Bab 53

480 24 0
                                    

Hari yang baharu .. Zarra berjalan perlahan sehingga ke hadapan pintu rumah itu . Rumah lama yang menempatkan dirinya dan Zahri dahulu .. namun rumah ini seperti tidak ada orang .. mana ayahnya ?

" Sayang .. " Ariel muncul disebelahnya sebelum memeluk bahu Zarra

" Mana abah Zarra ? " tanya Zarra sendirian

Ariel mengeluh sebelum menarik tangan Zarra agar mengikuti dirinya semula ke kereta mereka

" Abah tak ada mungkin .. nanti kita dasng balik ya ? " kata Ariel lembut

Zarra mengangguk sahaja sebelum dia mahu masuk ke dalam keretanya namun dia berhenti apabila melihat seorang lelaki yang sangat dikenalinya

Lelaki itu juga terkaku melihat Zarra yang turut memandang ke arahnya

Zarra perlahan-lahan mengukir senyuman kecil sebelum matanya mula berkaca . Zahri .. abah dia , kelihatan sungguh berbeza .. kelihatan lebih sihat .. tidak lagi kelihatan muram

" Abah .. " Zarra berjalan perlahan-lahan mendekati Zahri sebelum tubuh lelaki berusia itu dipeluknya

Zahri tersentak apabila anak gadisnya itu masih lagi .. memeluk dirinya .. selepas semua yang dia cuba lakukan kepada anak perempuannya ini .. dan Zarra tidak pernah membencinya

" Abah .. " Zarra teresak kecil sebelum memeluk tubuh abahnya dengan lebih erat

Zahri perlahan-lahan memeluk tubuh anak perempuannya kembali .. belakang badan Zarra diusap lembut . Sungguh .. dia sendiri rindukan anaknya namun dia takut jika Zarra membencinya

Ariel melihat dari jauh sebelum senyum nipis .. dia gembira melihat isterinya akhirnya berjumpa juga dengan Zahri

Zarra melepaskan pelukan sebelum memandang wajah abahnya . Kelihatan sihat dan tidak lagi muram seperti dahulu , wajah abahnya dipegang

" Abah .. Abah minta maaf Zarra .. Abah tak jaga Zarra dengan baik .. Abah gagal jadi seorang abah yang baik untuk Zarra " laju Zarra menggeleng kepalanya

" Tak .. abah berjaya .. Zarra tak akan jadi macam apa yang Zarra jadi sekarang kalau bukan kerana didikan abah " kata Zarra perlahan

Zahri mengesat air mata anaknya sebelum dia senyum nipis kepada Zarra

" Mana suami Zarra ? " tanya Zahri

Zarra memandang ke arah Ariel yang bersandar di kereta itu . Mungkin memberi ruang kepada mereka untuk bersama selepas lama mereka tidak berjumpa

Ariel berjalan mendekati mereka berdua sebelum tangan Zahri disalamnya . Zahri menarik Ariel ke dalam pelukannya sebelum belakang tubuh Ariel ditepuk perlahan

" Terima kasih dah jagakan anak abah .. jagakan dia baik-baik " kata Zahri berbisik ditelinga Ariel

Ariel mengangguk .. dia sendiri berjanji dengan dirinya yang dia akan menjaga Zarra seperti nyawa dia sendiri

Zarra tersenyum sahaja di tepi suaminya . Mereka melepaskan pelukan sebelum Ariel berdiri di sebelah Zarra dan memeluk Zarra dari tepi

" Jom lah masuk dulu .. abah buatkan air "

.

Zarra masuk ke dalam bilik tidur lamanya . Tiada apa yang berubah pun di rumah Zahri ini , kelihatan masih sama . Zarra bergerak kw arah meja kecil itu sebelum album di atas meja itu diambil sebelum dibuka

Ada gambar waktu dia kecik dahulu . Tersenyum dia melihat gambar-gambar di dalam album itu

" Sayang .. " Ariel memeluk dirinya daripada belakang sebelum melabuhkan dagu di bahu kanan isterinya

Zarra hanya menoleh sekilas ke arah suaminya sebelum kembali melihat gambar-gambar itu . Ariel turut melihat gambar itu sebelum matanya terhenti pada gambar Zarra waktu kecil itu

" Comelnya sayang .. " kata Ariel sebelum gambar Zarra itu dipegang

Zarra hanya senyum nipis sebelum menggeleng kepala perlahan

Zarra selak lagi album itu sebelum terjumpa satu gambar mereka sekeluarga .. ada ibunya , abah dan dirinya yang berada di dukungan ibu itu

Zarra mengusap gambar itu sebelum matanya mula berkaca tiba-tiba .. rindukan ibunya

" Ariel .. Zarra jomlah minum .. abah dah buatkan " Zahri memanggil mereka untuk keluar

Zarra meletakkan album itu semula sebelum dia memusingkan badannya dan berjalan ke ruang tamu , Ariel mengikuti dibelakangnya sebelum duduk diruang tamu bersama Zahri dan mereka berbual kosong .

" Abah kerja apa sekarang ? " tanya Zarra sekadar ingin berbual

" Tukang cuci kereta je Zarra .. " jawab Zahri

" Okaylah tu abah .. janji kerja halal " Zarra senyum nipis

" Zarra .. " Zahri mahu bertanya sesuatu namun dia berasa was-was

" Kenapa abah ? " tanya Ariel yang duduk disebelah Zarra itu

" Zarra .. mengandung ke ? "

Kedua-dua mereka memandang sesama sendiri sebelum tergelak halus , lah nak tanya itu ke ?

" Belum lah abah .. " balas Zarra

Zahri hanya mengangguk kecil .. bukan apa dia perasan wajah Zarra kelihatan sedikit tidak bermaya seperti orang tidak sihat namun dah Zarra berkata begitu dia iya kan sahaja lah

Ariel turut memandang ke arah Zarra disebelahnya sebelum senyum nipis

Dia tidak kisah tentang semua tu .. itu kan rezeki .. asalkan Zarra sentiasa berada disisi nya itu sudah cukup bagi Ariel

The Chosen Oneحيث تعيش القصص. اكتشف الآن