Bab 25

389 20 0
                                    

Sepanjang di dalam kereta , Ariel mendiamkan diri dengan wajah tegangnya , Zarra mahu menegur Ariel namun tidak berani

" Abang .. abang marah lagi ke ? " Zarra bertindak berani tanya kepada Ariel

Ariel berpaling ke sebelah melihat Zarra sebelum dia senyum nipis

" No sayang .. kenapa ? " Zarra senyum nipis sebelum menggelengkan kepalanya

" Um Zarra sebenarnya .. " Zarra menggantungkan ayatnya , kira-kira mahu habiskan percakapannya ataupun tidak

" Sebenarnya apa sayang ? "

" Zarra nak ajak abang pergi .. kampung ? Abang nak ikut ke ? " tanya Zarra

Ariel mengerut dahi , kampung ? Isteri dia bukan sorang ke disini ?

" Kampung siapa sayang ? "

" Kampung nenek Zarra lah " rindu pula dengan neneknya yang selalu manjakan dia dahulu , lama sudah tidak menjenguk neneknya di kampung itu

" Betul nak pergi ? " tanya Ariel lagi meminta kepastian

" Nak " dengan teruja Zarra menjawab

" Sayang nak pergi bila "

" Bila-bila je "

Ariel diam sekejap , mungkin sedang berfikir lagi

" Esok nak ? " Zarra terus tegak memandang Ariel disebelahnya

" Abang biar betul ? " Zarra bertanya lagi

" Ya betulla ? Esok boleh ? " tanya Ariel lagi

" Boleh boleh ! Nak ! " laju Zarra menjawab dengan senyuman lebar

Ariel memandang wajah Zarra yang senyum manis itu , cantik sungguh ..

.

Perjalanan dari rumah Ariel ke kampungnya mengambil masa kira-kira dalam 1-2 jam sahaja itu pun jika jalan tidak sesak , kalau sesak 2 jam setengah pun boleh jadi , tak jauh mana pun kampungnya

" Lama sayang tak datang sini ? " tanya Ariel sekadar menghilangkan rasa sunyi , mereka masih didalam kereta , lagi 15 minit mahu sampai ke rumah nenek Zarra

" Lama lah jugak .. dalam 4,5 bulan dah tak balik , saya pun tak sempat nak call nenek " balas Zarra namun mata masih ke arah luar melihat rumah kampung di sekeliling mereka

Dia suka suasana kampung , rasa tenang

" Abang selesa ke kalau duduk rumah nenek ? " tanya Zarra

" Selesa je sayang , kenapa tak selesa pulak ? " tanya Ariel semula

" Saja je tanya " Zarra senyum sedikit kepada Ariel

Apabila sudah sampai Zarra terlebih dahulu keluar daripada keretanya , Ariel melihat seorang wanita tua yang terbongkok-bongkok menyapu daun kering di halaman rumahnya , itu kah nenek Zarra ?

" Nenek ! " Zarra terus menjerit sebelum laju dia berlari ke arah neneknya

Wanita yang dipanggil Nenek itu berpusing ke arah mereka sebelum wanita itu turut tersenyum lebar

" Cucu nenek ! " Zarra terus memeluk tubuh Nek Mah , nenek dia

" Lamanya Zarra tak jumpa nenek .. nenek sihat ? " tanya Zarra sebaik pelukan mereka dilepaskan

" Alhamdulillah.. nenek rindu dekat Zarra " wajah cucunya dipegang , masih cantik sama saja seperti kanak-kanak sehingga dewasa

" Zarra pun rindu nenek " Nek Mah dipeluknya lagi dari tepi , Nek Mah hanya tersenyum sahaja membalas pelukan cucunya

" Eh , siapa tu Zarra ? " Nek Mah mengecilkan matanya melihat lelaki yang menghampiri mereka dengan mengangkat beg baju itu

" Oh , ini suami Zarra , nama dia Ariel "

" Kamu dah kahwin ? " Nek Mah memegang kedua belah bahu Zarra

" Ya , maaf tak sempat beritahu nenek "

" Nenek " Ariel menghulurkan tangannya

Nek Mah terus menyambut huluran tangan Ariel , Ariel terus menyalam tangan berkedut wanita itu sebelum bibirnya mengoyakkan senyuman nipis

" Wah , segak betul , padan lah dengan kamu " puji Nek Mah

Zarra hanya menggeleng kepala sahaja , ada-ada ajelah

" Dah marilah masuk , Ariel bawalah beg ni letak dalam bilik Zarra " lengan Zarra dipeluk Nek Mah sebelum dibawa masuk kedalam

Ariel mengangguk sahaja sebelum dia mengikut langkah mereka berdua , masuk-masuk sahaja Ariel melihat rumah itu , hm takdelah teruk mana , okey lah ni

The Chosen OneTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon