matanya sudah berkumpul .. dia cuba guna cara ini kerana ? Ariel takkan pernah boleh tengok dirinya menangis

" Sampai hati awak Ariel .. " air matanya mengalir di hadapan Ariel , teresak-esak dia menangis disitu

Ariel hanya melihat dengan pandangan kosong , tiada rasa apa-apa

" Saya berusaha nak berbaik dengan awak .. tak-takkan awak takde nak bagi saya peluang .. saya tutup hati saya untuk semua orang untuk awak .. " luah Maya , air matanya lahu mengalir

Maya mendekati Ariel sebelum lengan Ariel dipegangnya

Ariel terus merentap kasar lengannya dari dipegang oleh Maya

" Don't touch me ! Hey , kau nak apa sebenarnya ha ?! "

" Maya nak Ariel ! Kalau Maya tak dapat Ariel , jadi Zarra pun takkan dapat Ariel sebab you are mine ! " suara Maya pula mula meninggi

Ariel terdiam , apa yang Maya nak daripada dia ?

" Ariel .. " terus dipeluk tubuh Ariel tanpa segan silu nya

Ariel tersentak sebelum dia cuba menolak kuat tubuh Maya namun Maya tidak melepaskan pelukan di tubuhnya

" What are you doing Maya ?! Let me go ! " pekerja diluar yang melihat mereka sudah tidak senang duduk , mahu menolong tapi .. takut pula

" Hey ! " seseorang mendekati mereka berdua sebelum tubuh Ariel dan Maya di jauhkan

Ariel melihat wajah wanita dihadapannya , terkejut juga dia apabila dia tiba-tiba berada di sini namun dia terselamat dari Maya

" Awak dah melampau ! " Zarra menolak tubuh Maya ke luar bilik Ariel

" Hei ! Awak rampas Ariel dari saya Zarra , awak punca hubungan kami terpisah ! " tengking Maya kepada Zarra pula

" Jangan tengking isteri aku ! " suara kuat Ariel mendiamkan mereka berdua

Maya terkejut apabila Ariel menengking dirinya .. tidak pernah Ariel tinggikan suara kepadanya , ini semua kerana perempuan ni !

" Bad , halau dia ! " Bad terus masuk sebelum kedua bahu Maya dipegang dan ditarik kasar sebelum dibawa keluar

" Ariel ! Saya sayang awak Ariel ! Tolong lah .. " rayuan Maya tidak menghentikan Bad dari terus menariknya keluar

Ariel terus menutup pintu bilik kerjanya sebelum menguncinya , dia memusingkan tubuhnya sebelum wajah Zarra dipandang

" Sayang ... "

The Chosen OneWhere stories live. Discover now