Bab 48

457 21 0
                                    

Seminggu kemudian

Tiada apa yang berubah , cuma sekarang Zarra dan Ariel sudah pulang ke rumah mereka sendiri dan tidak lagi berada di rumah Maria . Arya masih sama .. dingin namun sewaktu mereka mahu keluar dari rumah itu Arya salam mereka berdua , mungkin itu sedikit perubahan

Fazli ? Kena tangkap polis sudah akibat merompak dan cubaan membunuh seseorang , walaupun tidak sempat mahu buat laporan tentang kes Zarra namun lega kerana Fazli sudah di dalam lokap

" Sayanggg " meleret suara Ariel memanggil Zarra

Namun Zarra tiada di dalam bilik , mana isteri dia ?

" Sayang ? Zarra dekat mana " Ariel keluar daripada biliknya sebelum ke ruang tamu

Tiada juga . Nak menangis dia tiba-tiba , mana isteri dia

" Abang ? " Ariel menoleh ke kanan apabila mendengar suara isterinya

" Sayang " tanpa apa-apa kata Ariel memeluk tubuh isterinya

Zarra mengerut dahi dalam senyum , dah kenapa suami dia ni ? Namun tangan Zarra tetap memeluk semula badan suaminya

" Kenapa abang ? " tanya Zarra namun Arel masih memeluknya

" Abang cari Zarra .. " kata Ariel perlahan

" Lah .. Zarra ada dekat dapur , buat cake " teruja Zarra memberitahu Ariel

" Iye ? Cake apa ? Nak tengok "

Zarra menarik tangan Ariel mengikuti dirinya , cake di dalam peti sejuk itu di tunjuk kepada Ariel

" Cheese cake ?! Sayangg nakk " laju tangan Ariel mahu mengambil cake itu namun Zarra memegang tangan Ariel

" Eh sabarlah , tunggu sejuk dulu " Ariel mencebik sebelum dia memandang Zarra

" Alaaa nak cake tu " seperti budak kecil Ariel menunjuk ke arah cake itu

" Yaaa tunggu sejuk dulu eh ? Jom duduk depan " Zarra menarik tangan Ariel agar mengikutinya duduk di ruang tamu

Zarra duduk dahulu sebelum Ariel duduk disebelahnya , Ariel memeluk lengan Zarra sebelum kepalanya berlabuh di bahu Zarra , Zarra senyum nipis

" Abang manja semacam ek sekarang " kata Zarra

Ariel gelak kecil , dia sendiri tidak tahu kenapa dia nak melekat dengan Zarra sahaja

" Sayang comel sangat agaknya , abang tak boleh lepas " balas Ariel seraya memeluk erat lengan Zarra

" Ey mengada " Zarra menampar manja bahu Ariel sebelum mereka tergelak sama

Tiba-tiba telefon milik Ariel berbunyi

Ariel berdiri sebelum dia melihat telefonnya yang tertera nama seseorang yang dia tidak gemar itu

" Siapa ? " tanya Zarra

" Maya " balas Ariel

Ariel berjalan semula kepada Zarra sebelum duduk semula sebelah wanita itu , lengan Zarra juga dipeluknya , telefon ditangannya di pegang

Ting !

Mereka berdua melihat noti yang keluar dripada telefon Ariel itu

Maya
Saya nak jumpa awak .. please .. urgent , saya send location

Ariel dan Zarra memandang sesama sendiri , nak cakap apa ?

.

Ariel memimpin tangan Zarra bersama , gila nak jumpa berdua dengan Maya ? Memang tak lah !

Maya melihat mereka dari jauh sebelum dia merengus perlahan , kenapa isteri dia kena ada sekali ?!

Ariel duduk di kerusi hadapan Maya dan Zarra duduk disebelahnya

" Kenapa nak jumpa ? " tanya Ariel mendatar

" Saya nak bagitahu awak .. yang .. saya .. memang tak pernah curang dengan awak dulu .. memang Akram yang perangkap saya waktu tu .. saya .. saya tak tahu macam mana dia boleh letak ubat tidur dalam air saya .. saya minta maaf " terang Maya

Ariel diam , tidak membalas apa-apa

" Saya memang sayang dekat awak .. saya tak pernah curang .. " kata Maya dengan senyuman nipis

" Akram Fazli .. saya akan ingat nama tu .. dia yang rosakkan hubungan kita "

Zzap !

Zarra tegak memandang Maya .. a-apa nama lelaki itu

" Fa-Fazli ? " Ariel dan Maya memandang Zarra serentak

" Oh " Zarra senyum sinis

" Awak lah perempuan yang dia curang tu .. " kata Zarra perlahan

Maya terkedu .. jadi .. inilah , bekas kekasih Fazli ? Macam mana dia tahu ? Dia pernah ternampak Akram dengan seorang gadis sedang bersembang .. patutlah dia macam pernah nampak wajah Zarra

" Sayang .. " Ariel memegang tangan Zarra sebelum diusap lembut

" Tak apa .. dia kisah silam Zarra , Zarra tak kisah dah " Zarra senyum nipis

" Aku tak tahu cerita kau betul ke tidak , tapi kalau cerita kau betul sekali pun .. " Ariel menggantungkan ayatnya

" Aku tak akan kembali pada kau semula , aku sayang Zarra " kepala Zarra disebelahnya dipegang

Maya terdiam sebelum dia menunduk .. dia benar kecewa , Ariel .. sepatutnya menjadi miliknya

" Aku harap kau boleh lupakan aku .. kau pun boleh bahagia , carilah lelaki yang ikhlas cinta dan sayangkan kau .. bukannya aku sebab aku tak akan pernah terima kau " kata Ariel dengan nada tegang

" Dah sayang jom balik " tangan Zarra dioegng sebelum mereka berdiri dan beredar dari situ

Maya memandang mereka berdua yang semakin menjauh .. mungkin .. dia patut undur diri

The Chosen OneWhere stories live. Discover now