Bab 15

412 25 1
                                    

Kecur air liur Zarra melohat ayam buttermilk yang berada di atas meja makan itu , nasi juga sudah siap terhidang

" Seriouslah awak masak ? " lengan Ariel disebelahnya dipeluk , Ariel tersenyum mendengar suara teruja Zarra itu

" Ya sayang , abang lah yang masak , kan Zarra kat atas tadi " balas Ariel , kepala Zarra diusap persis anak kecil

" Dah duduk " kerusi ditarik untuk Zarra sebelum Zarra duduk dikerusi yang Ariel tarikkan untuknya itu

Ayam buttermilk itu Zarra ambil sedikit sebelum diletakkan kedalam pinggannya

" Bismillah dulu sayang , tahu lapar " Zarra termalu sendiri , nampak sangat ke kebulur aku ?

" Dah baca dah " jawab Zarra , nasi diambil sedikit bersama ayam buttermilk itu , terus disuap kedalam mulutnya

Terus terbuntang mata Zarra

" Sedapnya ! " Ariel tersenyum bangga melihat Zarra suka dengan masakannya

" Abang tak makan ? " Zarra melihat Ariel yang hanya merenung dirinya sedang makan itu

" Tak .. abang dah kenyang " Ariel menongkat dagu memandang Zarra yang berselera makan itu

" Nah " nasi yang sudah diambil sedikit bersama ayam ditangannya itu disuakan kepada Ariel

Ariel melihat sebelum dia tersenyum sendiri , nasi ditangan Zarra itu dimakan juga

Zarra tersenyum sendiri , dia menjamah lagi nasi dan ayam itu tanpa mempedulikan Ariel , Ariel hanya menongkat dagu memandang Zarra

" Abang makan lah jugak .. " Zarra tanya kepada Ariel

" Tak sayang .. takpe , Zarra makan jelah " Zarra mengangguk sahaja , betulla mungkin lelaki itu sudah kenyang

Setelah habis makan pinggan itu diambil dan dibawa ke singki , baru sahaja dia mahu membasuh pinggan dan Ariel menghalang

" Takpe sayang , tinggal je situ , biar abang yang basuh " pinggan ditangan Zarra cuba diambil

" Abang ni , bagi jelah saya buat sendiri , saya ada tanganlah " Zarra mula mahu membasuh pinggan itu namun sekali lagi Ariel menghalang

" Abang cakap apa ? " nada tegas digunakan , Zarra diam , tidak berani melawan

" Abang cakap abang basuh , abang basuh , sayang pergi naik atas " dengan laju pinggan ditangan Zarra dirampas sebelum Ariel membasuhnya

Zarra membasuh tangannya dulu sebelum dia menjeling sekilas Ariel yang masih membasuh pinggan itu , terus dia berjalan naik ke atas

Bencilah , nak buat semua benda pun tak boleh !

.

Sudah mengemas semua Ariel juga naik ke bilik tidur mereka , lenguh terasa badannya

Apabila masuk sahaja dalam bilik itu , Ariel melihat Zarra yang sudah baring namun tidur menghadap bahagian dinding , Ariel tahu Zarra masih belum tidur lagi

Ariel membuka bajunya sebelum singlet hitam dicapai dan dipakainya , memang itu cara dia kalau nak tidur , tak selesa pakai baju katanya jadi dia pakai singlet sahaja

Ariel mula berbaring disebelah Zarra , bahu Zarra digoyangkan

" Sayang .. belum tidur kan ? " tanya Ariel , muka isterinya dilihat curi-curi

" Hm " itu sahaja balas Zarra

" Pusing lah sini " bahu Zarra ditarik sedikit menyuruh Zarra pusing menghadapnya

" Taknaklah " bahunya dikeraskan , tidak mahu pusing menghadap Ariel

Ariel tersenyum nipis .. tahu dah sebab dia

" Zarra Riena , tak baik tidur membelakangkan suami " sekali lagi nada tegas digunakan , saja mahu mengusik isterinya itu

Zarra mendengus geram , terus dia duduk dari baringnya

" Semua benda awak nak marah saya , nak basuh pinggan kena marah , nak tolong masak kena marah , nak angkat beg kena marah , semua benda awak nak marah saya ! Bencilah " Zarra memeluk tubuhnya , muka dihalakan ke arah lain

Ariel tergelak sebelum dia meraup rambutnya kebelakang

" Alahai .. takkanlah tu pun nak marah ? Eh sayang kira untung tau semua benda abang buat .. sayang tak buat apa-apa pun- "

" Oh sekarang awak nak cakap saya pemalas lah ? Awak yang tak bagi saya buat semua tu tau , lepastu awak nak cakap saya tak buat apa-apa-

" Bukan abang cakap sayang pemalas , tapi abang nak cakap , abang taknak sayang penat sebabtu semua kerja abang buat , sayang duduk je-

" Awak cakap saya duduk ke ? Saya nak tolong awak tau , awak yang marah saya- "

" Sayang listen- "

" No, awak bagi saya bercakap dulu , saya marah lagi dengan awak ni- "

" Sayang abang .. senyap sekejap please "

Diam

Dan ternyata panggilan itu mampu membuatkan seorang Zarra Riena diam dan tidak berkata apa-apa lagi , Ariel tersenyum kemenangan

" Ok bagi abang cakap eh ? Abang tak bagi Zarra buat semua tu sebab abang taknak Zarra penat .. abang nak Zarra rehat .. sebab tu semua benda abang buatkan dengan rela hati , sebab abang taknak Zarra penat .. sebab abang sayanggg sangat isteri abang ni sebab tu abang buatkan semua benda " panjang Ariel menerangkan kepada Zarra sesekali tangannya mengusap lembut tangan Zarra

Alahai .. hati saya lemah

The Chosen OneWhere stories live. Discover now